Tuesday, November 22, 2011

AIR OH AIR..

Assalamulaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim..

Pagi ni aku rumah aku pagi pagi dh kena siram dengan air hujan..syukur rasa dpt air terus dari langit...tp bila kenang balik di kg Legeh org kg dh mula gegey air putus sokmo...sebab set dia byk dok berarap ko air bekalan kerajaan pas kelate.

Sedihnya air ada racun arsenik, ada mangan, ada ecoli dan kurang florida..tu pasal la rmi budak klate ni gigi rongok..rupanya sebab minum air kurg florida.

klate ni sungai luas, sungai panjang, sungai banyak berselirat tp air jadi bermasalah..butpo gat? sebab pemimpin negeri bodo memerintah la..tak pandai nk urus air.sepatutnya rahmat dgn sungai yg banyk tapi jadi azab pulak rkyt payah nk buleh air bersih.

Tu la rajin tebang balak sgt..last sekali sungai pun cemar dgn keladak..pastu btg paip pulak lebih uor dari aku tak tukar tukar pas loni di kebanyakan daerah di kelate..jadi pru13 ni kita bo la dok bui puak pas ni menang..kita bui la ko umno balik..biar kelate ni berubah 100% utk kesenangan dan kebajikan rkyt.

Sunday, November 20, 2011

SURAU 100 TAHUN ATAU PASARAYA TAUKE CINA?

MUNAFIK YANG CELAKA?

(Madrasah Salihiah Kanchut berusia lebih 100 tahun mahu diroboh)

Salam 2 all.

Lebih kurang tahun 2003, apabila Kerajaan BN Selangor mahu merobohkan Surau Flat Jubli Perak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, ahli PAS mengisytiharkan "jihad" terhadap Kerajaan Khir Toyo. Malah ada yang sampai mengkapiorkan dan memunafikkan Khir Toyo dan UMNO masa tu.

Surau tu cuma surau papan plywood aje, dan tujuan dirobohkan sebab nak diganti dengan sebuah masjid baru yang lebih cantik dan hebat, namun ahli PAS menolaknya dan sanggup berjuang dan "mati syahid" mempertahankan surau itu.

Walauppun selepas tu rupanya memang sebuah masjid cantik dibina, iaitu Masjid Al-Hasanah. Namun ahli PAS tetap istiqomah membenci Khir Toyo dan kerajaan UMNO. Pelbagai label dilemparkan, mahazalim, mahafiraun dan macam-macam lagi! "Kekafiran dan kemunafikan" UMNO terpahat jelas kepada ahli PAS akibat peristiwa tersebut!

Begitu juga sekitar tahun 2004, apabila Surau Punjabi (ada yang panggilnya surau Pakistan) dibelakang Balai Polis Dang Wangi Lama di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur nak dirobohkan. Tujuannya untuk dibangunkan semula kawasan itu dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang baru, dan digantikan dengan sebuah masjid baru yang lebih besar dan canggih yang akan dibangunkan ditapak yang sama.

Tapi ahli PAS tak puas hati. Jihad diisytiharkan. Demo diadakan. Walaupun yang turun menyokong tak sampai seratus orang, namun ahli PAS cekal berhadapan dengan pelbagai risiko, demi mempertahankan surau yang separuh batu separuh kayu, size sebesar rumah PPRT je pun.

Kerajaan UMNO/BN dilempar pelbagai maki hamun dan sumpah seranah! Mahazalim, mahafiraun dan macam-macam lagi! Walaupun akhirnya sebuah Masjid Dang Wangi didirikan bersebelahan dengan Bangunan IPD Dang Wangi, masjid yang tersergam indah dan cantik menjadi kebanggan umat dan mercu tanda baru kawasan sekitar Jalan Dang Wangi. Namun perasaan benci, meluat dan marah kepada UMNO/ BN tetap membara didalam jiwa ahli PAS!

Jadi apabila Madrasah Salihiah Kanchut, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah hendak dirobohkan, teman terus terfikir sudah pasti para mujahidin dan bakal syuhada' dari PAS akan mengamuk sekali lagi.


Mana taknya, madrasah tersebut sebenarnya berfungsi sebagai sebuah masjid. Azan tiap waktu dilaungkan. Solat jemaah tiap waktu didirikan. Ada anak kariah sendiri lagi.

Madrasah itu bukan baru, sudah tertegak ditapak yang sama lebih 100 tahun! Tapaknya adalah waqaf khas HANYA UNTUK PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN SEBAGAI MASJID/ SURAU!


Malahan sudah ada fatwa bertarikh 08 Rejab 1431 bersamaan 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan”.

Berdasarkan fakta-fakta diatas, teman terbayang sudah tentu para mujahidin dan bakal syuhada PAS akan berbaris panjang membuat rantaian manusia mempertahankan Madarasah tersebut. Teman terbayang para ahli Unit Amal PAS akan berbaring diatas jalan menghalang jentolak daripada merobohkan Madrasah tersebut. Teman sudah nampak darah-darah mujahidin dan syuhada' PAS melumuri jalanraya dan tapak Madrasah tersebut.


Tetapi itu semua sebenarnya tidak perlu. Tak perlu protes. Tak perlu demo. Tak perlu baring atas jalan! Kerana sekarang PAS sudah jadi Kerajaan yang memerintah Negeri Kedah. PAS sudah ada kuasa. Menteri Besar Kedah orang PAS. Exco Agama orang PAS. Exco Hal Ehwal Kerajaan Tempatan yang mengeluarkan lesen pembangunan adalah orang PAS. Ahli Majlis Bandaraya Kota Setar adalah orang PAS.

Jadi tidak perlu lagi para mujahidin dan bakal syuhada menjadi benteng manusia mempertahankan Madrasah itu. Tidak perlu ahli Unit Amal berbaring diatas jalanraya untuk menghalang perobohan Masjid itu. Tidak perlu mengadakan ceramah dan kutip derma jihad untuk menampung perbelanjaan para mujahidin dan ahli Unit Amal!

Hanya perlu Menteri Besar PAS dan ahli Exco PAS membuat keputusan bahawa Madrasah Salihiah Kanchut yang berusia lebih 100 tahun itu mesti dikekalkan disitu. Cukup Menteri Besar PAS dan ahli Exco PAS mengisytiharkan bahawa tapak Madrasah itu adalah tapak warisan dan waqaf khas untuk Masjid.

Makna kata, tanpa perlu pedang, tanpa perlu senapang, tanpa perlu demo, tanpa perlu protes, tanpa perlu himpunan, tanpa perlu baring atas jalan; cukup sekadar pen & kertas; dan mungkin sedikit ayaq lioq; selesai masalah!


Tapi rupanya tidak! Kerajaan PAS Kedah yang dipimpin oleh seorang ulama' membuat keputusan untuk merobohkan Madrasah tersebut. Bukan untuk mengganti dengan Masjid yang lebih canggih macam Kerajaan UMNO Khir Toyo buat di Bandar Baru Bangi Selangor. Bukan untuk mengganti dengan sebuah Masjid lebih hebat dan besar saperti dibuat oleh Kerajaan UMNO di Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Tidak..tidak..tidak! Tetapi mau dirobohkan untuk dibangunkan sebuah Kompleks Belibelah bernama Plaza Tunku Yaakob bernilai RM500 juta. Akan dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta Bellevue Group berpengkalan di Pulau Pinang dimana seorang ahli perniagaan Cina bernama Sunny Ho menjadi pengarah urusannya!

Maka berbanggalah ulama' PAS yang telah diberi peluang menjadi Menteri Besar membawa sebuah jentolak, dengan kehadiran Sunny Ho, dan mengadakan upacara pecah tanah beberapa hari lepas!

Upacara pecah tanah menandakan permulaan kepada proses memecah dan merobohkan Madrasah Salihiah yang berusia lebih 100 tahun!

Apabila anak kariah memprotes, mereka dipanggil bingai, tak reti bahasa, anti pembangunan! "Lagipun kami akan bina sebuah surau dibawah kompleks beli belah tersebut," kata orang PAS sambil mendabik dada! Sambil umat Islam bersolat nanti, atas kepala mereka para shoppers akan lalu lalang, "kepala" mereka akan dipijak dan diinjak!

Mana pegi para mujahidin PAS? Mana pergi para bakal syuhada' PAS? Mana pegi ahli Unit Amal PAS? Mana pegi para pembaring jalan PAS? Mana pegi para pentakbeer PAS? Mana pergi para pengutip derma jihad PAS? Mana pergi mereka semua yop?

Tapi mengkome kena tanya balik pada diri sendiri yop soalan-soalan berikut!

1. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sanggup jual kalimah ALLAH kepada kristian la'natullah?

2. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang tidak jumpa ayat Daulah Islamiyyah didalam Al Quran?

3. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sanggup nak cerai anak bini dengan sumpah talaq tiga kerana nak pertahankan kerusi YB?

4. Bolehkah kita letak harapan kaum yang mengangkat kafir harbi sebagai kalipah himpunan haram mereka?

5. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang mengangkat penzina dan peliwat sebagai kalipah "negara kebajikan" mereka?

6. Bolehkah kita letak harapan kaum yang menjauhkan diri daripada himpunan umat Islam untuk menyelamatkan aqidah umat?

7. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sanggup tidor sekatil mimpi sebantal dengan kaum kapior harbi yang konsisten menentang Islam?

8. Bolehkah kita letak harapan kaum yang sanggup mati untuk mempertahankan kapior harbi?

9. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang bila bukti kemungkaran ditunjukkan kepada mereka, terus ditolak sebagai bahan bukti besi sejuk dan mengisytihar umat Islam yang tidak sehaluan sebagai qazaf ?

10. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang mengangkat sebagai kalipah penganut fahaman pluralisma dengan menyamakan Islam dengan agama lain?

11. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang mempertahankan gereja bermati-matian walaupun gereja la'nat itu cuba memurtadkan umat Islam?

12. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang redho dan seronok bersama dengan satu pakatan luar tabi'e @ PaLut yang menolak penubuhan sebuah Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam?

13. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang menjadikan komunis sebagai idola dan mengisytihar pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan sebenar?

14. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sekarang mengisytiharkan tidak akan laksanakan hudud kecuali dipersetujui rakan luar tabi'e dan songsang mereka biaDAP & PKR?

15. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang melabel umat Islam sebagai bingai, tak reti bahasa dan anti pembangunan hanya kerana umat Islam mahu mempertahankan sebuah Madrasah Salihiah yang dibina diatas sebuah waqaf khas berusia lebih seratus tahun!

Jawapannya jelas: kita umat Islam yang masih ada sedikit keimanan tahu dan sedar bahawa bukan sahaja kita tidak boleh letak harapan kepada kaum hipokrit ini, malah menjadi tanggunjawab kita menolak dan menentang mereka sehingga mereka balik kepangkal jalan, balik kepangkal Islam berpaksikan Al Quran & Sunnah! Itu tanggunjawab kita! Itu perjuangan kita! Itu jihad kita!

Dan untuk mempertahankan Madrasah Salihiah Kanchut ini, teman cadangkan perkara berikut dilakukan:

1. anak qariah perlu membentuk sebuah badan penyelaras untuk menyelaraskan pelan tindakan untuk mempertahankan Madarasah tersebut;

2. satu memorandum khas hendaklah diserahkan kepada Tuanku Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri Kedah dan yang punya kuasa mutlak atas hal ehwal Islam untuk memohon perkenan Tuanku supaya menitahkan Kerajaan PAS Kedah membatalkan keputusan merobohkan Madrasah tersebut;

3. melantik satu pasukan peguam untuk memfailkan satu permohonan segera melalui writ certiorari & mandamus dibuat kepada Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menghalang Kerajaan PAS Kedah daripada merobohkan Madrasah tersebut dan memerintahkan Kerajaan Kedah supaya mengekalkan tapak Madrasah tersebut sebagai waqaf khas sebuah Masjid;

4. satu memorandum khas kepada Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah supaya mengeluarkan fatwa mengharamkan tindakan Kerajaan PAS Kedah dan memfatwakan supaya Madrasah itu dikekalkan ( dan ditambah baik) dan waqaf khas itu dikekalkan;

5. mengadakan satu himpunan besar-besaran membantah tindakan Kerajaan PAS Kedah tersebut dan menghantar memorandum membantah tindakan merobohkan Madrasah tersebut kepada Menteri Besar PAS Kedah;

6. mengadakan solat hajat besar-besaran memohon kepada ALLAH swt supaya memelihara Madrasah tersebut dan mengubah keputusan Kerajaan PAS Kedah untuk merobohkan Madrasah itu, dan jika Kerajaan PAS Kedah berkeras mahu merobohkan Madrasah itu, memohon kepada ALLAH supaya melaknat mereka dan menjatuhkan Kerajaan ini melalui cara yang terbaik menurut yang ditentukan oleh ALLAH jua.

SELAMATKAN MADARASAH SALIHIAH KANCHUT!


SELAMATKAN TANAH WAQAF MASJID!


SELAMATKAN ISLAM!


Wallahua'lam & Wassalam!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
22 Zulhijjah 1432
18 Nov 2011

###########################

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT
Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun. Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.
Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri menyatakan akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di bawah pusat beli-belah tersebut.

Friday, November 18, 2011

PEMUDA BN DENGAN PENGGANGUR?



Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahatera kepada yang belum muslim..

Tengahari minggu ni seronok baca utusan menyiarkan perasmian projek terbaru PEMUDA BN dengan pesta lelongnya 30 ribu kerja kosong oleh syarikat-syarikat terpilih dan juga syarikat GLC kerajaan.

Pada aku ini usaha yg mulia dan sememangnya akan diterima sebagai satu jariah membantu umat ISLAM yang menggangur utk mendapatkan kerja bahkan juga dapat memberikan kebajikan kepada umat yang belum ISLAM utk mendapatkan kerja.

Usaha ini adalah usaha yg sepatutnya tidak buat pun tidak apa..akan tetapi inilah wajah sebenar PEMUDA BN yg prihatin dengan kesengsaraan belia dan beliawanis Malaysia yg belum lagi mendapat kerja.

30 ribu kerja kosong pelbagai jawatan yg ditawarkan dlm projek trbaru PEMUDA BN yg diketuai oleh khairy bkn suatu yg sia-sia. Bahkan ini merupakan satu peluang yg boleh diambil belia utk memajukan diri masing-masing. Aku tabik dgn kerja PEMUDA BN ini...projek sebegini bukan projek yg senang..bahkan perlu kepada pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.

Pengalaman aku mengarahkan pelajar aku melaksanakan tugasan kumpulan ekspo kerjaya peringkat universiti yg hanya bermatlamat utk memberikan menyebarkan ilmu pendidikan kerjaya, melatih kerjasama antara pelajar, membimbing menganjurkan program dan memupuk pelajar sukakan kerja sukarela telah aku dapati bukan suatu kerja yang senang. Apatah lagi projek PEMUD BN yg melelong 30ribu jawatan kosong sepeti di PWTC yg sedang hangat berlangusng ketika ini.

Bagi belia..aku nak hangpa fikirla secara waras dan penuh keilmuan, apakah tindakan PEMUDA BN ini suatu yg sia-sia..pergilah jengah di PWTC..TGK apa kerja yg sesuai dan secocok dgn kelulusan anda. Janga dok buang masa melepak di kg dan kedai kedai kopi..pi la cari kerja tlg mak ayah.

Kepada PEMUDA pembangkang PKR PAS DAP..Berhentilah dari asyik melalak mencari kesalahan kerajaan BN tanpa memberikan sesuatu yg berfaedah kepada bangsa dan negara. Contohilah program PEMUDA BN ini...laksanakanlah di negeri-negeri pemerintahan hangpa. Terutamanya PEMUDA PAS kelantan. Carilah peluang kerja utk 25ribu belia beliawanis Kelantan yang masih menganggur. Tlg depa cari kerja bukan hanya pandai bercakap dan berceramah tanpa sebarang tindakan membantu belia Kelantan.

Maka, kepada semua belia di luar sana..JOM kita serbu PWTC..CARILAH KERJA yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran anda. Good luck.

Sunday, November 13, 2011

NAK KENA BUANG ATAU KERJA 9 JAM?ITU SAHAJA PILIHAN GURU!

Assalamualaikum wbrkth dan salam hidayah islam kepada yang belum muslim..

Malam ni aku nk bicara sikit pasal PROJEK rintis baru waktu keje 9 jam oleh KPM kepada para guru di 4 buah negeri bermula januari 2012. Ramai la anak anak murid aku sms tanya pendapat aku..kenapa la kerajaan semakin pelik buat sesuatu dasar tanpa kajian dan terus laksanakan..ada lagi kawan-kawan aku yang dah jadi guru pn telefon siap luahkan ketidak puasan hati depa kerana mungkin juga akan kena keje 9 jam sehari selepas tamat rintis di 4 buah negeri seperti yang diisytiharkan oleh timb menteri KPM.

Tapi bagi aku..keje 9 jam ke..keje 6 jam ke..tidak penting sangat..kerana kakitangan awam yang lain sejak awal lagi dh keje 9 jam sehari..jadi kenapalah para guru ni rasa nk serabut sangat dengan projek baru KPM ni. Bagi aku..itu namanya adil kepada para guru, tidaklah depa ni sampai nk bawa balik latihan pelajar nk semak kat rumah..dengan keje mcm masa balik mcm kakitangan awam yang lain ni la para guru leh siapkan semak latihan pelajar kt sekolah. Bagi aku guru bukan la takut sgt dengan waktu keje 9 jam tu..tapi yg ditakutnya adalah dah semakin jelas waktu depa sentiasa leh balik awal keje seperti sediakala akan terkubur dan jadi seperti kakitangan awam lain.

Aku akui, majoriti guru yang bermotivasi hakikatnya dah keje lebih dari 9 jam sehari dan penambahan waktu keje ini tidak memberikan kesan apapn pada mereka. Bagi mereka pengisytiharan ini tiada apa apa kesan bahkan seperti mengikhtiraf yang mereka sudah keje 9 jam sebelum ini. Namun yang bising ni mungkin kebanyakannya daripada guru yang sentiasa tenang, senang, lenang dan banyak waktu rehat utk mereka selepas habis mengajar 3 atau 4 kelas sehari.

Malah, rintis utk 4 negeri keje guru selama 9 jam ini telah dipolitikkan oleh puak pembangkang terutamanya PAS. Hujah depa akan menyusahkan guru, membebankan guru, tidak adil, guru sememangnya sudah terbeban dan mcm mcm lagi la. Cuma pesan aku pada guru. ANDA NAK KEJE 9 JAM SEHARI MCM KAKITANGAN AWAM YANG LAIN atau ANDA NK KENA BUANG KEJE SELEPAS DAP memenangi pru 13 nanti. Ingat Tony Pua dah bgtau akan kurangkan kakitangan awam dengan sebaik mungkin...tidak terkecuali mungkin mereka yang bergelar guru. Jadi jgn kerana nk marah kerajaan BN minta keje balik 9 jam sehari mcm org lain kita pi pilih DAP PAS PKR yang akhirnya kita leh hilang keje. Ingat tu semua wahai guru..selama ini kerajaan sudah terlalu lama tidak adil kepada kakitangan awam lain bila guru dapat balik awak dari keje. Maka sekarang kerajaan dan nak berlaku adil kepada yang lain dan juga kepada guru sendiri yang masa cuti penggal dan cuti akhir tahun masih belum dimansuhkan lagi.

Ingat anda semua masih boleh bergembira kerana dapat cuti panjang lagi. tidak seperti kakitangan awam yang lain..cuti mereka setahun tak sampai pun 35 hari..so jgn berlapang dada lah dengan projek baru KPM ni. Ingat nk keje 9 jam sehari zaman BN atau nk kena buang keje zaman DAPPASPKR hmm..fikir-fikirkan...


Sunday, November 6, 2011

SEJARAH LEGEH PART 11

Assalamualaikum wbrkth dan salam aidiladha

Hari ni aku nak teruskan dengan sejarah Kampong Raja Legeh kampong aku yang aku cintai.
Mari sama-sama kita menghayati sejarah Melayu lama yang semakin dilupakan ini.

Kerajaan Islam Legeh dibuka oleh Tengku Long Putra anak kepadaNang Che Puan yang mana suaminya bernama Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa bin Al-Adilin. Kewujudan kerajaan Legeh dipercayai untuk menguatkan penguasaan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa di pantai timur Semenanjung Melaka.
Beliau merupakan anak saudara kepada Sultan Syarif Syah. Dan nenek Syarif Syah pula ialah Ratu Hijau, orang yang membuka negeri Pattani. Nang Che Yam juga merupakan ibu kepada Ratu Kuning yang bergelarNang Kemuning Puteri Saadong yang memakai gelaran Ratu Kemuning.
Ratu Kemuning telah menjadi pemerintah Pattani setelah kemangkatan adinda-adinda Ratu Hijau yang bernama Ratu Biru dan Ratu Ungu. Setelah kemangkatan Ratu Ungu, Nang Kemuning telah memerintah Pattani tetapi mangkat tanpa meninggalkan zuriat yang sesuai. Beliau juga dikenali sebagai Puteri Saadong. Kemangkatan beliau menyebabkan munculnya negeri yang baru di pantai timur lagi makmur tetapi telah ditutup sejarahnya dengan kemunculan negeri baru yang bernama Kelantan danTerengganu.
———————————————————-
———————————————————-
Kemunculan Kelantan dan Terengganu adalah selepas kejatuhan kerajaan Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Setelah Raja Nik Muhammadiah cucu Raja Long Toha ibni almarhum Tengku Long Putra yang bergelar Datuk Seri Raja dan merangkap Perdana Menteri Empayar Kedah Merong Maha Wangsa, telah kalah dalam peristiwa musuh bisik 1821 yang mana beliau telah dikalahkan oleh tentera Thai yang bekerjasama dengan tentera British menyebabkan beliau dan pengikutnya melarikan diri ke Kedah bersama permaisurinya Dato’ Nang Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif al-Pattani.
Dato’ Nang Mariam digelar orang Nai Riam, beliau merupakan nenek kepada penghulu Tajar Nai Long Mahmud. Nai Long Mahmud ini merupakan datuk kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim. Nai Riam juga ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu yang terakhirSultan Jaafar Muadzam Shah. Nai Riam juga ialah cucu kepada Raja Daerah Johor-Riau iaitu Koya Fai @ Raja Iskandar Syah.
Baginda Permaisuri Legeh inilah yang memelihara Raja Badlishah ketika beliau dihalau dari istana Anak Bukit setelah ibundanya Syarifah Sofea al-Jefri dari kerabat Merong Maha Wangsa diceraikan oleh Sultan Abdul Hamid yang berkahwin baru dengan puteri Chulalongkon Raja Thai, yang bernama Jeneral Manjalara.

Saturday, November 5, 2011

TAKBIR...TAKBIR..TAKBIR RAYA KORBAN!


Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim...

Pagi-pagi ini aku rasa seronok dan begitu nyaman udara segar tanpa pencemaran udara di kampung Raja Legeh kampung yang penuh dengan sejarah kehebatan Melayu Kelate..solat subuh dengan zikir takbir raya begitu menyentuh perasaan dan syahdunya bila memuji kebesaran ALLAH SWT tuhan sekalian alam.

Namun, disebalik keseronokan mencoret blog aku ini sambil mendengar takbir raya di tv terggangu dengan sms daripada para pelajar aku graduan ISMP UPSI. "cik matnor tau tak bila kami akan dipostingkan..raya korban ni saya rasa mmg betul betul kena pada saya"

Lihat sms ini aku rasa begitu bertanggungjawab untuk terus memperjuangkan isu posting ISMP di blog aku yang tidak terkenal dan glamor seperti blog papagomo dan gerakan anti pkr. Coretan aku ini tidaklah boleh memberikan kesedaran kepada pihak KPM untuk menamatkan kemelut ini dengan segera. Bahkan blog aku ini tidak dibaca pun oleh mereka yang mempunyai kuasa dalam menamatkan kemelut yang merugikan anak bangsa dan menyekat kemajuan pendidikan di Malaysia tercinta ini.

Namun begitu, aku cuma berharap apa yang aku post dalam blog aku ini mungkin akan tercetus empati dan rasa kebersamaan dengan penderitaan emosi yang ditanggong oleh anak-anak murid aku menunggu peluang mereka dipostingkan. Bahkan mungkin jika rezeki anak-anak murid aku ini ada dalam masa terdekat mungkin post aku ini mampu dipanjangkan oleh mereka yang rasa empati juga untuk mengutarakan perihal posting ISMP UPSI di blog blog mereka. Mana tau papagomo atau gerakan anti pkr atau dr mim sudi berjuang juga untuk graduan ISMP UPSI.

Apapun kepada semua anak-anak murid aku dan juga graduan Ijazah sarjanmuda pendidikan UPSI terus bersabar dan terus berusaha menyedarkan KPM untuk menamatkan isu ini dengan secepat mungkin. Bertawakallah kita kepada ALLAH SWT semoga penderitaan emosi menunggu sesuatu yang tidak kunjung tiba ini akan berakhir dengan segera.


POSTING ISMP UPSI?APA MASALAHNYA??


Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim..

Sebaik aku sampai Legeh kampung aku yang aku cinta untuk sambut raya korban..tetiba jari ini terasa nak ulas mengenai isu posting graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) UPSI yang tertangguh hampir menjengah setahun berlalu.

Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia..jangan pandang isu ini seperti isu sampah yang tiada kesan kepada kedudukan politik UMNO dan kerajaan BN khususnya...majoriti graduan UPSI menyokong kerajaan dan UMNO berasa begitu kecewa kenapa mereka terpaksa menunggu begitu lama untuk di posting ke sekolah berbanding penyerapan secara automatik guru GSTT.

Mereka beranggapan kerajaan telah menganaktirikan mereka yang telah dilatih secara total terlatih dan mempunyai kemahiran, keilmuan, kepakaran yang begitu bersemangat dan telah bersedia untuk menjadi guru. Janganlah hanya kerana kerajaan melihat isu posting graduan UPSI ini seperti sampah menyebabkan kepercayaan, harapan dan sokongan graduan ISMP UPSI kepada kerajaan dan UMNO semakin pudar mengikut detikan masa kebajikan dan hak mereka diabaikan.

Kepada pemimpin negara, aku amat berharap celiklah sedikit mata untuk melihat kepada graduan ISMP UPSI berilah hak yang sama diperolehi oleh GSTT kepada mereka. Jangan hanya kerana UPSI di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan bukan berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia usaha untuk membantu mempercepatkan proses posting mereka dibiarkan begitu saja.

Walaupun kementerian berbeza ingatlah kesannya bukan kepada Kementerian bahkan kepada keseluruhan pentadbiran kerajaan, malah kepada UMNO itu sendiri. Majoriti graduan UPSI adalah terdiri daripada anak-anak bumiputera kampung dan anak-anak Melayu daripada keluarga yang hidup susah di luar bandar.

Bayangkan jika 3000 graduan UPSI merajuk dengan kerajaan dan sudah tentu keluarga mereka juga berasa terkilan dengan kerajaan, jiran-jiran mereka, saudara mara mereka bahkan mungkin masyarakat Melayu umumnya berasa betapa tidak adil dan tidak cekapnya kerajaan dalam membantu graduan ISMP UPSI dalam isu penempatan mengajar. Apa yang aku risau adalah apabila tokoh pembangkang pula yang akan dilihat oleh graduan sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib mereka walaupun hakikatnya pemimpin pembangkang hanya bercakap bagi pihak mereka dan tiada kuasa apapun untuk menempatkan mereka mengajar. Contohnya Timbalan Presiden Pas yang telah mewngutarakan isu ini di lidah rasmi PAS harakah.

Kita perlu ingat...graduan pendidikan UPSI adalah mereka yang telah dilatih untuk memiliki kompeten sebagai seorang guru. Janganlah mendera emosi mereka dengan isu kelambatan penempatan mengajar ini. Percayalah manusia yang terluka emosi lebih sukar diubati berbanding manusia yang terluka fizikal. Maka kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia kami warga UPSI amat berharap Tan Sri dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin demi survival graduan ISMP UPSI dan juga demi kemajuan dan kelangsungan pendidikan negara.

Terbaiknya..jadikanlah UPSI ini seperti UITM Shah Alam, sebagai kampus induk dan IPG seluruh negara sebagai kampus-kampus cawangan. Dua institusi ini tidak seharusnya bergerak sebagai dua institusi yang berbeza dalam melatih bakal guru. Sepatutnya dua institusi ini bergerak seiring dan berada hanya dibawah satu Kementerian yang bertanggungjawab secara langsung dalam melatih guru untuk keperluan negara. Jika perlu dipinda AUKU untuk penyatuan ini..maka pindalah demi kebaikan masa depan bangsa, profesion perguruan dan pendidikan negara itu sendiri.

Friday, November 4, 2011

KEDAH BELAJAR DARI KELANTAN?

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim

Malam ni aku tak dapat nak tidur. Mungkin kerana siang tadi terlalu banyak bekerja dan rasa badan kurang sihat. Kerana rasa badan kurang sihat nak demam adanya batuk sedikit aku telah makan ubat tradisional cina organic cordyceps utk kembalikan tenaga badan dan elakkan batuk dan kahak yang ada..akhirnya aku terlalu bertenaga lsampai susah nk tidur malam ni. Peluang ni aku baca dua blog portal berita blogger UMNO yang aku suka baca tiap hari. Papagomo dan gerakan anti pkr.

Papagomo berkongsi cerita peniaga yang diabaikan kebajikan mereka di uptown danau kota. Bahkan mereka kena dianiaya lagi. Gerakan anti pkr pula mewarkan berita daripada MNN yang membawa berita Kedah sedang asyik mengeluarkan lesen menebang balak sehinggakan hutan simpan pun ratahnya. Bagi aku mungkin Kedah ni belajar ilmu pentadbiran isle dari Kelate. Yang mana ilmu pentadbiran isle dari Klate ni masyhur dengan mengambil duit melalui menebang pokok-pokok balak sehinggakan di Kelate tnk tengok balak-balak yang besar-besar pn payah. Kebanyakan hanya tinggal hutan muda..ringkasnya hutan belukar. Yang masih adapun hutan simpan yang benar-benar termasuk dalam hutan simpan negara.

Kedah dah mula praktis ilmu pentadbiran isle pas klate ni dlm memerintah negeri. Islam memerintahkan menjaga dunia ini dengan baik. Hutan hendaklah dijaga semampu mungkin, bahkan bukit yang telah difirman ALLAH SWT sebagai pasak bumi tak akan mampu berdiri teguh dan terus menjadi pasak bumi jika hutan yang menjadi penguatnya yang terdiri daripada pokok-pokok balak ditebang. Inikah ajaran isle pas..aku pun tak faham..tok guru lagu mana la yang dikatakan tok guru..apa yang tuhan larang jangan jahanamkan bumi ni pun depa tak dengar hanya semata-mata duit. Tak de cara lain dah ke tok-tok guru ni nk cari duit untuk negeri. Cara tebang balak je ke?

Melaka dengan Kelate jika dibandingkan dari segi geografi fizikal jauh menang kelate dari segi keluasan, luas laut, jumlah pantai, luasnya hutan, banyaknya mineral, cantiknya air terjun, banyaknya tanah subur dan panjangnya sungai. Melaka hanya tuhan bagi apa? perigi hang tuah, a famosa, sungai sempit, laut berlumpur dan balak yang jauh sedikit berbanding kelate. Akan tetapi kenapa Melaka lagi banyak duit dari Kelate dan Melaka telah banyak memberi peluang rakyat kelate pergi kerja di Melaka.

Kenapa Melaka lagi bijak mencipta duit tanpa rosakkan alam sekitar. Kelate dapat duit dengan merosakkan alam sekitar tapi Melaka dapat duit dengan mencantikkan alam sekitar dan kekal memelihar alam sekitar yang ada. Melaka menjaganya a famosa yang dah uzur, Melaka membesarkan sungai, membersih dan mengindahkannya, Melaka mencipta zoo dalam hutannya..Melaka memajukan pantai dengan membina hotel dan mengindahkan lumpur jadi pantai tempat riadah. Kelate yang ada air terjun tertinggi di gunung stong hanya tgl nama semata-mata nama, pantai yang pasirnya putih hanya tgl pantai semata-mata bahkan menjadi kotor, Hutan dah digondol..nk tunggu beratus tahun lagi baru boleh ditebang balik. Kenapa Melaka kaya dari kelate dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat kelate juga. Kerana asasnya adalah otak. Nak jadi pemimpin mesti bijak mencipta duit dengan sumber yang ada...bukan dengan mencipta duit menghapuskan sumber yang ada.

Lihat Melaka bila pemimpinnya menghargai alam sekitar dan menjaga anugerah tuhan yang terhad itu balasannya adalah peluang pekerjaan dan income kepada negeri. Hasilnya rakyat juga yang perolehi. Janji ALLAH SWT itu benar..bumi rosak kerana tangan manusia sendiri. Kelate rosak muka buminya kerana tangan pemimpin yang membenarkan lesen menebang balak secara berleluasa. Yang aku masih heran kenapalah rakyat kelate masih tidak dapat memikirkan hal ini. Cukup-cukuplah berada dalam pemerintahan yang hanya tahu merosakkan alam untuk duit. Bukan mahu menjaga alam dan mengindahkan alam untuk mendapat duit. Sepatutnya Kelate lebih ramai pelancong dari Melaka kerana Klate ada segalanya dan rakyat yang berniaga di Kelate akan berasa untungnya dengan kedatangan pelancong yang ramai. Tapi hakikatnya yang mari Klate tu nak tengok apa lagi yang masih tinggal dan terbiar di Klate yang masih belum dimusnahkan oleh kerajaan isle pas Klate.

Aku mengharapkan generasi muda yang menuju tua seperti aku ini dapat berfikir rasional. Cukuplah bersubahat memilih pemimpin yang berlabel isle tapi berkelakuan memimpin negeri tidak berlandaskan tuntutan islam. Kalau nk kira apa yang pas buat islam di kLate terlalu sukar nk dikira..kenapa..hampir tiada..hanya dibuatnya bercakap islam..tapi pemerintahan tiada islam. Semoga ALLAH SWT akan memelihara bumi kelate dari terus dianiaya oleh pemimpin yang tidak bijak memelihara alam dengan dicemari kekotoran pantainya, dengan terbiarnya keindahan air terjun yang tertinggi untuk renungan rakyat menginsafi kehebatan pencipta, dengan gondolnya balak kerana kerakusan manusia yang pendek akalnya.

Bagi rakyat Kedah anda baru mula rasa menyesal mengundi pas pada pru12 yang lepas. Tahun lepas daerah ditebang balak itu jugalah telah mengalami bajir besar. Nasihat aku tak payah pi lah berdemonstrasi tebang balak tu jika kerajaan isle Kedah hangpa dah bagi lesen tebang balak kat situ hutan simpan bukit perak. Kerajaan isle pas Kedah takkan tarik balik lesen..knp? kena saman la depa tu nanti. Pastu kalau tarik balik..mcmana dengan komisen? mungkin yang dah ada ambil? tu yang hangpa kena pikiaq..cukuplah hangpa undi pas..tuhan dah bagi tu hak hangpa undi pas..klu pasni ayaq keroh, banjiq besaq hangpa redah je la. Ingatlah pru13 ni nak undi pas lagi ka UMNO balik..tu hangpa semua kena kira.



* aku seronok tulis coretan blog ni dengan bahasa kampung yang tidak formal dan bertatabahasa..maaf pada ahli bahasa..aku hanya orang kampung Raja Legeh gemar menggunakan bahasa kampung sesekali sekala.

Wednesday, November 2, 2011

NIK AZIZ SOKONG GAY KE?

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim..

Festival seksualiti merdeka yang dijangka akan diadakan pada 9 nov ini bagi menuntut hak bagi penggemar seks umat derhaka zaman nabi luth..gay...lesbian dan dwi seks..Perkhabaran baik utk mereka yang bersama-sama ambiga yang telah berjuang bersamanya masa BERSIH..bahkan golongan ini jugalah yang turut sama berarak pada masa bersih 2.0.

Ambiga dikatakan akan merasmikan festival ini...jgn smpi buat liwat dan bercium sesama perempuan pada masa ini sebagai simbolik perasmian festival sudah..nnt bala cepat datang ke Malaysia ni..Thailang dh kena banjir besar.. yg sememangnya kita tahu bangkok adalah tempat kegemaran (nuar aljuburi) gelaran mat sabu bagi menjalankan aktiviti sihatnya.

So jgnla kerana puak puak terlampau ini nk bawa bala ke Malaysia..tau la sokong nuar aljuburi tapi jangan la smpi nk halalakan benda yang mmg dh haram dlm agama. Ramai yang dh nyatakan penentangan..perkasa, jim, ppim, pkpim dan semua ngo islam la..umno apatah lagi mmg menentangnya..ketua pemuda pas pun nyatakan pendirian tentangannya..cuma bila nik aziz nk nyatakan penentangannya dengan festival ini..janglah krn kawan telah berjasa menggerakkan BERSIH 2.0 NIK AZIZ seakan merelakan puak festival songsang ini? keluarkan la fatwa..nik aziz kan suka keluar fatwa..

Apapan sebab itu umno ni mmg xsuka ambiga ni..knp krn dia ni memperjuangkan sesuatu yang songsang, Bahkan yang sedihnya puak pas ni masih nk sokong juga ambiga..seumpama tidak pernah nampak apa yg ambiga pernah saran dan buat sebelum ini..so pada nik aziz..cepat-cepatlah seru penyokong pas jgn sertai ambiga utk festival ini..rakyat tgh tengok ni..

fikir-fikirkanlah

Tuesday, November 1, 2011

TIDAK SEMUA YAHUDI KAPIR MACAM LIM GUAN ENG

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim.,

Pagi ini terasa ingin mengulas mengenai seorang yahudi yang telah memasuki Malaysia kerana sertaai reality program muay thai yang telah ditaja sebahagiannya oleh kerajaan Selangor. Pemuda pas memohon penjelasan daripada Kementerian Belia dan Sukan terlepasnya pemuda Yahudi ini ke Malaysia. Betapa ceteknya pemikiran dan ilmu mereka. Seumpama semua yahudi ini jahat. sehinggakan utk ke Malaysia sertai sukan pun menjadi masalah..sepatutnya gunalah peluang ini untuk sebarkan islam kepada yahudi ini dan tunjukkan umat islam Malaysia begitu berbeza dgn apa yang diketahui olehnya sebelum ini yang begitu negatif pasal islam.

Menurut World Christian Database {http://www.worldchristiandatabase.org) kira-kira 1% ethnik Yahudi Israel memeluk agama Islam.

Antara Yahudi Muslim yang terkenal:

Ini adalah antaranya..so kenapa pemuda pas ini terlalu negatif..sepatutnya pemuda pas ini sambut pemuda yahudi yang telah sertai muaytahi reality di Malaysia ni di KLIA..Bina hubungan dengannya, sebarkan keindahan islam padanya..bukannya asyik comment dan complain apa yang dibuat oleh kerajaan utk menunjukkan islam adalah berbeza seperti yang pemuda ini ketahui sebelum ini. Jika manusia sentiasa berfikir negatif dan menyamakan yang baik seperti yang jahat juga..maka peluang dakwah akan tertutup..

Fikirkanlah...