Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim..
Sebaik aku sampai Legeh kampung aku yang aku cinta untuk sambut raya korban..tetiba jari ini terasa nak ulas mengenai isu posting graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) UPSI yang tertangguh hampir menjengah setahun berlalu.
Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia..jangan pandang isu ini seperti isu sampah yang tiada kesan kepada kedudukan politik UMNO dan kerajaan BN khususnya...majoriti graduan UPSI menyokong kerajaan dan UMNO berasa begitu kecewa kenapa mereka terpaksa menunggu begitu lama untuk di posting ke sekolah berbanding penyerapan secara automatik guru GSTT.
Mereka beranggapan kerajaan telah menganaktirikan mereka yang telah dilatih secara total terlatih dan mempunyai kemahiran, keilmuan, kepakaran yang begitu bersemangat dan telah bersedia untuk menjadi guru. Janganlah hanya kerana kerajaan melihat isu posting graduan UPSI ini seperti sampah menyebabkan kepercayaan, harapan dan sokongan graduan ISMP UPSI kepada kerajaan dan UMNO semakin pudar mengikut detikan masa kebajikan dan hak mereka diabaikan.
Kepada pemimpin negara, aku amat berharap celiklah sedikit mata untuk melihat kepada graduan ISMP UPSI berilah hak yang sama diperolehi oleh GSTT kepada mereka. Jangan hanya kerana UPSI di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan bukan berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia usaha untuk membantu mempercepatkan proses posting mereka dibiarkan begitu saja.
Walaupun kementerian berbeza ingatlah kesannya bukan kepada Kementerian bahkan kepada keseluruhan pentadbiran kerajaan, malah kepada UMNO itu sendiri. Majoriti graduan UPSI adalah terdiri daripada anak-anak bumiputera kampung dan anak-anak Melayu daripada keluarga yang hidup susah di luar bandar.
Bayangkan jika 3000 graduan UPSI merajuk dengan kerajaan dan sudah tentu keluarga mereka juga berasa terkilan dengan kerajaan, jiran-jiran mereka, saudara mara mereka bahkan mungkin masyarakat Melayu umumnya berasa betapa tidak adil dan tidak cekapnya kerajaan dalam membantu graduan ISMP UPSI dalam isu penempatan mengajar. Apa yang aku risau adalah apabila tokoh pembangkang pula yang akan dilihat oleh graduan sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib mereka walaupun hakikatnya pemimpin pembangkang hanya bercakap bagi pihak mereka dan tiada kuasa apapun untuk menempatkan mereka mengajar. Contohnya Timbalan Presiden Pas yang telah mewngutarakan isu ini di lidah rasmi PAS harakah.
Kita perlu ingat...graduan pendidikan UPSI adalah mereka yang telah dilatih untuk memiliki kompeten sebagai seorang guru. Janganlah mendera emosi mereka dengan isu kelambatan penempatan mengajar ini. Percayalah manusia yang terluka emosi lebih sukar diubati berbanding manusia yang terluka fizikal. Maka kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia kami warga UPSI amat berharap Tan Sri dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin demi survival graduan ISMP UPSI dan juga demi kemajuan dan kelangsungan pendidikan negara.
Terbaiknya..jadikanlah UPSI ini seperti UITM Shah Alam, sebagai kampus induk dan IPG seluruh negara sebagai kampus-kampus cawangan. Dua institusi ini tidak seharusnya bergerak sebagai dua institusi yang berbeza dalam melatih bakal guru. Sepatutnya dua institusi ini bergerak seiring dan berada hanya dibawah satu Kementerian yang bertanggungjawab secara langsung dalam melatih guru untuk keperluan negara. Jika perlu dipinda AUKU untuk penyatuan ini..maka pindalah demi kebaikan masa depan bangsa, profesion perguruan dan pendidikan negara itu sendiri.
No comments:
Post a Comment