Friday, November 4, 2011

KEDAH BELAJAR DARI KELANTAN?

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim

Malam ni aku tak dapat nak tidur. Mungkin kerana siang tadi terlalu banyak bekerja dan rasa badan kurang sihat. Kerana rasa badan kurang sihat nak demam adanya batuk sedikit aku telah makan ubat tradisional cina organic cordyceps utk kembalikan tenaga badan dan elakkan batuk dan kahak yang ada..akhirnya aku terlalu bertenaga lsampai susah nk tidur malam ni. Peluang ni aku baca dua blog portal berita blogger UMNO yang aku suka baca tiap hari. Papagomo dan gerakan anti pkr.

Papagomo berkongsi cerita peniaga yang diabaikan kebajikan mereka di uptown danau kota. Bahkan mereka kena dianiaya lagi. Gerakan anti pkr pula mewarkan berita daripada MNN yang membawa berita Kedah sedang asyik mengeluarkan lesen menebang balak sehinggakan hutan simpan pun ratahnya. Bagi aku mungkin Kedah ni belajar ilmu pentadbiran isle dari Kelate. Yang mana ilmu pentadbiran isle dari Klate ni masyhur dengan mengambil duit melalui menebang pokok-pokok balak sehinggakan di Kelate tnk tengok balak-balak yang besar-besar pn payah. Kebanyakan hanya tinggal hutan muda..ringkasnya hutan belukar. Yang masih adapun hutan simpan yang benar-benar termasuk dalam hutan simpan negara.

Kedah dah mula praktis ilmu pentadbiran isle pas klate ni dlm memerintah negeri. Islam memerintahkan menjaga dunia ini dengan baik. Hutan hendaklah dijaga semampu mungkin, bahkan bukit yang telah difirman ALLAH SWT sebagai pasak bumi tak akan mampu berdiri teguh dan terus menjadi pasak bumi jika hutan yang menjadi penguatnya yang terdiri daripada pokok-pokok balak ditebang. Inikah ajaran isle pas..aku pun tak faham..tok guru lagu mana la yang dikatakan tok guru..apa yang tuhan larang jangan jahanamkan bumi ni pun depa tak dengar hanya semata-mata duit. Tak de cara lain dah ke tok-tok guru ni nk cari duit untuk negeri. Cara tebang balak je ke?

Melaka dengan Kelate jika dibandingkan dari segi geografi fizikal jauh menang kelate dari segi keluasan, luas laut, jumlah pantai, luasnya hutan, banyaknya mineral, cantiknya air terjun, banyaknya tanah subur dan panjangnya sungai. Melaka hanya tuhan bagi apa? perigi hang tuah, a famosa, sungai sempit, laut berlumpur dan balak yang jauh sedikit berbanding kelate. Akan tetapi kenapa Melaka lagi banyak duit dari Kelate dan Melaka telah banyak memberi peluang rakyat kelate pergi kerja di Melaka.

Kenapa Melaka lagi bijak mencipta duit tanpa rosakkan alam sekitar. Kelate dapat duit dengan merosakkan alam sekitar tapi Melaka dapat duit dengan mencantikkan alam sekitar dan kekal memelihar alam sekitar yang ada. Melaka menjaganya a famosa yang dah uzur, Melaka membesarkan sungai, membersih dan mengindahkannya, Melaka mencipta zoo dalam hutannya..Melaka memajukan pantai dengan membina hotel dan mengindahkan lumpur jadi pantai tempat riadah. Kelate yang ada air terjun tertinggi di gunung stong hanya tgl nama semata-mata nama, pantai yang pasirnya putih hanya tgl pantai semata-mata bahkan menjadi kotor, Hutan dah digondol..nk tunggu beratus tahun lagi baru boleh ditebang balik. Kenapa Melaka kaya dari kelate dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat kelate juga. Kerana asasnya adalah otak. Nak jadi pemimpin mesti bijak mencipta duit dengan sumber yang ada...bukan dengan mencipta duit menghapuskan sumber yang ada.

Lihat Melaka bila pemimpinnya menghargai alam sekitar dan menjaga anugerah tuhan yang terhad itu balasannya adalah peluang pekerjaan dan income kepada negeri. Hasilnya rakyat juga yang perolehi. Janji ALLAH SWT itu benar..bumi rosak kerana tangan manusia sendiri. Kelate rosak muka buminya kerana tangan pemimpin yang membenarkan lesen menebang balak secara berleluasa. Yang aku masih heran kenapalah rakyat kelate masih tidak dapat memikirkan hal ini. Cukup-cukuplah berada dalam pemerintahan yang hanya tahu merosakkan alam untuk duit. Bukan mahu menjaga alam dan mengindahkan alam untuk mendapat duit. Sepatutnya Kelate lebih ramai pelancong dari Melaka kerana Klate ada segalanya dan rakyat yang berniaga di Kelate akan berasa untungnya dengan kedatangan pelancong yang ramai. Tapi hakikatnya yang mari Klate tu nak tengok apa lagi yang masih tinggal dan terbiar di Klate yang masih belum dimusnahkan oleh kerajaan isle pas Klate.

Aku mengharapkan generasi muda yang menuju tua seperti aku ini dapat berfikir rasional. Cukuplah bersubahat memilih pemimpin yang berlabel isle tapi berkelakuan memimpin negeri tidak berlandaskan tuntutan islam. Kalau nk kira apa yang pas buat islam di kLate terlalu sukar nk dikira..kenapa..hampir tiada..hanya dibuatnya bercakap islam..tapi pemerintahan tiada islam. Semoga ALLAH SWT akan memelihara bumi kelate dari terus dianiaya oleh pemimpin yang tidak bijak memelihara alam dengan dicemari kekotoran pantainya, dengan terbiarnya keindahan air terjun yang tertinggi untuk renungan rakyat menginsafi kehebatan pencipta, dengan gondolnya balak kerana kerakusan manusia yang pendek akalnya.

Bagi rakyat Kedah anda baru mula rasa menyesal mengundi pas pada pru12 yang lepas. Tahun lepas daerah ditebang balak itu jugalah telah mengalami bajir besar. Nasihat aku tak payah pi lah berdemonstrasi tebang balak tu jika kerajaan isle Kedah hangpa dah bagi lesen tebang balak kat situ hutan simpan bukit perak. Kerajaan isle pas Kedah takkan tarik balik lesen..knp? kena saman la depa tu nanti. Pastu kalau tarik balik..mcmana dengan komisen? mungkin yang dah ada ambil? tu yang hangpa kena pikiaq..cukuplah hangpa undi pas..tuhan dah bagi tu hak hangpa undi pas..klu pasni ayaq keroh, banjiq besaq hangpa redah je la. Ingatlah pru13 ni nak undi pas lagi ka UMNO balik..tu hangpa semua kena kira.



* aku seronok tulis coretan blog ni dengan bahasa kampung yang tidak formal dan bertatabahasa..maaf pada ahli bahasa..aku hanya orang kampung Raja Legeh gemar menggunakan bahasa kampung sesekali sekala.

No comments:

Post a Comment