Thursday, October 27, 2011

BUKTI KERASULAN MUHAMMAD SAW DLM KITAB HINDU

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera

Pagi ini tidak disangkan kitab tulisan dan karangan manusia juga ada menceritkan kerasulan nabi akhir zaman Muhammad saw melalui kajian Dr Vad Prakash. Ramalan dalam kitab Hindu ini amat bertepatan dengan ciri-ciri kerasulan Muhammad saw

Muhammad di dalam Vedas dan Purana

Dr. Ved Prakash Upaddhayaya, pakar bahasa sanskrit di Universiti Prayag, mengatakan Muhammad disebut di dalam kitab-kitab Vedas dan Purana dengan empat nama dan gelaran iaitu

1.Narashangsa (yang terpuji),

2.Antim Rishi (Utusan Terakhir),

3.Kalki Avatar (Utusan Akhir zaman)

4.Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad dan Ahmad).

NARASHANGSA

Merujuk kepada ayat-ayat di dalam Vedas contohnya di dalam Amar Kosh bab Manusia ayat 1, Nar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ’manusia’ dan Ashangsa bermaksud ’yang dipuji’. Justeru, Narashangsa bermaksud ’Dia yang dipuji’ dan apabila ini dikaitkan dengan peribadi seseorang, ia melambangkan seorang manusia ’yang terpuji’. Perkataan Narashangsa disebut di dalam semua kitab Vedas, malah semua Mantera di dalam kitab Rig Veda bermula dengan perkataan Narashangsa. Antara bahagian-bahagian di dalam Vedas yang mengandungi perkataan Narashangsa adalah;

+ Rig Veda (1:13:3, 1:18:9, 1:106:4. 1:142:3, 2:3:2, 3:29:11)

+ Sama Veda (mantra nombor 1349)

+ Yajur Veda (29:27, 1:6:4, 1:7:4)

+ Atharva Veda (Canto 20 seksyen 127)

Antara sifat-sifat Narashangsa yang disebut di dalam kitab Atharva veda adalah:

+”He will use camels as his mounts” (Atharva veda 20:127:2)

-(Dia akan menggunakan unta sebagai kenderaannya)

+He will have twelve wives”

-(Dia mempunyai 12 orang isteri)

+”God will Honour Narshangsa with ten garlands”

-(Tuhan akan memuliakanya dengan 10 kalungan di leher)

+”He will receive a gift of ten thousand coes”

-(Dia akan menerima anugerah 10,000 ekor lembu)

PENJELASAN

Memang diketahui umum, kenderaan yang digunakan oleh Nabi Muhammad adalah unta. Imam Bukhari meriwayatkan, ”Anas meriwayatkan Nabi Muhammad memiliki seekor unta bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun dalam perlumbaan ketika latihan.

Nabi Muhammad juga mempunyai 12 orang isteri iaitu Khadijah, Sudah, Aishah, Hafsah, Zainab, Juwairiyiah, Zainab binti Jahsy, Ummi Salamah, Ummu Habibah, Maimunah, Safiyah dan Mariah Kopti.

Mengenai 10 kalungan pada leher, Dr. Ved Prakash berpendapat, ia adalah kata-kata simbolik yang melambangkan persahabatan yang rapat. Nabi Muhammad dianugerahkan 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ’yang sepuluh yang terjami syurga’. Mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman, Ali, Talha, Zubair, Saad, Said, Abdul Rahman dan Abu Ubaidah.

Mengenai 10,000 ekor lembu, Dr. Ved Prakash berpendapat, perkataan ’lembu’ di dalam Vedas adalah perkataan metafora yang melambangkan golongan yang baik dan beperketi mulia. Apabila tafsiran ini digunakan bagi menerangkan maksud ayat ’menerima anugerah 10,000 ekor lembu’, ia dapat dikaitkan dengan 10,000 sahabat nabi Muhammad yang menguasai kota mekah bersama-sama dengan beliau pada tahun kelapan Hijrah.

Justeru, apabila peribadi Narashangsa dengan maksud ’yang terpuji’ dikaitkan dengan sifat-sifatnya mempunyai 12 orang isteri, menaiki unta, mempunyai 10 orang sahabat-sahabat terdekat dan 10,000 sahabat-sahabat yang mulia lagi gagah, ia menepati sifat dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW.

KALKI AVATAR

Kajian Dr. Ved Prakash Upaddhayaya menunjukkan, perkataan Avatar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ”seorang yang akan datang ke dunia”. Perkataan Avatar juga digunakan dengan maksud ”nabi”. Kalki dalam bahasa sanskrit bermaksud ’yang terakhir’. Kalki Avatar apabila dicantumkan berkamsud ’Utusan yang terakhir di dunia’ atau ’Nabi akhir zaman’. Antara sifat-sifat Kalki Avatar seperti yang disebutkan di dalam Purana adalah:

+’O God, with the help of the four Brothers I will destroy the Devil’. (Kalki Purana 2:5)

-(Wahai Tuhan, dengan bantuan empat saudara, aku akan hancurkan syaitan)

+’(He will be born) on the twelth of Madhav (Kalki Purana:2:25)

-(Dia akan dilahirkan pada 12 hari bulan Madhav)

+’(He will be born) in the city of Shambhal’. (Bhagabat Purana 12:2:18)

-(Dia akan dilahirkan di Bandar Shambhal)

+’(His father’s name will be) Vishnu-Yash’. (Bhagabat Purana 12:2:18)

-(Bapanya bernama Vishnu-Yash)

+’(His mother’s name will be) Sumati’. (Kalki Purana 2:4 and 2:11)

-(Ibunya bernama Sumati)

Berpandukan ayat-ayat ini, Kalki Avatar mempunyai empat orang saudara yang akan bersama-samanya menghancurkan ’kali’ atau ’syaitan’. Nabi Muhammad dikurniakan empat orang sahabat kanan dan mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali. Keempat2 sahabat2 ini menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad dan beliau menggelarkan mereka sebagai ’khulafa’ al-Muhdiyin’ iaitu khalifah2 yang mendapat petunjuk. Mereka meneruskan perjuangan Nabi Muhammad demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kekufuran serta kesesatan pada zaman mereka.

Tarikh lahir Kalki Avatar adalah 12 Madhav dan tarikh lahir Nabi Muhammad adalah 12 Rabiul awal. Tempat lahir Kalki Avatar adalah Shambhal. Di dalam buku Vachaspattam disebutkan, Shambhal adalah kawasan yang mempunyai 60 patung-patung berhala. Dalam bahasa sanskrit, Shambhal mempunyai beberapa maksud iaitu:

+Tempat yang boleh mendatangkan keamanan dan ketenangan

+ Sesuatu yang menarik perhatian orang supaya datang

+ Tempat yang berhampiran dengan air

Shanbhal selari dengan Mekah iaitu tempat kelahiran Nabi Muhammad. Kaabah terletak di Mekah, Di dalam surah Al Baqarah ayat 125, Allah menyatakan mengenai kaabah yang bermaksud ’kami jadikan rumah itu, yakni kaabah, tempat berkumpul bagi manusia dan satu tempat yang aman’. Di situ juga terpancar air zam zam yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim hingga hari ini. Pada zaman Jahiliyah, Kaabah dikelilingi patung-patung berhala sebelum Nabi Muhammad memecahkan kesemuanya pada hari Pembukaan Mekah. Pada hari ini, ketika musim haji, ratusan ribu manusia dari seluruh dunia akan berhimpun di sana bagi melaksanakan ibadah haji. Semua ini selari dengan Shambhal kerana ia adalah tempat yang mempunyai sumber air yang tidak pernah kering di samping menjadi tumpuan manusia berkunjung terutamanya jemaah haji serta kawasan yang aman.

Bapa Kalki Avatar bernama Vishnu Yash. Vishnu-Yash dalam bahasa sanskrit bermaksud ’penyembah atau hamba Tuhan’. Ini selari dengan nama Abdullah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’Hamba kepada Tuhan’. Bapa Nabi Muhammad bernama Abdullah.

Ibu Kalki Avatar bernama Sumati. Dalam Bahasa Sanskrit. Sumati bermaksud ’yang bertimbang rasa lagi baik’. Ini selari dengan nama Aminah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’yang baik hati’. Ibu Nabi Muhammad adalah Aminah!.

AHAMIDDHI

Di dalam kitab Veda disebutkan, ’Ahamiddhi has received from His Father the very essence of intelligence. I have received light from Him, i.e Ahamiddhi, who is like the sun’ yang bermaksud, “Ahamiddhi mendapat cahaya kebijaksaan daripada Tuhannya. Aku mendapat cahaya darinya, yakni Ahamiddhi dan dia umpama sinar cahaya matahari’. Ayat-ayat ini diulang-ulang di empat tempat di dalam Vedas iaitu di dalam:

+Sam Veda (Indra, 3 mantra 152)

+Sam Veda (Uttararchik, mantra 1500)

+Rig Veda (8:6:10)

+Atharva Veda (20:9:19)

Perkataan Ahamiddhi ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran oleh pentafsir-pentafsir Veda. Walaubagaimanapun, terdapat di kalangan mereka contohnya Sri Bijan Bihari yang langsung tidak mentafsirkan perkataan Ahamiddhi ini dan mengekalkan perkataannya seperti yang asal. Dr.Ved Prakash Upaddhaya berpendapat, tafsiran yang berbeza mengenai perkataan Ahamiddhi memang tidak dapat dielakkan kerana Ahamiddhi bukan berasal daripada Bahasa Sanskrit. Ia adalah nama asing yang lebih menghampir dengan perkataan Arab itu ’Ahmad’!!

MAMAHA

Di dalam Veda juga terdapat kisah mengenai Mamaha. Antara ayat-ayat Veda yang menceritakan mengenai Mamaha adalah yang terdapat di dalam Atharva Veda 20:9:31, ”God will give Mamaha Rishi one hundred gold coins, ten garlands, three hundreds horses and ten thousand coes” yang bermaksud, “Tuhan akan memberikan kepada Mamaha Rishi 100 wang emas, 10 kalungan di leher, 300 ekor kuda dan 10,000 ekor lembu’. Salah satu maksud Rishi adalah ’seorang yang mendapat risalah daripada Tuhan’. Antara sifat2 khusus Mamaha Rishi seperti yang disebutkan di dalam Vedas adalah:

+”Mamaha akan menunggang unta”. (Atharva Veda 20:9:31)

+”Mamaha akan terkenal dengan 10,000 orang pengikut” (Rig Veda 5:27:1)

+”Lagu puji pujian baru selain Vedas akan dilafazkan” (Rig Veda 1:109:2)

Memang diketahui umum, Nabi Muhammad menggunakan unta sebagai kenderaan beliau. Pada kemuncak perjuangan beliau, Nabi Muhammad menguasai kota mekah bersama-sama 10,000 orang sahabat2nya pada tahun kelapan Hijrah. Beliau dikurniakan Quran yang menggantikan dan menyempurnakan semua kitab-kitab terdahulu. Bagi Dr. Ved Prakash, perkataan Mamaha juga tidak berasal daripada Bahasa Sanskrit. Apabila nama ini dikaitkan dengan sifat-sifatnya, ia menepati kisah Nabi Muhammad.

Kesimpulan

Wujudkah seorang tokoh agama di dunia selama ini yang sifatnya menepati semua ciri-ciri ini? Dr. Ved Prakash Upadhayaya di dalam bukunya Muhammad in the Vedas and Puranas berkata, ”Satu hakikat yang terbukti pada hari ini adalah sifat-sifat utusan akhir zaman seperti yang disebut di dalam Vedas, Bible dan kitab agama Budha menepati sifat-sifat Muhammad. Hati saya begitu terangsang bagi menceritakan kebenaran ini walaupun saya tahu ia tidak digemari oleh sesetengah pihak.

sumber;minda ahad

No comments:

Post a Comment