Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim..
Pagi ini aku terbaca sebuah artikel mengenai asal usul kampung aku..Kampung Raja Legeh. Disini aku ini berkongsi asal usul kampung aku berdasarkan sejarah Kerajaan Melayu Lama
Sejarah realiti pembukaan
Negeri Pattani ialah sebenarnya dibuka oleh Puteri Sultan Kedah Syburi Benua Siam Kedah
Sultan Syeikh Ali @ Tabim Sheikh Ali pada tahun
1546M. Puteri Syburi tersebut digelar dengan nama
Nang Che Yam. Sila rujuk buku sejarah DGE Hall (History of South East Asia).
Dalam hikayat Pattani menyebut namanya sebagai
Ratu Hijau. Dalam penulisan Thailand ayahnya digelar
Tabim Shwehti. Sultan Syburi Kaifa Tabim Syeikh Ali dengan bantuan tentera upahan
Portugis telah meluaskan empayar Kedah Merong Maha Wangsa dari Martaban ke Pegu iaitu dari
utara Myanmar hingga ke selatan Myanmar.
Nang Che Yam merupakan anak saudara
Zahiruddin Bahadur Shah. Nang Che Yam telah dihantar ke wilayah baru untuk menjadi Ratu Pattani, beliau memerintah di sana dan bapa saudaranya telah menghantar anak saudaranya seorang putera Raja Jammu Kashmir India, yang bernama
Raja Ismail untuk dikahwinkan dengan Nang Che Yam. Wilayah Pattani telah menjadi maju selepas ada pemerintah di sini.
Lukisan lama milik Belanda menunjukkan perarakkan kerabat Kedah Merong Maha Wangsa dari Jammu Kashmir bersama askar Upahan Portugis yang berkhidmat dengan tentera Kedah Merong Maha Wangsa, manakala askar Islam Kedah Merong Maha Wangsa berjubah.
Jammu Pattani perkataan bahasa Melayu Siam bermaksud seperti berikut Jammu maknanya beg tangan dan Pattani bermakna kain corak ini. Perkara tersebut berhubung dengan perkahwinan Ratu Nang Che Yam dengan putera Raja Jammu Kashmir India yang bernama Raja Ismail Jammu Pattani @ Thunag Pa bahasa Melayu Siamnya bermaksud Raja Ismail bawa kain dengan tunda kapal kain yang berat.
Raja Kedah Syburi Kaifa Tabim Sheikh Ali ibni Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) ini telah melantik menantunya Raja Ismail menjadi Raja Pattani. Maka Raja Ismail dan Isterinya Nang Che Yam telah membina kota di
Chabang Tiga negeri Pattani.
Di bawah ini ialah salasilah Ratu Hijau (Nang Che Yam)
Sultan Sheikh Ali dan puterinya Ratu Hijau Nang Che Yam pernah melawat adindanya Raja Siam Ayuthia ke-15 yang bernama
Raja Yaakub Jalil Syah Raja Langkasuka Kedah di Pulau Langkawi. Kesan sejarah peristiwa tersebut digelar Teluk Ewa, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman Malaysia. Sultan Sheikh digelar Ewa kerana baginda Sultan ialah Putera Sulong Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) tahun
1491M.
Semasa peristiwa kemangkatan
Sultan Mahmud Akhirul Zaman yang bergelar
Sri Sutammaraja pada tahun
1668 di Istana Syah Alam Selangor dan di makamkan di Kota Beruas, pihak musuh tentera Belanda telah menyerang masuk Istana Syah Alam dan Istana Jugra milik
Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Selangor.
Nang Kemuning permaisuri kerajaan Kedah kepada Almarhum Sultan Mahmud Akhirul Zaman terpaksa berundur ke Bukit Kemuning, Mukim Perang Besar @ Putrajaya, Malaysia pada tahun
1668M. Selepas peristiwa itu beliau terpaksa kembali ke negeri Pattani bersama puteri-puterinya. Permaisuri Kedah berkenaan terpaksa meninggalkan Istana Chabang Tiga, Jammu Pattani oleh kerana Kekandanya
Raja Madzafar Syah bersemayam di istana tersebut, jadi beliau terpaksa pula membina istana baru di daerah Kota Bharu Kelantan, beliau bersemayam dan memerintah dari situ dan digelar sebagai
Ratu Jembal yang bermaksud Raja berpisah dari kampungnya.
Makam Nang Kemuning seorang Permaisuri Kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang mana suaminya bernama Sultan Mahmud Akhirul Zaman berada di
kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan.
————————————————————————–
Istana Jugra, Selangor yang dibina oleh Sultan Muhyidin Mansor Syah
——————————————————————-
Kerajaan Pattani telah diambil alih oleh Ratu Biru setelah kemangkatan Ratu Hijau. Ratu Biru merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Di dalam hikayat Pattani, Ratu Biru dikatakan telah membuat meriam-meriam yang besar daripada tembaga kuning, kerana baginya meriam-meriam yang dijual oleh orang Eropah tidak sesuai dengan keadaan tempatnya.
Dalam masa pemerintahannya rakyat jelata tidak dibenarkan memiliki tembaga dan seluruh rakyat jelata yang ada menyimpan tembaga kuning hendaklah dibawa kepada baginda. Serta ditegah sekelian mengirim atau menjual tembaga kuning selama 3 bulan. Barang siapa melanggar perintah ini akan dijatuhkan hukuman bunuh. Setelah beberapa lama maka terkumpul banyaklah tembaga kuning dan dibuat meriam besar yang menjadi sejarah dalam kerajaan Islam Pattani.
——————————————————————————
——————————————————————————-
Dalam hikayat Pattani juga menceritakan setelah beberapa bulan, Ratu Biru telah berjaya membuat
3 pucuk meriam yang terlalu besar. Dua pucuk yang lebih besar sekali pancangnya
3 depa 1 hasta sejengkal 2 jadi setengah, pelurunya besar sebelas jari bulatan dan yang kecil sekali panjangnya 5 hasta sejengkal 9 jari, pelurunya besar tiga jari bulatan. Dua pucuk meriam yang besar digelar oleh Ratu Biru sebagai meriam
Seri Negara dan meriam
Seri Pattani dan yang kecil pula digelar meriam
Mahalela.
Ketiga-tiga pucuk meriam raksaksa itu diletak di atas sebuah roda pedati serta dijadikan alat senjata peperangan yang utama dalam kerajaan Pattani pada masa itu. Setelah kemangkatan Ratu Biru, beliau digantikan oleh
Ratu Ungu. Ratu Ungu juga merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Selepas kemangkatan Ratu Ungu, beliau digantikan oleh
Ratu Kuning. Ratu Kuning dikatakan seorang pemerintah yang gemar bercucuk tanam dan berniaga. Seorang pengembara Inggeris bernama
Hamilton telah sempat melihat negeri Pattani pada masa itu dan beliau berkata, “
Negeri Pattani pada masa itu mempunyai 43 jajahan takluk termasuk juga negeri Terengganu dan Kelantan“.
——————————————————————————-
——————————————————————————–
Ratu Kuning tidak mempunyai ramai zuriat lelaki maka Sultan Kedah Syarif Abu Bakar yang berpusat di
Nambang atau Air Teluk di Ligor telah mengambil alih semua wilayah pantai timur dan menyerahkan kepada keturunan
Raja Nik Muhammadiah mentadbir Pattani dengan nama baru
Negeri Legeh pada tahun
1778M di bawah pemerintahan
Long Putra anak saudara Sultan Syarif Abu Bakar
—————————————————————————–
——————————————————————————
Selepas kemangkatan Ratu Kuning dikatakan beliau tidak mempunyai waris yang layak maka dengan itu negeri Pattani telah diambil semula oleh kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Setelah kemangkatan baginda maka habislah raja daerah Pattani yang berketurunan dari Merong Maha Wangsa iaitu raja awal yang membuka negeri Pattani. Maka Raja Bakar (Sultan Syarif Abu Bakar Syah) telah mengambil semula kerajaan Pattani dan diserahkan pemerintahan Pattani kepada keturunan Nik iaitu Raja Long Putra yang mana digelar sebagai
Datuk Seri Raja Putra, Raja Legeh pada tahun
1199H bersamaan dengan tahun
1778M, rujuk ms 43 Undang Undang Kedah. Maka lenyaplah kerajaan Pattani yang digantikan dengan negeri baru yang bernama LEGEH yang mana diperintah oleh
Raja-raja Jembal yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.
(Dicatat oleh Megat al-Jefri) sumber :minda ahad
No comments:
Post a Comment