Saturday, February 25, 2012

RINTIHAN PELAJAR BARU..


Assalamualaikum wbrkth dan salam hidayah kepaday yang belum muslim..



Sudah lama betul aku tak post kat blog aku ni..bukan apa..kerna sibuk sangat sejak dua menjak ni dgn bertukar ke office baru di kampus baru UPSI kampus Sultan Azlan Shah Proton City.

Syukur kerana akhirnya UPSI dapat juga melangkah ke kampus baru di Proton City walaupun tak sempurna sepenuhnya lagi setelah 12 tahun menanti dengan penuh rasa debar dan tandatanya oleh warganya. Bukan apa..lama sangat nak siapnya bermula dari perasmian pengisytiharan pembinaannya. Apapn sykur akhirnya UPSI Kampus Sultan Azlan Shah siap jua dengan komitmen pegawai atasan UPSI yang sentiasa berusaha memastikan kampus baru ini siap sepenuhnya.

Hidup aku di kampus baru bermula dengan kuliah pertama yang dihadiri juga oleh pelajar semester pertama. Maknanya mereka ni semua pelajar baru ambilan Febuari 2012. Kelas pertama aku berjalan dengan baik dan lancar...namun begitu pengakhirannya berakhir dengan rintihan pelajar baru yang menyatakan mereka mengalami kesukaran untuk berulang alik ke kuliah dari kampus baru ke kampus lama. Mereka mendakwa banyak masa dihabiskan dengan menunggu bas dan berulang alik.

Mendengar luahan ini...aku segera membalas..tiada yang senang dalam hidup ini dalam mencari ilmu..bahkan tiada yang sempurna dalam dunia ini. Jika sempurna dan senang semuanya maka tempat itu adalah di syurga. Muka mereka semua mencuka seakan tanda protes pada aku. Aku mengerti mereka berasa kecewa seakan aku tidak empati dan memahami masalah mereka. Namun aku terpaksa memberikan mereka motivasi provokasi agar mereka dapat dengan segera insight..celik akal akan hakikat sebenar sebagai bakal guru yang perlu kental dan bersemangat jiwanya.

Semakin lama aku merasionalkan pemikiran mereka agar dapat menyesuaikan diri berada di kampus berbanding berada di zaman persekolahan...semakin lama itu juga aku lihat mereka masih berdiam diri mendengar dan mungkin memikirkan apa benarnya yang aku cakapkan kepada mereka.

Penutup aku berikan ingatan kepada mereka..jangan jadi seperti beberapa orang mahasiswa UPSI yang hanya tahu merungut dan berdemo baring, memanjat pagar,menyalak seperti tidak menunjukkan taraf sebagai bakal guru. Apa ketidakpuasan hendaklah disalurkan kepada mereka yang betul dan pada masa dan tempat yang betul. Menyalurkan kepada pensyarah rasa ketidakpuasan hati pelajar apa sahaja masalah mereka juga merupakan satu kaedah yang betul kerana pensyarah adalah seperti jambatan di antara mahasiswa dengan pentadbir.

Namun, begitu aku juga ingatkan kepada mereka supaya amalkan sikap berterima kasih dgn apa yang kita dapat..dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..kerna masih ramai lagi insan lain yang hidup susah berbanding kita.

Sunday, January 8, 2012

DEMO SISWA ROBOT..TERJEJASKAH POSTING GRADUAN UPSI?

Assalamualaikum wbrkth dan salam nur hidayah kepada belum muslim

Hari ni ramai yg sms aku kt fb tanya pasa posting bila la depa nk posting hampir 7 bulan dah graduan UPSI yg risau nasib mereka setelah berlakunya DEMO SISWA ROBOT UPSI..

Demo yg telah berlaku pada 31/12/2011 banyak dikritik oleh warga UPSI walaupn trdapat segelintir robot yg menyokong.

Hakikatnya KPM tetap akan menemuduga graduan UPSI utk dipostingkan pada tahun ini. Demo bahlol itu tidak akan menjejaskan mada depan graduan UPSI hanya merek yg berdemo mungkin..krn depa memang taknak jadi cikgu..depa mmg nak jadi ahli politik pembangkang.

Persoalan bila posting bukan isu utama...yg utamanya bersediakah kita utk menghadapi interview posting? Jangan nanti org lain dok seronok naik kapal terbang pi mengajar kt sabah sarawak..kita pulak yg terlepas posting krn tak lulus temuduga.

Jadi kepada yg belum bersedia utk interview posting bersedialha dari sekarang. Tiada panduan..boleh beli buku saya yg menjadi rujukan tunggal kepada graduan ISMP.

Friday, January 6, 2012

TEMU DUGA POSTING SEMAKIN HAMPIR!!!

Assalamualaikum wbrkth dan salam dibukakan hidayah kpd yg belum muslim..

Lama juga aku tak sempat nk post kt blog puteralegeh ni..bukan apa..krn kesibukan menguruskan ayah yg sedang berjuang melawan pesakit kencing manisnya setelah dipotog ibu jari kakinya gangren.

Hari ni aku bukan nk cite pasal ayah aku..tapi aku nk khabarkan bahawa tarikh temuduga posting utk graduan ISMP semakin hampir..dari maklumat yg aku ketahui graduan ISMP akan ditemuduga sebelum Febuari atau mungkin dlm bulan febuari utk dipostingkan sebelum mac 2012.

Kerana itu graduan ISMP perlu bersedia dengan setiap aspek penilaian temudga posting. Tiada masa lagi utk berkhayal tidak akan dipostingkan..mana mungkin kerajaan khusus KPM akan membazirkan tenaga kerja yg trlatih yg telah pasti mengurangkan perbelanjaan KPM dari segi melahirkan bakal guru yg telah dilahirkan oleh IPTA.

Bahkan mana mungkin kerajaan BN akan menzalimi rakyatnya yg sedia berjasa kepada negara walaupn ada yg sentiasa membangkang, memfitnah dan memburukkan kerajaan BN yg diamanahkan majoriti rkyt utk mentadbir Malaysia. Semoga kes kebiadapan segelintir siswasiswi UPSI kepada pemimpin negara tidak diambil kisah oleh kerajaan utk memastikan modal insan keluaran IPTA tidak disia-siakan demi pembangunan bangsa agama dan negara.

Maka, kepada graduan ISMP yg masih tercari-cari panduan terbaik utk temudga posting yg tiada lagi disediakan oleh sesiapa sebelum ini..bolehlah memesan dan menempah buku RAHSIA LULUS TEMUDUGA POSTING tulisan aku berdasarkan kajian hasil kesedaran aku utk membantu siswasiswi ISMP yg sentiasa ada yg trtgl utk posting kali pertama kerana kegagalan pada temudga posting kali pertama.

Berminat sila sms aku alamat anda 0169030367 setelah bankin rm45 termasuk kos pos. Buku adalah terhad..siapa cepat dia dapat...good luck semua.

Tuesday, December 20, 2011

SABOTAJ DATO JUNAIDI?


Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yg belum muslim.

Masa aku tgk anak murid aku seronok jual buku aku rahsia lulus temuduga posting kat tunggu bas KAB utk dana kelas mereka tetiba dtg sorg student yang kuat sikit la mahasiswa pendidik tegur aku "eh cik tak pergi ke hari ni buat demO kt KPT" Aku jawab "kenapa saya nk pergi sana..kes tu bermula oleh student UPSI sepatutnya semua student UPSI NYATAKAN sokongan mrk pd PM di UPSI ini la'

Dia ckp apa lagi kt aku" cik kan kuat UMNO..xkan tak pergi..Dato Junaidi dah kena dah kes ADAM adli ni..baru dia tahu sapa adam adli..sebenarnya ni mgkn sabotaj utk Dato Junaidi katanya. Saya tanya kenapa awak ckp mcm tu? yelah dgn kes ni nmpk la Dato Junaidi tu tak boleh buat keje..budak yg selalu baik ngn dia pun dia tak bleh nk jaga".

Pastu apa kesan pada Dato Junaidi soal aku. Jawab dia selamba..pasni ada la budak aspirasi ke, smile ke, tapir ka yg akan buat memo tuntutan minta Dato Junaidi letak jawatan atau diletakkan jawatan SEUMPAMA gagal jalankan tugas TNCHEP" ooh mcmtu ke perancangan puak awak nk jatuhkan Dato Junaidi? Hahaa sambil tersenyum budak ni tglkan aku naik bas pi ikut demo sokong PM..dlm hati aku ada jugak budak yg suka menyamar mcmni utk memburukkan org lain.

Dalam hati aku terfikir..mcm benar jugak perancangan budak LMP dgn penyokong Adam adli ni nk jatuhkan Dato Junaidi..sebelum ni dh puas burukkan Dato Junaidi kt UPSIKini tapi tak berkesan apa-apa..so langkah adam adli turunkan gmbar PM kt pwtc dpt la nk kenakan Dato Junaidi.

Kepada Dato Junaidi..aku nk pesan la sekali lagi..walau dh byk kali pesan..tlg jgn nmpk Dato gagal..budak budak ni byk taktik depa..jgn ada yg demo mintak Dato letak jawatan sudah..takut mmg betul perancangan depa mcmtu..

STAF HEPA KENA SOKONG DATO JUNAIDI..MGKN BENAR KES ADAM ADLI NI NK JATUHKAN DATO JUNAIDI DAN JUGA MUNGKIN VC!

UPSI PERLU TEGAS!


Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yg belum muslim

Pagi ni aku nk utarakan luahan majoriti pelajar yg berasa kecewa dgn tindakan adam adli yg menurunkan gambar PM di PWTC.

Kata mereka tindakan adam adli telah memberikan imej yg buruk kepada keseluruhan warga UPSI. Namun begitu, terdapat juga di antara mereka yg bimbang akan keselamatan adam adli dengan melihat situasi skrg ini yg ramai dilihat anti beliau.

Kepada adam adli, jgn lari dari polis..buatlah laporan jika anda diugut bunuh dan sebagainya. Bahkan kepada yg lain jgn bertindak melampaui batas undang-undang negara. Bahkan kepada UPSI..UPSI mesti mengambil tindakan yg sepatutnya kepada adam adli sebagai pengajaran kepada beliau dan juga sebagai peringatan kepada pelajar yg lain.

Tindakan ini mestilah TEGAS dan berdasarkan keperluan akta dan statut universiti. Adam adli mesti redha dengan tindakan yg akan dikenakan padanya.

APAPUN UPSI MESTI TEGAS KRN ISU INI BERMULA DARI PELAJAR UPSI..JGN DILIHAT MASYARAKAT SEUMPAMA PENTADBIRAN UPSI..KHUSUSNYA PIHAK HEPA GAGAL DALAM MENJALANKAN TUGAS SEPERTI YG DIAMANAHKAN. SELAMA INI BELUM PERNAH BERLAKU KES SEBEGINI YG BEGITU MEMALUKAN UPSI. KES INI MENJADI SEJARAH KEGAGALAM HEPA DALAM MENGAWAL DAN MEMBANGUNKAN POTENSI PELAJAR UPSI.

Saturday, December 17, 2011

PENDEK AKAL


Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera

UPSI dimalukan oleh bakal guru yang pendek akal jika benar si adam adli yg melakukan tindakan bodoh menurunkan bendera poster PM di PWTC.

Jika benar UPSI perlu mengambil tindakan tegas kepada tindakan kebiadapan sebegini seolah olah mencerminkan bakal guru UPSI pendek akal dan tidak matang.

Jika BUKAN ADAM ADLI UPSI kena bertindak memberihkan nama budak ini dan juga UPSI sendiri.

Kepada bakal guru UPSI yang ingin bercita-cita menjadi guru mengajar di sekolah kerajaan BN Malaysia jgn sesekali membenarkan imej UPSI tercemar lagi krn insiden bodoh seperti ini.

Kepada KPM aku menyeru pilihlah sebaik mungkin bakal guru yang akan dipostingkan jgn terlepas bakal guru yg bersikap sebegini. Dahulukan mereka yg menyokong dan sentiasa bersama UMNO dan BN jgn sesekali membenarkan posting jika imej guru yang suka membangkang dan memburukkan segala bentuk dasar dan tindakan kerajaan.

Kerana mana mungkin kita berjaya merealisasikan keberjayaan dasar dan visi misi kerajaan jika yg dipertanggungjawabkan merealisasikannya adalah pegawai awam yg menentang kerajaan.

Kepada pelajaer UPSI..utamakanlah tugasan yg bertimbun-timbun, kejarlah utk FIRST CLASS degree zaman anda adalah zaman dapat menjadikan PINJAMAN PTPTN kepada BIASISWA. GD LUCK UTK ANDA