Sunday, November 13, 2011

NAK KENA BUANG ATAU KERJA 9 JAM?ITU SAHAJA PILIHAN GURU!

Assalamualaikum wbrkth dan salam hidayah islam kepada yang belum muslim..

Malam ni aku nk bicara sikit pasal PROJEK rintis baru waktu keje 9 jam oleh KPM kepada para guru di 4 buah negeri bermula januari 2012. Ramai la anak anak murid aku sms tanya pendapat aku..kenapa la kerajaan semakin pelik buat sesuatu dasar tanpa kajian dan terus laksanakan..ada lagi kawan-kawan aku yang dah jadi guru pn telefon siap luahkan ketidak puasan hati depa kerana mungkin juga akan kena keje 9 jam sehari selepas tamat rintis di 4 buah negeri seperti yang diisytiharkan oleh timb menteri KPM.

Tapi bagi aku..keje 9 jam ke..keje 6 jam ke..tidak penting sangat..kerana kakitangan awam yang lain sejak awal lagi dh keje 9 jam sehari..jadi kenapalah para guru ni rasa nk serabut sangat dengan projek baru KPM ni. Bagi aku..itu namanya adil kepada para guru, tidaklah depa ni sampai nk bawa balik latihan pelajar nk semak kat rumah..dengan keje mcm masa balik mcm kakitangan awam yang lain ni la para guru leh siapkan semak latihan pelajar kt sekolah. Bagi aku guru bukan la takut sgt dengan waktu keje 9 jam tu..tapi yg ditakutnya adalah dah semakin jelas waktu depa sentiasa leh balik awal keje seperti sediakala akan terkubur dan jadi seperti kakitangan awam lain.

Aku akui, majoriti guru yang bermotivasi hakikatnya dah keje lebih dari 9 jam sehari dan penambahan waktu keje ini tidak memberikan kesan apapn pada mereka. Bagi mereka pengisytiharan ini tiada apa apa kesan bahkan seperti mengikhtiraf yang mereka sudah keje 9 jam sebelum ini. Namun yang bising ni mungkin kebanyakannya daripada guru yang sentiasa tenang, senang, lenang dan banyak waktu rehat utk mereka selepas habis mengajar 3 atau 4 kelas sehari.

Malah, rintis utk 4 negeri keje guru selama 9 jam ini telah dipolitikkan oleh puak pembangkang terutamanya PAS. Hujah depa akan menyusahkan guru, membebankan guru, tidak adil, guru sememangnya sudah terbeban dan mcm mcm lagi la. Cuma pesan aku pada guru. ANDA NAK KEJE 9 JAM SEHARI MCM KAKITANGAN AWAM YANG LAIN atau ANDA NK KENA BUANG KEJE SELEPAS DAP memenangi pru 13 nanti. Ingat Tony Pua dah bgtau akan kurangkan kakitangan awam dengan sebaik mungkin...tidak terkecuali mungkin mereka yang bergelar guru. Jadi jgn kerana nk marah kerajaan BN minta keje balik 9 jam sehari mcm org lain kita pi pilih DAP PAS PKR yang akhirnya kita leh hilang keje. Ingat tu semua wahai guru..selama ini kerajaan sudah terlalu lama tidak adil kepada kakitangan awam lain bila guru dapat balik awak dari keje. Maka sekarang kerajaan dan nak berlaku adil kepada yang lain dan juga kepada guru sendiri yang masa cuti penggal dan cuti akhir tahun masih belum dimansuhkan lagi.

Ingat anda semua masih boleh bergembira kerana dapat cuti panjang lagi. tidak seperti kakitangan awam yang lain..cuti mereka setahun tak sampai pun 35 hari..so jgn berlapang dada lah dengan projek baru KPM ni. Ingat nk keje 9 jam sehari zaman BN atau nk kena buang keje zaman DAPPASPKR hmm..fikir-fikirkan...


No comments:

Post a Comment