Tuesday, October 25, 2011

PENGALAMAN DITEMURAMAH OLEH RADIO RTM

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim..
Selawat dan salam ke atas kekasih ALLAH Muhammad SAW

Coretan hari ini bermula dengan kisah panggilan secara mengejut daripada seorang DJ radio RTM yang ingin bertanyakan beberapa soalan berkaitan bajet yang telah dibentangkan oleh PM Najib baru-baru ini. Beliau telah bertanya aku bagaimanakah pandangan aku mengenai bajet baru-baru ini kepada manfaat para guru, pelajar dan ibu bapa terutamanya mengenai kenaikan pangkat guru dan baucer yang telah diisytiharkan oleh PM.

Pertamanya aku berasa begitu terkejut, bagaimana seorang DJ radio RTM boleh menemuramah aku sedangkan ramai lagi akademia lain. Bahkan dengan selamba DJ itu menjawab..aku adalah pilihannya kerana aku secara langsung adalah pensyarah di Universiti yang melatih bakal guru, malah aku juga tergolong dalam goglongan pendidik. Mendengar penjelasannya aku bersetuju untuk memberi pandangan terhadap apa yang telah diutarakan oleh DJ tersebut.

Antaranya akau telah menyatakan bahawa sebagai pendidik kita harus sedar dan insaf, walaupun kita dibebani dengan beban tugas yang berat kita seharusnya bersyukur kerajaan telah mengumumkan dalam tempoh 8 tahun bekerja sebagai seorang guru tangga gaji guru akan terus melompat ke tanggan gaji DG44. Sebelum ini masa diambil selama 10 thn untuk ke anjakan gaji tersebut. Ini membuktikan kerajaan prihatin dengan para guru. Malah, kenaikan gaji tahunan juga meningkat 100 peratus berbanding sebelum ini. Sebagai guru, hendaklah sentiasa berterima kasih dgn apa yang dapat dan bersyukur dengan kerjaya yang telah diberi peluang oleh ALLAH SWT utk menjadi seorang guru berbanding ribuan lagi yang bercita-cita utk menjadi guru tetapi tidak berjaya.

Mengenai baucer RM200 kepada setiap pelajar STPM dan ke atas termasuk pelajar universiti, anggaplah ini satu bonus kepada anda untuk terus belajar bersungguh-sungguh utk menjadi rkyt yang berguna kepada negara. Pendapat aku baucer RM200 ini janganlah disalahgunakan membeli benda-benda yang tidakberguna. Gunakanlah secara bijak semata-mata utk pendidikan. Bahkan kerajaan juga akan memberikan RM100 kepada setiap pra sekolah dan sekolah rendah. Baucer ini sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan beban ibu bapa yang sentiasa memikirkan mengenai persiapan awal musim persekolahan anak-anak. Malah, PM Najib juga telah mengisytiharkan sebarang yuran persekolahan dimansuhkan. Ini bermakna rakyat Malaysia belajar dengan nilai percuma, bahkan masih lagi diberikan baucer duit saku.

Oleh itu, sebagai rakayt Malaysia, janganlah kita jadi seperti orang tidak pandai bersyukur dgn rezki ALLAH SWT ini, bahkan janganlah kita dengan sewenangnya-wenangnya masih lagi berani menyatakan kerajaan BN yang ada sekarang ini zalim dalam memerintah dan mentadbir negara ini. Elakkan diri kita dari menjadi seperti kacang lupakan kulit. Sebagai guru, didiklah pelajar dengan jujur dan ikhlas demi mengubah nasib mereka dikemudian hari dengan ilmu, para pelajar belajarlah dengan rajin dan tekun dan kepada ibu bapa..pantaulah pelajaran anak-anak. Didiklah mereka menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Janganlah pula bila besar nanti menjadi orang yg paling lantang menentang kerajaan yang telha membantu mereka sebelum ini.

Berbalik kepada temuramah melalui telefon oleh DJ RTM telah berjaya mengubah diri saya secara langung menjadi lebih confident utk terlibat dgn RTM. Walaupun sebelum ini ada terlibat dgn program Dato Dr Mashitah Astro Oasis, rasa sedikit gugup masih ada ketika menjawab setiap soalan yang diajukan oleh DJ tersebut.

Isnin lepas 24 okt 2011 rakaman temuramah itu telah disiarkan sebanyak 2 kali iaitu pada jam 1 tghri dan juga jam 5 ptg. ALLAH SWT maha hebat dimana aku telah berkesempatan mendengar rakaman itu disiarkan ketika aku sedang mendengar radio driving dalam perjalanan balik dari JPN Kelantan membuat kajian penilaian sistem pendidikan negara. Rasa seronok ada, rasa kelakar ada dan rasa bangga pn ada rupanya putera Legeh ini berpeluang juga mendengar suara sendiri di Radio dalam mengulas sesuatu isu negara. Siapa kata anak Legeh TIDAK tidak boleh berjaya..aku putera Legeh telah membuktikan aku juga boleh berjaya macam orang lain.

No comments:

Post a Comment