Saturday, June 9, 2012

SULTAN JOHOR MEMBAZIR!




Assalamualaikum wbrkth..dan salam hidayah kepada yang belum muslim..

Hari ni pemuda UMNO Johor berhimpun menyatakan sokongan mereka kepada sultan mereka yang meraka sanjungi dan sayangi. Tahniah la aku ucapkan kepada pemuda Johor ni..dan aku percaya bukan setakat pemuda Johor bahkan semua belia johor akan turun menyatakan sokongan dan penghargaan mereka dengan sultan . Bahkan mungkin juga mereka seronok krn sultan mereka telah berjaya membida nombor WWW1 dan digunakan kepada sebuah kereta proton buatan nasional.

"Membazir la sultan Johor ni..kerana no boleh bazirkan duit RM500 ribu..kalau bagi rakyat Johor lagi baik" kata depa yang sememangnya penentang segala benda yang orang lain punya pasal. Bagi aku bukan setakat kes no plat ni aje sultan Johor membazir..tapi dah bertahun sultan Johor ni membazir..kenapa aku kata membazir..krn membazir sultan dengan aktiviti KEMBARA MOTORSIKAL... baginda sultan mungkin telah berbelanja berpuluh ribu dan mungkin berjuta.(sorry TMJ tak sempat buat research angka yang tepat) secara tak langsung telah membawa kebajikan dan kemaslahatan rakyat negeri baginda.

Membazir aku kata kerana..setiap kali baginda konvo...maka PBT akan sibuk turap jalan bagi nampak selesa jalan..kenapa krn takut baginda murka..rupanya ada jalan teruk yg tak direpair..faedahnya rakyat juga..bila baginda berkonvoi..sibuk jabatan kebajikan masyarakat cari orang miskin bagi bantuan..knp..krn takut dijumpai terlebih dulu oeh baginda sultan..faedahnya..rakyat juga..bila baginda berkonvoi..sibuk AJK masjid bersihkan dan cantikkan masjid..takut dilihat tak sempurna oleh baginda sultan..faedahnya rkyt juga..xdela tabung masjid tu pandai tabung je tak pandai belanje..bila baginda berkonvoi..sibuk jabatan kerajaan menjalankan program kebajikan rakyat..faedahnya rakyat juga..bimbang dilihat tiada program dilaksanakan utk rakyat.. bila baginda berkonvoi..kontraktor sibuk pungut sampah sarap takut dilihat baginda sultan..takut nanti kontrak tak disambung lagi..faedahnya rakyt juga..bila baginda berkonvo..sibuk rakyat nk keluar sambut baginda sultan..takut terlepas peluang beramah mesra dengan tuanku..seronoknya rakyat juga dapat beramah mesra dengan sultan.

Maka terbuktilah sultan Johor memang membazir..membazir..bukan setakat duit bahkan masa baginda dengan berkonvoi utk melihat kebajikan dan kemaslahatan rakyat baginda terjaga..membazir baginda utk rakyat..walaupun menggunakan duit peribadi baginda..ada sultan kalau tgk dalam filem klasik melayu  yang tak suka membazir..kerjanya hanya tinggal makan dan minum bersama dayang-dayang dalam istana..taknak bazirkan masa dan duit poket..tak caya tgk filem dulu dulu hmm..berbeza dengan baginda sultan Johor berkonvo melihat kehidupan rakyat..kerana itu, aku amat kagum dengan sultan Johor tidak lokek bazirkan masa baginda utk bersama rakyat..bahkan baginda juga bijak mempunyai cara tersendiri untuk memastikan duit kerajaan akan dinikmati  oleh rakyat sepanjang program kembara baginda yang disalurkan secara tidak langsung melalui pembaikan kemudahan awam dan aktiviti aktivit kebajikan disepanjang laluan yang baginda berkonvoi.

Kerana itu, memang bertepatan pemuda Johor menyatakan sokongan dan taat setia meraka kepada sultan yang mereka kasihi..sultan yang berjiwa rakyat ini. Bab plat WWW1 itu ini kata aku "klu TMJ boleh dapat www1 bukan ayahndanya dgn nilai rm10 juta lagi bagus utk rkyt..knp? krn duit itulah akan menjadi income negara yg BN akan gunakan utk duit BRIM, BAUCER BUKU SEKOLAH dan bermacam-macam lagi kebajikan utk rkyt...sepatutnya budaya tempahan no istimewa sebegini perlu dipromosikan lagi bagi memastikan jutawan dan bangsawan boleh menyumbang duit kepada kerajaan BN hanya dengan menjual no plat kereta..so begitu mudah income utk kerajaan..hanya yg bodoh sahaja berkata tender no yg dibeli oleh sultan itu membazir..bahkan duit itulah yg akan digunakan kembali utk kerbajikan rkyt..mmg berbaloi hanya dgn no plat kerajaan BN dan sultan boleh bantu rkyt...seperkara lagi..sultan sememangnya layak utk tarafnya..xkan sultan nk bergaya mcm aku pula..klu muhammad saw ada kuda terbaik..xkan sultan nk naik kereta terburuk?..itulah perumpamaannya..itu hak dan taraf pemimpin..hakitkatnya membazir sultan Johor ni adalah utk RAKYAT!

DAULAT TUANKU!

I LOVE SULTAN KELANTAN




KECEWA DENGAN PTPTN!





Assalamulaikum wbrkth dan salam hidayah kepada yang belum muslim..

Malam ni PTPTN telah menggerakkan tangan aku untuk mencoret di blog aku ni sejak seminggu lebih tak berblog..

Bukan apa aku rasa kecewa sangat dengan PTPTN yang akhirnya bersetuju pula untuk meneruskan pembiayaan pinjaman kepada para bakal pelajar UNISEL yang akan mula mendaftar sem baru tahun ni.

Sepatutnya PTPTN batalkan sahaja pembiayaan kepada para pelajar UNISEL sebuah universiti SWASTA yang berada dalam negeri pembangkang PKR dan juga dibawah kawalan KERAJAAN NEGERI SELANGOR yang dikuasai dan ditadbir PKR.

Sebelum ni pemimpin dan penyokong mereka yang mendesak PTPTN dimansuhkan dan berikrar nak berikan pendidikan tinggi percuma..eloklah mulakan dulu dengan universiti bawah kelolaan kerajaan yang mereka kuasai.

Betul la puak PAS PKR DAP cakap..kerajaan BN ni yang diketuai UMNO ni mudah berubah keputusan..lebih rasa kesian kt PENENTANG daripada menjaga kepentingan parti yang memerintah Malaysia ketika ini. Hangpa ingat puak PAS PKR DAP ni nak bagi muka ke kat puak puak UMNO BN ni?Hangpa tengok la apa yang depa buat kt Pendokong-pendokong UMNO di negeri-negeri yang depa perintah!

Maka PTPTN nilai balik la keputusan nk teruskan bagi pembiayaan kepada parap pelajar PTPTN ni..takde faedah apappun...pemimpin negeri depa pun dh kempen jgn bayar balik PTPTN..SO BUAT apa la nk terus bagi kt depa pinjam duit klu dh sah depa taknk bayar.

Canselor UNISEL pun depa dah tukar dengan orang lain setelah depa dapat kuasai UNISEL yang asalnya Rosmah Mansor isteri PM...So kalau depa leh guna kuasa depa..awatla UMNO BN ni susah sangat nk guna kuasa hangpa yang hangpa ada..betul betul buat deng kecewa pasal PTPTN ni..






Friday, May 25, 2012

UPSI..APAKAH DI PENGHUJUNG?



Assalamulaikum wbrkth dan salam hidayah kepada yang belum muslim.

Apakah benar rumus-rumus menyatakan UPSI akan tidak lagi diberikan unjuran pengambilan pelajar pendidikan oleh KPM bermula 2013 hingga 2016. Jika benar! ini menjadi titik hitam dalam sejarah Ibu Kandung Suluh Budiman yang telah berjasa kepada negara melahirkan para guru yang cemerlang, unggul dan BITARA dalam membangunkan modal insan negara.

Jika isu ini masih lagi tidak benar..anggaplah ini sebagai satu amaran awal kepada UPSI agar terus kukuh dengan perjuangan dan tidak sesekali menyerah kalah dalam mempertahankan kepakaran membekalkan pendidik yang sejati kepada negara. Persoalannya?kenapa isu ini timbul?

Hakikatnya mungkin kerana keyakinan majikan (KPM) kepada graduan UPSI semakin luntur dengan beberapa siri tingkahlaku dan pelajar UPSI yang mencemar kredibiliti sebagai seorang bakal pendidik. Bahkan persitiwa Adam Adli adalah yang paling ketara memperlihatkan kepada masyarakat dan majikan (KPM) seumpama bakal guru graduan UPSI semakin hanyut dengan politik "bodoh" sehinggakan gagal cemerlang dalam pembinaan karakter sebagai seorang bakal guru yang seharusnya matang, berilmu dan berakhlak.

Kerana itu, kepada warga UPSI, jangan dipersalahkan kepada majikan jika kita tidak lagi diberikan unjuran pengambilan pelajar pendidikan. Bahkan kita kena bersatu dan berganding bahu bersama dalam memastikan kepakaran kita ini sentiasa dihormati oleh sesiapa jua dengan perubahan sikap kita terutamanya para pelajar. Anda adalah produk UPSI, maka jagalah tiingkahlaku anda, mantapkan ilmu anda, kembangkan kebolehan peribadi anda, tanamkan sikap menghargai jasa dan peluang yang telah diberikan oleh kerajaan kepada anda. Jangan sesekali ego dan terpengaruh dengan anasir yang boleh memburukkan imej UPSI itu sendiri.

Namun begitu, yang kesalnya beberapa tahun sebelum ini pernah terdengar pasal ajakan IPG untuk bergabung dengan UPSI. Namun UPSI telah menolak ajakan ini. Tidak pasti perkara ini benar atau tidak..hanya pihak atasan UPSI sahaja yang mengetahui akan hal ini. Jika benar UPSI menolak bermakna UPSI telah melakukan satu kesilapan yang besar dalam arena pendidikan tinggi negara. Malah, pemimpin tertinggi UPSI pada masa itu harus bertanggungjawab dengan apa yang akan dihadapi oleh UPSI pada masa kini. Seharusnya UPSI boleh dijadikan seperti UITM Shah Alam sebagai kampus induk dan IPG  sebagai kampus-kampus cawangan yang berganding bahu dalam memastikan pendidikan guru di Malaysia maju dan berjaya.

Oleh itu, UPSI janganlah terlalu ghairah untuk menjadi sebagai sebuah universiti komprehensif yang menawarkan program-program selain sarjanamuda pendidikan. Sepatutnya UPSI kena berusaha bertahan dan berusaha bagi memastikan kepakarannya dalam melahirkan bakal guru terus diikhtiraf oleh kerajaan. Bahkan diawal perlantikan Ybhg Dato Prof Dr Zakaria Kasa sebagai Naib Canselor UPSI, beliau telah berikrar akan terus memastikan UPSI sentiasa berperanan dengan kepakarannya melahirkan bakal pendidik untuk negara. Maka, ayuhlah warga UPSI, ubahlah sikap kita, marilah kita menyokong, membantu dan berjuang bersama Dato Naib Canselor bagi memastikan UPSI terus diikhtiraf dalam pendidikan guru di Malaysia.

Perjuangan ini bukan hanya untuk UPSI bahkan juga untuk Bangsa dan Negara Malaysia yang tercinta bagi memastikan pelaburan kerajaan sejak 1922 ini tidak terkubur begitu sahaja. Jangan kerana kesilapan pemimpin UPSI pada masa lalu yang tidak mahu bergabung dengan IPG..Jika BENAR wujud ajakan sebegitu..tidak sewajibnya UPSI DIHUKUM dinafikan kepakarannya dalam melahirkan bakal pendidik yang BITARA untuk negara. Segala kepakaran dan pengalaman UPSI dalam melahirkan bakal guru di Malaysia terus dikekalkan sehingga akhirnya riwayat dunia ini.

WE LOVE UPSI

Friday, May 4, 2012

MNI APARTMENT HOMESTAY PROTON CITY TG. MALIM

Assalamulaikum wbrkth dan salam hidayah kepada yang belum muslim..

Kepada yang datang ke tg malim tiada tempat bermalam boleh cuba MNI apartment homestay yang hanya 200 meter dengan tasik proton city dan amat bersesuaian utk mereka yang bercuti dgn family.



Sewa pun hanya RM150 sahaja..so tak perlu bersusah payah lagi untuk mencari hotel bajet di tg malim yg hakikatnya tidak bajet pun..malah kepada para pelajar master yang sentiasa berulang alik ke UPSI tiap minggu inilah antara homestay yang anda boleh cuba sewa pada minggu kuliah anda...RM150 dikongsi bersama rakan yg lain..betapa dapat menjimatkan kos anda..

Kepada yg berminat boleh hubungi no seperti yg tertera poster iklan di atas.




Thursday, May 3, 2012

Assalamulaikum wbrkth dan salam hidayah kepada yang belum muslim.. Hari ini kampus baru penuh dengan bermacam model kereta...paling banyak adalah pelbagai model kereta nasional proton dan juga myvi..banyak sebab harini merupakan hari raptai konvokesyen kali ke 14. Maka meriahlah kampus baru ni dengan graduan yang kesemuanya nampak gembira dan tak sabar untuk naik pentas dan merasmikan dewan utama iaitu dewan besar kampus baru kampus Sultan Azlan Shah di proton city ini sebagai graduan pertama berkonvo di dewan besar yang serba baru ini. Apapun saya diantara tenaga pengajar disini berasa bangga bila tengok anak-anak murid saya dah dapat menamatkan pengajian mereka. syabas utk kalian semua..tahniah kerana dapat merasmikan dewan baru ni..andalah graduan pertama yang akan berkonvo di dewan yang serba canggih ni.. Malah, sekalung penghargaan kepada graduan yang telah mendapat ijazah kelas pertama kerana dengan bangganya anda semua telah membanggakan ibu bapa anda kerana dua sebab; pertama kerana telah berjaya mendapat ijazah..kedua kerana mendapat ijazah kelas pertama..bahkan ibu bapa anda bangga kali ketiga kerana anda akan dapat keistimewaan untuk pengecualian pembayaran balik ptptn...anda tidak perlu berdemo dan berkhemah di dataran merdeka..bahkan tak perlu terpekik melolong meneriak berdemo mohon ptptn dimansuhkan..DENGAN USAHA DAN KERAJINAN... ANDA tidak perlu bergantung kepada manusia lain..anda berjaya mansuhkan sendiri pinjaman ptptn anda dengan kejayaan anda.. so kepada graduan first class jgn terlupa utk memohon pengecualian pembayaran balik ptptn dengan menghubungi pihak ptptn. Kepada yang akan dapat pingat emas pada konvokesyen kali ke 14 Ini..secara peribadi saya nk ucapkan anda semua memang layak utk menerimanya..bermula daripada pingat emas diraja hinggalah ke anugerah buku fakulti. Inilah saat manis yang anda tidak akan lupakan sepanjang hidup anda. Kepada semua graduan yang akan berkonvo bermula 7-9 Mei nanti..pedulikan apa sahaja gred ijazah anda..hakikatnya anda telah berjaya memperolehi ijazah dlm keadaan ramai lagi yang tidak berpeluang untuk berkonvo seperti anda...bahkan langsung tidak berpeluang untuk menjejaki kaki ke UPSI. Anda telah berusaha sebaik mungkin..bahkan itulah takdir utk segala yg anda telah usahakan. Disini sy ingin mengucapkan SELAMAT BERGRADUAN DAN SELAMAT BERKONVO..JADILAH GURU YANG BIJAK BERSYUKUR KEPADA TUHAN DAN PANDAI BERTERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TELAH BANYAK MENDORONG DAN MEMBANTU ANDA MEMPEROLEHI IJAZAH INI. Semoga konvo kali ini bukan konvo yang pertama dan terakhir kepada anda semua..masih ada lagi ijazah sarjana dan doktor falsafah menanti anda..

Saturday, February 25, 2012

RINTIHAN PELAJAR BARU..


Assalamualaikum wbrkth dan salam hidayah kepaday yang belum muslim..



Sudah lama betul aku tak post kat blog aku ni..bukan apa..kerna sibuk sangat sejak dua menjak ni dgn bertukar ke office baru di kampus baru UPSI kampus Sultan Azlan Shah Proton City.

Syukur kerana akhirnya UPSI dapat juga melangkah ke kampus baru di Proton City walaupun tak sempurna sepenuhnya lagi setelah 12 tahun menanti dengan penuh rasa debar dan tandatanya oleh warganya. Bukan apa..lama sangat nak siapnya bermula dari perasmian pengisytiharan pembinaannya. Apapn sykur akhirnya UPSI Kampus Sultan Azlan Shah siap jua dengan komitmen pegawai atasan UPSI yang sentiasa berusaha memastikan kampus baru ini siap sepenuhnya.

Hidup aku di kampus baru bermula dengan kuliah pertama yang dihadiri juga oleh pelajar semester pertama. Maknanya mereka ni semua pelajar baru ambilan Febuari 2012. Kelas pertama aku berjalan dengan baik dan lancar...namun begitu pengakhirannya berakhir dengan rintihan pelajar baru yang menyatakan mereka mengalami kesukaran untuk berulang alik ke kuliah dari kampus baru ke kampus lama. Mereka mendakwa banyak masa dihabiskan dengan menunggu bas dan berulang alik.

Mendengar luahan ini...aku segera membalas..tiada yang senang dalam hidup ini dalam mencari ilmu..bahkan tiada yang sempurna dalam dunia ini. Jika sempurna dan senang semuanya maka tempat itu adalah di syurga. Muka mereka semua mencuka seakan tanda protes pada aku. Aku mengerti mereka berasa kecewa seakan aku tidak empati dan memahami masalah mereka. Namun aku terpaksa memberikan mereka motivasi provokasi agar mereka dapat dengan segera insight..celik akal akan hakikat sebenar sebagai bakal guru yang perlu kental dan bersemangat jiwanya.

Semakin lama aku merasionalkan pemikiran mereka agar dapat menyesuaikan diri berada di kampus berbanding berada di zaman persekolahan...semakin lama itu juga aku lihat mereka masih berdiam diri mendengar dan mungkin memikirkan apa benarnya yang aku cakapkan kepada mereka.

Penutup aku berikan ingatan kepada mereka..jangan jadi seperti beberapa orang mahasiswa UPSI yang hanya tahu merungut dan berdemo baring, memanjat pagar,menyalak seperti tidak menunjukkan taraf sebagai bakal guru. Apa ketidakpuasan hendaklah disalurkan kepada mereka yang betul dan pada masa dan tempat yang betul. Menyalurkan kepada pensyarah rasa ketidakpuasan hati pelajar apa sahaja masalah mereka juga merupakan satu kaedah yang betul kerana pensyarah adalah seperti jambatan di antara mahasiswa dengan pentadbir.

Namun, begitu aku juga ingatkan kepada mereka supaya amalkan sikap berterima kasih dgn apa yang kita dapat..dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..kerna masih ramai lagi insan lain yang hidup susah berbanding kita.

Sunday, January 8, 2012

DEMO SISWA ROBOT..TERJEJASKAH POSTING GRADUAN UPSI?

Assalamualaikum wbrkth dan salam nur hidayah kepada belum muslim

Hari ni ramai yg sms aku kt fb tanya pasa posting bila la depa nk posting hampir 7 bulan dah graduan UPSI yg risau nasib mereka setelah berlakunya DEMO SISWA ROBOT UPSI..

Demo yg telah berlaku pada 31/12/2011 banyak dikritik oleh warga UPSI walaupn trdapat segelintir robot yg menyokong.

Hakikatnya KPM tetap akan menemuduga graduan UPSI utk dipostingkan pada tahun ini. Demo bahlol itu tidak akan menjejaskan mada depan graduan UPSI hanya merek yg berdemo mungkin..krn depa memang taknak jadi cikgu..depa mmg nak jadi ahli politik pembangkang.

Persoalan bila posting bukan isu utama...yg utamanya bersediakah kita utk menghadapi interview posting? Jangan nanti org lain dok seronok naik kapal terbang pi mengajar kt sabah sarawak..kita pulak yg terlepas posting krn tak lulus temuduga.

Jadi kepada yg belum bersedia utk interview posting bersedialha dari sekarang. Tiada panduan..boleh beli buku saya yg menjadi rujukan tunggal kepada graduan ISMP.

Friday, January 6, 2012

TEMU DUGA POSTING SEMAKIN HAMPIR!!!

Assalamualaikum wbrkth dan salam dibukakan hidayah kpd yg belum muslim..

Lama juga aku tak sempat nk post kt blog puteralegeh ni..bukan apa..krn kesibukan menguruskan ayah yg sedang berjuang melawan pesakit kencing manisnya setelah dipotog ibu jari kakinya gangren.

Hari ni aku bukan nk cite pasal ayah aku..tapi aku nk khabarkan bahawa tarikh temuduga posting utk graduan ISMP semakin hampir..dari maklumat yg aku ketahui graduan ISMP akan ditemuduga sebelum Febuari atau mungkin dlm bulan febuari utk dipostingkan sebelum mac 2012.

Kerana itu graduan ISMP perlu bersedia dengan setiap aspek penilaian temudga posting. Tiada masa lagi utk berkhayal tidak akan dipostingkan..mana mungkin kerajaan khusus KPM akan membazirkan tenaga kerja yg trlatih yg telah pasti mengurangkan perbelanjaan KPM dari segi melahirkan bakal guru yg telah dilahirkan oleh IPTA.

Bahkan mana mungkin kerajaan BN akan menzalimi rakyatnya yg sedia berjasa kepada negara walaupn ada yg sentiasa membangkang, memfitnah dan memburukkan kerajaan BN yg diamanahkan majoriti rkyt utk mentadbir Malaysia. Semoga kes kebiadapan segelintir siswasiswi UPSI kepada pemimpin negara tidak diambil kisah oleh kerajaan utk memastikan modal insan keluaran IPTA tidak disia-siakan demi pembangunan bangsa agama dan negara.

Maka, kepada graduan ISMP yg masih tercari-cari panduan terbaik utk temudga posting yg tiada lagi disediakan oleh sesiapa sebelum ini..bolehlah memesan dan menempah buku RAHSIA LULUS TEMUDUGA POSTING tulisan aku berdasarkan kajian hasil kesedaran aku utk membantu siswasiswi ISMP yg sentiasa ada yg trtgl utk posting kali pertama kerana kegagalan pada temudga posting kali pertama.

Berminat sila sms aku alamat anda 0169030367 setelah bankin rm45 termasuk kos pos. Buku adalah terhad..siapa cepat dia dapat...good luck semua.