Sunday, November 6, 2011

SEJARAH LEGEH PART 11

Assalamualaikum wbrkth dan salam aidiladha

Hari ni aku nak teruskan dengan sejarah Kampong Raja Legeh kampong aku yang aku cintai.
Mari sama-sama kita menghayati sejarah Melayu lama yang semakin dilupakan ini.

Kerajaan Islam Legeh dibuka oleh Tengku Long Putra anak kepadaNang Che Puan yang mana suaminya bernama Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa bin Al-Adilin. Kewujudan kerajaan Legeh dipercayai untuk menguatkan penguasaan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa di pantai timur Semenanjung Melaka.
Beliau merupakan anak saudara kepada Sultan Syarif Syah. Dan nenek Syarif Syah pula ialah Ratu Hijau, orang yang membuka negeri Pattani. Nang Che Yam juga merupakan ibu kepada Ratu Kuning yang bergelarNang Kemuning Puteri Saadong yang memakai gelaran Ratu Kemuning.
Ratu Kemuning telah menjadi pemerintah Pattani setelah kemangkatan adinda-adinda Ratu Hijau yang bernama Ratu Biru dan Ratu Ungu. Setelah kemangkatan Ratu Ungu, Nang Kemuning telah memerintah Pattani tetapi mangkat tanpa meninggalkan zuriat yang sesuai. Beliau juga dikenali sebagai Puteri Saadong. Kemangkatan beliau menyebabkan munculnya negeri yang baru di pantai timur lagi makmur tetapi telah ditutup sejarahnya dengan kemunculan negeri baru yang bernama Kelantan danTerengganu.
———————————————————-
———————————————————-
Kemunculan Kelantan dan Terengganu adalah selepas kejatuhan kerajaan Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Setelah Raja Nik Muhammadiah cucu Raja Long Toha ibni almarhum Tengku Long Putra yang bergelar Datuk Seri Raja dan merangkap Perdana Menteri Empayar Kedah Merong Maha Wangsa, telah kalah dalam peristiwa musuh bisik 1821 yang mana beliau telah dikalahkan oleh tentera Thai yang bekerjasama dengan tentera British menyebabkan beliau dan pengikutnya melarikan diri ke Kedah bersama permaisurinya Dato’ Nang Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif al-Pattani.
Dato’ Nang Mariam digelar orang Nai Riam, beliau merupakan nenek kepada penghulu Tajar Nai Long Mahmud. Nai Long Mahmud ini merupakan datuk kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim. Nai Riam juga ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu yang terakhirSultan Jaafar Muadzam Shah. Nai Riam juga ialah cucu kepada Raja Daerah Johor-Riau iaitu Koya Fai @ Raja Iskandar Syah.
Baginda Permaisuri Legeh inilah yang memelihara Raja Badlishah ketika beliau dihalau dari istana Anak Bukit setelah ibundanya Syarifah Sofea al-Jefri dari kerabat Merong Maha Wangsa diceraikan oleh Sultan Abdul Hamid yang berkahwin baru dengan puteri Chulalongkon Raja Thai, yang bernama Jeneral Manjalara.

No comments:

Post a Comment