Friday, October 21, 2011

SYAHIDNYA SEORANG PEMIMPIN ISLAM

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim..
Selawat dan salam ke atas junjungan rasulullah saw..

Hari ini bermula dengan rasa kesedihan dan kekecewaan perginya seorang pemimpin islam yang paling ditakuti oleh musuh islam terutamanya para yahudi dan pemimpin kafir Amerika. Telah berpuluh kali cubaan membunuh arwah Muammar Gadaffi oleh Amerika dan sekutunya melalui serangan bom, serang hendap dan penculikan pembunuhan akan tetapi ALLAH SWT masih memanjangkan usia arwah bahkan semakin lantang beliau menentang Amerika dan musuh musuh islam yang lain.

Muammar Gadaffi segarang namanya begitu jugalah corak kepimpinannya, dengan corak kepimpinan yang autokratik dan sedikit demokratik beliau telah berjaya membawa Libya sebagai sebuah negara yang aman dan bersatu padu setelah berjaya menggulingkan kerajaan yang menjadi proksi kepada kuasa barat sebelumnya. Kegarangan beliau sebelum ini yang telah mengambil jalan dengan mematikan segala bentuk ancaman kepada kerajaan dan rakyatnya melalui serangan kepada mereka yang suka menjadi pemberontak dan penentang kepada usahanya membawa Libya ke arah berkerajaan islam yang tidak patuh dan tidak menurut kata barat. Tindakan inilah yang telah digemburkan barat sebagai zalim dan menzalimi. Hakikatnya tindakan beliau begitu perlu demi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.

Bertitik tolak daripada cadangan beliau yang mahu menggunakan emas dalam jual beli minyak di peringkat antarabangsa dan dengan rakan rakan niaga minyaknya telah menimbulkan kemarahan yang mendalam daripada puak yahudi Amerika. Puak yahudilah yang telah memperkenalkan dan menguasai matawang dollar di dunia. Cadangan Muammar Gadaffi untuk tidak menggunakan dollar sebagai wang pertukaran dengan hasil minyaknya seumpama menyimbah minyak ke dalam api kemarahan Amerika kepadanya semenjak akhir tahun 1950an lagi. Cadangan Muammar Gadaffi untuk tidak menggunakan dollar dalam urusniaga minyaknya akan menjejaskan secara langusng kedudukan dollar dan ekonomi Amerika. Bahkan dikhuatiri cadangan Muammar Gadafi ini akan menjadi satu cadangan dan ikutan yang akan diterima pakai oleh keseluruhan negara islam pengeluar minyak khususnya dan negara-negara OPEC yang lain secara umumnya.

Kerana itu, menjadi hasrat Amerika dan Barat untuk menghapuskan Muammar Gadaffi sebelum cadangan ini menjadi kenyataan. Namun usaha membunuh Muammar melalui serangan peluru berpandu, bom jangka dan CIA yang gagal telah menjadikan Amerika sentiasa berdendam denga Muammar Gadaffi. Sejarah membuktikan pemimpin yang mempunyai angan-angan dan idea untuk menggunakan emas ataupun dinar dalam urusan perdagangan dan ekonomi berakhir bahkan mati dihujung senapang. Itulah yang telah berlaku kepada arwah Muammar Gadaffi. Bahkan bermula dengan Abraham Lincon sendiri dikatakan mati dibunuh oleh yahudi Amerika kerana ideanya untuk menggunakan wang emas dan begitu juga dengan arwah Saddam Hussein. Cuma hanya seorang pemimpin yang masih hidup dan terselamat dari dibunuh dan sehingga kini masih membenci yahudi dan yahudi juga membenci beliau iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed. Tun sebelum ini pada tahun 1997 masa krisis ekonomi dunia kerana manipulasi kewangan oleh George Soros telah memberikan Tun idea untuk menggunakan emas sebagai pertukaran nilai matawang. Kerana itu,. Tun begitu dibenci oleh Geogre Soros sehingga kini.

Berbalik kepada Muammar Gadaffi Amerika dan kuasa Barat telah berjaya membunuh Muammar dengan menggunakan rakyat Libya yang gilakan kuasa dan wang. Kuasa barat telah memberikan dana yang besar kepada pemberontak ataupun pihak pembangkang kepada pemerintahan Muammar untuk membunuh beliau. Hanya jauhari yang kenal manikam..itulh juga pendekatan barat..hanya rakyt Libya yang tahu bagaimana utk membunuh pemimpin Libya iaitu Muammar. Bahkan hanya orang Islam yang lebih arif untuk membunuh orang Islam. Mereka telah belajar melalui pengalaman di Afghanistan, Rusia takkan mampu menewaskan orang Islam kecuali orang Islam Afghanistan sendiri yang membunuh pemimpin Islam yang dibenci oleh mereka kuasa barat.

Hakikatnya kuasa barat khususnya musuh Islam akan menggunakan peluang dan ruang yang ada di setiap negara Islam untuk meruntuhkan kerajaan Islam yang menentangnya. Mereka akan memberikan wang, menjanjikan kuasa dan kemewahan kepada setiap penentang dan pembangkang kepada kerajaan negara islam yang sedia ada. Menunggu hanya masa yang sesuai utk merelevankan serangan kepada kerajaan islam yang memerintah dan memberi bantuan kewangan dan senjata kepada puak pembangkang dan pemberontak islam disesebuah negara untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada.

Oleh itu, kita rakyat Malaysia mestilah bijak mengenalpasti taktik dan pendektan musuh utama islam ini. Jauhilah rakyat Malaysia daripada berpecah belah, bersengketa dan menggunakan kuasa luar demi kepentingan politik dan wang ringgit. Bahkan Malaysia dewasa ini sudah kelihatan adanya campurtangan asing dalam politik Malaysia dengan pelbagai peristiwa yang berlaku kebelakangan ini seperti perhimpunan HARAM membantah kerajaan dengan sumber kewangan yang ditaja oleh pihak pihak luar. Tidak mustahil puak yang gila kuasa dan wang di Malaysia akan dipengaruhi seperti di Libya dan sanggup berperang sesama bangsa dan seagama.

Pengajarannya..mana rakyat Malaysia yang sudah terlajak jauh dalam perjuangan politik yang tidak lagi mempedulikan ikatan saudara sebangsa dan seagama kembalilah ke pangkal jalan. Bersatulah demi mengelak malapetaka buruk dan kehancuran seperti di Libya, Iraq, Afghanistan dan Palestin. Sayangilah kemakmuran dan keamanan yang ada seperti sekarang. Haramnya membunuh sesama MUSLIM apatah lagi dengan bantuan daripada musuh islam. Syahidnya Muammar Gadaffi kerana tentangannya kepada musuh Islam namun yang sedihnya beliau syahid ditangan orang islam sendiri yang telah butahati dengan janji kuasa dan wang oleh kuasa barat dan musuh islam yang nyata. Alfatihah untuk arwah Muammar Gadaffi...alfatihah...

No comments:

Post a Comment