Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahatera kepada yang belum muslim..
Tengahari minggu ni seronok baca utusan menyiarkan perasmian projek terbaru PEMUDA BN dengan pesta lelongnya 30 ribu kerja kosong oleh syarikat-syarikat terpilih dan juga syarikat GLC kerajaan.
Pada aku ini usaha yg mulia dan sememangnya akan diterima sebagai satu jariah membantu umat ISLAM yang menggangur utk mendapatkan kerja bahkan juga dapat memberikan kebajikan kepada umat yang belum ISLAM utk mendapatkan kerja.
Usaha ini adalah usaha yg sepatutnya tidak buat pun tidak apa..akan tetapi inilah wajah sebenar PEMUDA BN yg prihatin dengan kesengsaraan belia dan beliawanis Malaysia yg belum lagi mendapat kerja.
30 ribu kerja kosong pelbagai jawatan yg ditawarkan dlm projek trbaru PEMUDA BN yg diketuai oleh khairy bkn suatu yg sia-sia. Bahkan ini merupakan satu peluang yg boleh diambil belia utk memajukan diri masing-masing. Aku tabik dgn kerja PEMUDA BN ini...projek sebegini bukan projek yg senang..bahkan perlu kepada pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.
Pengalaman aku mengarahkan pelajar aku melaksanakan tugasan kumpulan ekspo kerjaya peringkat universiti yg hanya bermatlamat utk memberikan menyebarkan ilmu pendidikan kerjaya, melatih kerjasama antara pelajar, membimbing menganjurkan program dan memupuk pelajar sukakan kerja sukarela telah aku dapati bukan suatu kerja yang senang. Apatah lagi projek PEMUD BN yg melelong 30ribu jawatan kosong sepeti di PWTC yg sedang hangat berlangusng ketika ini.
Bagi belia..aku nak hangpa fikirla secara waras dan penuh keilmuan, apakah tindakan PEMUDA BN ini suatu yg sia-sia..pergilah jengah di PWTC..TGK apa kerja yg sesuai dan secocok dgn kelulusan anda. Janga dok buang masa melepak di kg dan kedai kedai kopi..pi la cari kerja tlg mak ayah.
Kepada PEMUDA pembangkang PKR PAS DAP..Berhentilah dari asyik melalak mencari kesalahan kerajaan BN tanpa memberikan sesuatu yg berfaedah kepada bangsa dan negara. Contohilah program PEMUDA BN ini...laksanakanlah di negeri-negeri pemerintahan hangpa. Terutamanya PEMUDA PAS kelantan. Carilah peluang kerja utk 25ribu belia beliawanis Kelantan yang masih menganggur. Tlg depa cari kerja bukan hanya pandai bercakap dan berceramah tanpa sebarang tindakan membantu belia Kelantan.
Maka, kepada semua belia di luar sana..JOM kita serbu PWTC..CARILAH KERJA yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran anda. Good luck.
No comments:
Post a Comment