Sunday, October 30, 2011

PEJUANG UMNO DIBENCI SI CINA DAP

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim..

Hari ini aku trtengok link fb yang ada pada fb bini aku..terdapat byk artikel artikel cina dap yang membenci UMNO dan orang melayu. Namun begitu aku berminat dgn satu artikel yang menyatakan "papagomo" adalah kaki fitnah dan kaki pencacai kerajaan UMNO BN.. Disini aku sertakan gambar yg kelihatan benar membenci papagomo merupakan pejuang bangsa dan agama hanya melalui tulisan yang berbukti dan tulisan yang berfakta.

"ini orangla yang telah menyebarkan khabar angin mengenai raba neneng (anak Lim Guan Eng) (terjemahan daripada tulisan cina di atas)

Rupa-rupanya papagomo ni amat dibenci cina dap..teruskan perjuangan saudara papagomo..bongkar segala keburukan pentadbiran cina dap yang sebenarnya masih banyak tidak diketahui oleh rakyat Malaysia. Dap pkr dan pas mesti ditunjukkan kepada rakyat bahawasanya pakatan ini hanya akan menghancurkan negara bukan memakmurkan negara. Lihat sajalah di Selangor, kelantan, Kedah dan Penang. Kelantan dengan masalah sosialnya, Selangor dgn masalah pentadbirannya yang bercelaru, Kedah dgn masalah terabai rakyatnya dan Penang dengan penindasannya..teruskan perjuangan saudara papagomo..gomo habis habisan pakatan rosak rakyat dap pkr pas..jgn biarkan rkyt trtipu lagi dgn mereka..PESAN AKU KEPADA CINA DAP PKR..KLU DH TAHU PAPAGOMO PEMFITNAH..SAMAN SAJALAH..DH LAMA PUN DIA TUNGGU SAMAN DARI PKR DAP NI..TRUTAMANYA ANWAR..SMPI skrg pn tak nak saman juga papagomo..maknya apa yang papagomo hebahkan selama ini adalah semua betul la..hmm



Thursday, October 27, 2011

BUKTI KERASULAN MUHAMMAD SAW DLM KITAB HINDU

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera

Pagi ini tidak disangkan kitab tulisan dan karangan manusia juga ada menceritkan kerasulan nabi akhir zaman Muhammad saw melalui kajian Dr Vad Prakash. Ramalan dalam kitab Hindu ini amat bertepatan dengan ciri-ciri kerasulan Muhammad saw

Muhammad di dalam Vedas dan Purana

Dr. Ved Prakash Upaddhayaya, pakar bahasa sanskrit di Universiti Prayag, mengatakan Muhammad disebut di dalam kitab-kitab Vedas dan Purana dengan empat nama dan gelaran iaitu

1.Narashangsa (yang terpuji),

2.Antim Rishi (Utusan Terakhir),

3.Kalki Avatar (Utusan Akhir zaman)

4.Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad dan Ahmad).

NARASHANGSA

Merujuk kepada ayat-ayat di dalam Vedas contohnya di dalam Amar Kosh bab Manusia ayat 1, Nar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ’manusia’ dan Ashangsa bermaksud ’yang dipuji’. Justeru, Narashangsa bermaksud ’Dia yang dipuji’ dan apabila ini dikaitkan dengan peribadi seseorang, ia melambangkan seorang manusia ’yang terpuji’. Perkataan Narashangsa disebut di dalam semua kitab Vedas, malah semua Mantera di dalam kitab Rig Veda bermula dengan perkataan Narashangsa. Antara bahagian-bahagian di dalam Vedas yang mengandungi perkataan Narashangsa adalah;

+ Rig Veda (1:13:3, 1:18:9, 1:106:4. 1:142:3, 2:3:2, 3:29:11)

+ Sama Veda (mantra nombor 1349)

+ Yajur Veda (29:27, 1:6:4, 1:7:4)

+ Atharva Veda (Canto 20 seksyen 127)

Antara sifat-sifat Narashangsa yang disebut di dalam kitab Atharva veda adalah:

+”He will use camels as his mounts” (Atharva veda 20:127:2)

-(Dia akan menggunakan unta sebagai kenderaannya)

+He will have twelve wives”

-(Dia mempunyai 12 orang isteri)

+”God will Honour Narshangsa with ten garlands”

-(Tuhan akan memuliakanya dengan 10 kalungan di leher)

+”He will receive a gift of ten thousand coes”

-(Dia akan menerima anugerah 10,000 ekor lembu)

PENJELASAN

Memang diketahui umum, kenderaan yang digunakan oleh Nabi Muhammad adalah unta. Imam Bukhari meriwayatkan, ”Anas meriwayatkan Nabi Muhammad memiliki seekor unta bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun dalam perlumbaan ketika latihan.

Nabi Muhammad juga mempunyai 12 orang isteri iaitu Khadijah, Sudah, Aishah, Hafsah, Zainab, Juwairiyiah, Zainab binti Jahsy, Ummi Salamah, Ummu Habibah, Maimunah, Safiyah dan Mariah Kopti.

Mengenai 10 kalungan pada leher, Dr. Ved Prakash berpendapat, ia adalah kata-kata simbolik yang melambangkan persahabatan yang rapat. Nabi Muhammad dianugerahkan 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ’yang sepuluh yang terjami syurga’. Mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman, Ali, Talha, Zubair, Saad, Said, Abdul Rahman dan Abu Ubaidah.

Mengenai 10,000 ekor lembu, Dr. Ved Prakash berpendapat, perkataan ’lembu’ di dalam Vedas adalah perkataan metafora yang melambangkan golongan yang baik dan beperketi mulia. Apabila tafsiran ini digunakan bagi menerangkan maksud ayat ’menerima anugerah 10,000 ekor lembu’, ia dapat dikaitkan dengan 10,000 sahabat nabi Muhammad yang menguasai kota mekah bersama-sama dengan beliau pada tahun kelapan Hijrah.

Justeru, apabila peribadi Narashangsa dengan maksud ’yang terpuji’ dikaitkan dengan sifat-sifatnya mempunyai 12 orang isteri, menaiki unta, mempunyai 10 orang sahabat-sahabat terdekat dan 10,000 sahabat-sahabat yang mulia lagi gagah, ia menepati sifat dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW.

KALKI AVATAR

Kajian Dr. Ved Prakash Upaddhayaya menunjukkan, perkataan Avatar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ”seorang yang akan datang ke dunia”. Perkataan Avatar juga digunakan dengan maksud ”nabi”. Kalki dalam bahasa sanskrit bermaksud ’yang terakhir’. Kalki Avatar apabila dicantumkan berkamsud ’Utusan yang terakhir di dunia’ atau ’Nabi akhir zaman’. Antara sifat-sifat Kalki Avatar seperti yang disebutkan di dalam Purana adalah:

+’O God, with the help of the four Brothers I will destroy the Devil’. (Kalki Purana 2:5)

-(Wahai Tuhan, dengan bantuan empat saudara, aku akan hancurkan syaitan)

+’(He will be born) on the twelth of Madhav (Kalki Purana:2:25)

-(Dia akan dilahirkan pada 12 hari bulan Madhav)

+’(He will be born) in the city of Shambhal’. (Bhagabat Purana 12:2:18)

-(Dia akan dilahirkan di Bandar Shambhal)

+’(His father’s name will be) Vishnu-Yash’. (Bhagabat Purana 12:2:18)

-(Bapanya bernama Vishnu-Yash)

+’(His mother’s name will be) Sumati’. (Kalki Purana 2:4 and 2:11)

-(Ibunya bernama Sumati)

Berpandukan ayat-ayat ini, Kalki Avatar mempunyai empat orang saudara yang akan bersama-samanya menghancurkan ’kali’ atau ’syaitan’. Nabi Muhammad dikurniakan empat orang sahabat kanan dan mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali. Keempat2 sahabat2 ini menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad dan beliau menggelarkan mereka sebagai ’khulafa’ al-Muhdiyin’ iaitu khalifah2 yang mendapat petunjuk. Mereka meneruskan perjuangan Nabi Muhammad demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kekufuran serta kesesatan pada zaman mereka.

Tarikh lahir Kalki Avatar adalah 12 Madhav dan tarikh lahir Nabi Muhammad adalah 12 Rabiul awal. Tempat lahir Kalki Avatar adalah Shambhal. Di dalam buku Vachaspattam disebutkan, Shambhal adalah kawasan yang mempunyai 60 patung-patung berhala. Dalam bahasa sanskrit, Shambhal mempunyai beberapa maksud iaitu:

+Tempat yang boleh mendatangkan keamanan dan ketenangan

+ Sesuatu yang menarik perhatian orang supaya datang

+ Tempat yang berhampiran dengan air

Shanbhal selari dengan Mekah iaitu tempat kelahiran Nabi Muhammad. Kaabah terletak di Mekah, Di dalam surah Al Baqarah ayat 125, Allah menyatakan mengenai kaabah yang bermaksud ’kami jadikan rumah itu, yakni kaabah, tempat berkumpul bagi manusia dan satu tempat yang aman’. Di situ juga terpancar air zam zam yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim hingga hari ini. Pada zaman Jahiliyah, Kaabah dikelilingi patung-patung berhala sebelum Nabi Muhammad memecahkan kesemuanya pada hari Pembukaan Mekah. Pada hari ini, ketika musim haji, ratusan ribu manusia dari seluruh dunia akan berhimpun di sana bagi melaksanakan ibadah haji. Semua ini selari dengan Shambhal kerana ia adalah tempat yang mempunyai sumber air yang tidak pernah kering di samping menjadi tumpuan manusia berkunjung terutamanya jemaah haji serta kawasan yang aman.

Bapa Kalki Avatar bernama Vishnu Yash. Vishnu-Yash dalam bahasa sanskrit bermaksud ’penyembah atau hamba Tuhan’. Ini selari dengan nama Abdullah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’Hamba kepada Tuhan’. Bapa Nabi Muhammad bernama Abdullah.

Ibu Kalki Avatar bernama Sumati. Dalam Bahasa Sanskrit. Sumati bermaksud ’yang bertimbang rasa lagi baik’. Ini selari dengan nama Aminah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’yang baik hati’. Ibu Nabi Muhammad adalah Aminah!.

AHAMIDDHI

Di dalam kitab Veda disebutkan, ’Ahamiddhi has received from His Father the very essence of intelligence. I have received light from Him, i.e Ahamiddhi, who is like the sun’ yang bermaksud, “Ahamiddhi mendapat cahaya kebijaksaan daripada Tuhannya. Aku mendapat cahaya darinya, yakni Ahamiddhi dan dia umpama sinar cahaya matahari’. Ayat-ayat ini diulang-ulang di empat tempat di dalam Vedas iaitu di dalam:

+Sam Veda (Indra, 3 mantra 152)

+Sam Veda (Uttararchik, mantra 1500)

+Rig Veda (8:6:10)

+Atharva Veda (20:9:19)

Perkataan Ahamiddhi ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran oleh pentafsir-pentafsir Veda. Walaubagaimanapun, terdapat di kalangan mereka contohnya Sri Bijan Bihari yang langsung tidak mentafsirkan perkataan Ahamiddhi ini dan mengekalkan perkataannya seperti yang asal. Dr.Ved Prakash Upaddhaya berpendapat, tafsiran yang berbeza mengenai perkataan Ahamiddhi memang tidak dapat dielakkan kerana Ahamiddhi bukan berasal daripada Bahasa Sanskrit. Ia adalah nama asing yang lebih menghampir dengan perkataan Arab itu ’Ahmad’!!

MAMAHA

Di dalam Veda juga terdapat kisah mengenai Mamaha. Antara ayat-ayat Veda yang menceritakan mengenai Mamaha adalah yang terdapat di dalam Atharva Veda 20:9:31, ”God will give Mamaha Rishi one hundred gold coins, ten garlands, three hundreds horses and ten thousand coes” yang bermaksud, “Tuhan akan memberikan kepada Mamaha Rishi 100 wang emas, 10 kalungan di leher, 300 ekor kuda dan 10,000 ekor lembu’. Salah satu maksud Rishi adalah ’seorang yang mendapat risalah daripada Tuhan’. Antara sifat2 khusus Mamaha Rishi seperti yang disebutkan di dalam Vedas adalah:

+”Mamaha akan menunggang unta”. (Atharva Veda 20:9:31)

+”Mamaha akan terkenal dengan 10,000 orang pengikut” (Rig Veda 5:27:1)

+”Lagu puji pujian baru selain Vedas akan dilafazkan” (Rig Veda 1:109:2)

Memang diketahui umum, Nabi Muhammad menggunakan unta sebagai kenderaan beliau. Pada kemuncak perjuangan beliau, Nabi Muhammad menguasai kota mekah bersama-sama 10,000 orang sahabat2nya pada tahun kelapan Hijrah. Beliau dikurniakan Quran yang menggantikan dan menyempurnakan semua kitab-kitab terdahulu. Bagi Dr. Ved Prakash, perkataan Mamaha juga tidak berasal daripada Bahasa Sanskrit. Apabila nama ini dikaitkan dengan sifat-sifatnya, ia menepati kisah Nabi Muhammad.

Kesimpulan

Wujudkah seorang tokoh agama di dunia selama ini yang sifatnya menepati semua ciri-ciri ini? Dr. Ved Prakash Upadhayaya di dalam bukunya Muhammad in the Vedas and Puranas berkata, ”Satu hakikat yang terbukti pada hari ini adalah sifat-sifat utusan akhir zaman seperti yang disebut di dalam Vedas, Bible dan kitab agama Budha menepati sifat-sifat Muhammad. Hati saya begitu terangsang bagi menceritakan kebenaran ini walaupun saya tahu ia tidak digemari oleh sesetengah pihak.

sumber;minda ahad

ASAL USUL KERAJAAN LEGEH PART 1

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim..

Pagi ini aku terbaca sebuah artikel mengenai asal usul kampung aku..Kampung Raja Legeh. Disini aku ini berkongsi asal usul kampung aku berdasarkan sejarah Kerajaan Melayu Lama

Sejarah realiti pembukaan Negeri Pattani ialah sebenarnya dibuka oleh Puteri Sultan Kedah Syburi Benua Siam Kedah Sultan Syeikh Ali @ Tabim Sheikh Ali pada tahun 1546M. Puteri Syburi tersebut digelar dengan nama Nang Che Yam. Sila rujuk buku sejarah DGE Hall (History of South East Asia).
Dalam hikayat Pattani menyebut namanya sebagai Ratu Hijau. Dalam penulisan Thailand ayahnya digelar Tabim Shwehti. Sultan Syburi Kaifa Tabim Syeikh Ali dengan bantuan tentera upahan Portugis telah meluaskan empayar Kedah Merong Maha Wangsa dari Martaban ke Pegu iaitu dari utara Myanmar hingga ke selatan Myanmar.
Nang Che Yam merupakan anak saudara Zahiruddin Bahadur Shah. Nang Che Yam telah dihantar ke wilayah baru untuk menjadi Ratu Pattani, beliau memerintah di sana dan bapa saudaranya telah menghantar anak saudaranya seorang putera Raja Jammu Kashmir India, yang bernama Raja Ismail untuk dikahwinkan dengan Nang Che Yam. Wilayah Pattani telah menjadi maju selepas ada pemerintah di sini.

Lukisan lama milik Belanda menunjukkan perarakkan kerabat Kedah Merong Maha Wangsa dari Jammu Kashmir bersama askar Upahan Portugis yang berkhidmat dengan tentera Kedah Merong Maha Wangsa, manakala askar Islam Kedah Merong Maha Wangsa berjubah.
Jammu Pattani perkataan bahasa Melayu Siam bermaksud seperti berikut Jammu maknanya beg tangan dan Pattani bermakna kain corak ini. Perkara tersebut berhubung dengan perkahwinan Ratu Nang Che Yam dengan putera Raja Jammu Kashmir India yang bernama Raja Ismail Jammu Pattani @ Thunag Pa bahasa Melayu Siamnya bermaksud Raja Ismail bawa kain dengan tunda kapal kain yang berat.
Raja Kedah Syburi Kaifa Tabim Sheikh Ali ibni Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) ini telah melantik menantunya Raja Ismail menjadi Raja Pattani. Maka Raja Ismail dan Isterinya Nang Che Yam telah membina kota di Chabang Tiga negeri Pattani.
Di bawah ini ialah salasilah Ratu Hijau (Nang Che Yam)

Sultan Sheikh Ali dan puterinya Ratu Hijau Nang Che Yam pernah melawat adindanya Raja Siam Ayuthia ke-15 yang bernama Raja Yaakub Jalil Syah Raja Langkasuka Kedah di Pulau Langkawi. Kesan sejarah peristiwa tersebut digelar Teluk Ewa, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman Malaysia. Sultan Sheikh digelar Ewa kerana baginda Sultan ialah Putera Sulong Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) tahun 1491M.
Semasa peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud Akhirul Zaman yang bergelar Sri Sutammaraja pada tahun 1668 di Istana Syah Alam Selangor dan di makamkan di Kota Beruas, pihak musuh tentera Belanda telah menyerang masuk Istana Syah Alam dan Istana Jugra milik Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Selangor.
Nang Kemuning permaisuri kerajaan Kedah kepada Almarhum Sultan Mahmud Akhirul Zaman terpaksa berundur ke Bukit Kemuning, Mukim Perang Besar @ Putrajaya, Malaysia pada tahun 1668M. Selepas peristiwa itu beliau terpaksa kembali ke negeri Pattani bersama puteri-puterinya. Permaisuri Kedah berkenaan terpaksa meninggalkan Istana Chabang Tiga, Jammu Pattani oleh kerana Kekandanya Raja Madzafar Syah bersemayam di istana tersebut, jadi beliau terpaksa pula membina istana baru di daerah Kota Bharu Kelantan, beliau bersemayam dan memerintah dari situ dan digelar sebagai Ratu Jembal yang bermaksud Raja berpisah dari kampungnya.
Makam Nang Kemuning seorang Permaisuri Kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang mana suaminya bernama Sultan Mahmud Akhirul Zaman berada di kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan.
————————————————————————–

Istana Jugra, Selangor yang dibina oleh Sultan Muhyidin Mansor Syah

——————————————————————-

Kerajaan Pattani telah diambil alih oleh Ratu Biru setelah kemangkatan Ratu Hijau. Ratu Biru merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Di dalam hikayat Pattani, Ratu Biru dikatakan telah membuat meriam-meriam yang besar daripada tembaga kuning, kerana baginya meriam-meriam yang dijual oleh orang Eropah tidak sesuai dengan keadaan tempatnya.

Dalam masa pemerintahannya rakyat jelata tidak dibenarkan memiliki tembaga dan seluruh rakyat jelata yang ada menyimpan tembaga kuning hendaklah dibawa kepada baginda. Serta ditegah sekelian mengirim atau menjual tembaga kuning selama 3 bulan. Barang siapa melanggar perintah ini akan dijatuhkan hukuman bunuh. Setelah beberapa lama maka terkumpul banyaklah tembaga kuning dan dibuat meriam besar yang menjadi sejarah dalam kerajaan Islam Pattani.

——————————————————————————
——————————————————————————-
Dalam hikayat Pattani juga menceritakan setelah beberapa bulan, Ratu Biru telah berjaya membuat 3 pucuk meriam yang terlalu besar. Dua pucuk yang lebih besar sekali pancangnya 3 depa 1 hasta sejengkal 2 jadi setengah, pelurunya besar sebelas jari bulatan dan yang kecil sekali panjangnya 5 hasta sejengkal 9 jari, pelurunya besar tiga jari bulatan. Dua pucuk meriam yang besar digelar oleh Ratu Biru sebagai meriam Seri Negara dan meriam Seri Pattani dan yang kecil pula digelar meriam Mahalela.
Ketiga-tiga pucuk meriam raksaksa itu diletak di atas sebuah roda pedati serta dijadikan alat senjata peperangan yang utama dalam kerajaan Pattani pada masa itu. Setelah kemangkatan Ratu Biru, beliau digantikan oleh Ratu Ungu. Ratu Ungu juga merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Selepas kemangkatan Ratu Ungu, beliau digantikan oleh Ratu Kuning. Ratu Kuning dikatakan seorang pemerintah yang gemar bercucuk tanam dan berniaga. Seorang pengembara Inggeris bernama Hamilton telah sempat melihat negeri Pattani pada masa itu dan beliau berkata, “Negeri Pattani pada masa itu mempunyai 43 jajahan takluk termasuk juga negeri Terengganu dan Kelantan“.
——————————————————————————-
——————————————————————————–
Ratu Kuning tidak mempunyai ramai zuriat lelaki maka Sultan Kedah Syarif Abu Bakar yang berpusat di Nambang atau Air Teluk di Ligor telah mengambil alih semua wilayah pantai timur dan menyerahkan kepada keturunan Raja Nik Muhammadiah mentadbir Pattani dengan nama baru Negeri Legeh pada tahun 1778M di bawah pemerintahan Long Putra anak saudara Sultan Syarif Abu Bakar
—————————————————————————–
——————————————————————————
Selepas kemangkatan Ratu Kuning dikatakan beliau tidak mempunyai waris yang layak maka dengan itu negeri Pattani telah diambil semula oleh kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Setelah kemangkatan baginda maka habislah raja daerah Pattani yang berketurunan dari Merong Maha Wangsa iaitu raja awal yang membuka negeri Pattani. Maka Raja Bakar (Sultan Syarif Abu Bakar Syah) telah mengambil semula kerajaan Pattani dan diserahkan pemerintahan Pattani kepada keturunan Nik iaitu Raja Long Putra yang mana digelar sebagai Datuk Seri Raja Putra, Raja Legeh pada tahun 1199H bersamaan dengan tahun 1778M, rujuk ms 43 Undang Undang Kedah. Maka lenyaplah kerajaan Pattani yang digantikan dengan negeri baru yang bernama LEGEH yang mana diperintah oleh Raja-raja Jembal yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.

(Dicatat oleh Megat al-Jefri) sumber :minda ahad

SERONOK JADI KARPAL SINGH

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim

Aku tetiba malam ni rajin nak mencoret cerita bila terbaca berita karpal singh mendapat laba menang bicara saman kecederannya akibat kemalangan jalanraya sehingga mencecah rm2.018 juta. Apala yang nk dibuatkan karpal dengan duit sebanyak itu. Kalau aku nescaya tak tidur mlm brtahun tahun kerana kegembiraan melihat dan memegang duit sebanyak itu.

Namun begitu, apa yang melawakkan aku adalah si karpal pejuang anti hudud dan penentang Malaysia sebagai sebuah negara islam rupanya telah dipeluk oleh hakim yang telah memutuskan perbicaraan tersebut dimenangi oleh si karpal. Beretikakah seorang hakim yang mengendalikan perbicaraan begitu rapat dengan yang terlibat dalam perbicaraan? tidak akan berlaku biaskah dlm membuat keputusan apabila yang terlibat dlm bicara itu adalah kenalan si hakim mcm si karpal? Tidak membuktikan perbicaraan ini berat sebelahkah bila hakim memeluk sikarpal sebaik tamat bicara?

Tapi yang paling melawakkan aku sikarpal inilah yang telah berkali kali menghina hakim perbicaraan kes liwat aljuburit (gelaran mat sabu bagi) apabila mempertikai kewibawaan hakim. Sedangkan dlm kes tuntutan dia..rupanya hakim yang bernama Chan Jit Li itu sendiri adalah kawannya. Ish ish karpal karpal..kau kata kau pejuang keadilan yang betul..hakikatnya kau sendiri mahukan hakim yang kenal kau kendali kes kau..kalau kau nk telus kau minta la tukar hakim lain..kenapa kau xnk tukar hakim yang kendalikan kes kau wahai sikarpal..bimbg xkan dapat rm2 juta ka..hahaa..

Kesimpulannya utk kita semua..sudah-sudahlah menjadi pengikut atau penyokong sikarpal yang cakap tak serupa bikin ini. Bila kena kes orang lain..wah sibuk mengkritik hakim, tak berkaliber la, bias la..last sekali dia pulak yang dipeluk hakim sebaik menang kes tuntutan dia..ish ish ish..seronok betul jadi si karpal..hakim pun boleh jadi kawan dia..kalau la aku ada kawan kerja sbgi hakim..mgkn aku pn nk selalu naik mahkamah buat saman malu..malu krn difitnah orang hmmm

JENAMA 1MALAYSIA

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kpd yang belum muslim

Hari ini aku berpeluang membeli barang keperluan di supermarket di tg malim. Kelihatan ramai warga tg malim sibuk memilih dan menentukan barang yang mereka akan beli. Ada yang berkali-kali menjeling dan membelek belek, ada yang hanya tengok sahaja dan berlalu, ada yang hanya terus capai dan membayarnya. Ketiga tiga situasi ini berbeza..yang membelek saja mungkin yang kesempitan wang, yang jeling-jeling mungkin mencari peluang untuk mencuri...yang terus capai dan bayar itu mungkin golongan yang duit berkepok tak habis nak belanja. Tapi bagi aku..aku hanya beli apa yang aku perlu dan apa yang aku mampu bayar.

Kenapa aku buat cerita membelah belah hari ni..kerana tidak semua kedai atau supermarket menjual barang dengan harga yang sepatutnya. Bahkan berkali ganda mahalnya. Apatah lagi di tg mallim ini..harga barangan, perkhidmatan melebih harga di KL. Malah nak makan di luar pun klu xde RM10 jangan la bermimpi nk makan yang menu baik sikit. Apapun bagi rakyat Malaysia yang telah dapat berasa membeli barangan yang murah dan dengan harga yang berpatutan di kedai jenama 1Malaysia hendaklah bersyukur kerana idea PM ini telah sedikit sebanyak memberikan anda kelapangan dan kemudahan membeli dengan harga yang patut.

Bahkan, PM kita dilihat memang seorang yang prihatian dengan kebajikan rakyat seakan menurut jejak langkah arwah bapanya TUN RAZAK. Bermula dengan idea klinik 1Malaysia, kedai 1Malaysia dan hari ini dilihat PM sudah mula mempopularkan restoran 1Malaysia. Inilah contoh seorang pemimpin yang ingin melihat rakyat sentiasa berada dalam keselesaan bukan seperti di Pulau Pinang rakyat yang sentiasa hidup dalam tekanan dan kesukaran dengan dasar-dasar yang menindas rakyat. Sempena deepavali ini, kita takkan lupa dengan kisah tragis kg puah pala...yang mana kg ini telah tiada digantikan dengan projek projek pembangunan yang telah menafikan hak berpuluh tahun penduduk asal kg ini. Walaupun mereka baru saja mendapat pampasan rumah baru, hakikatnya pengusiran terancang sebegini tidak berlaku dizaman pemerintahan BN.

Kerana itu, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai impian utk melihat negara ini terus maju dan makmur marilah sama-sama menyokong gagasan 1Malaysia ini demi kebaikan semua kaum di Malaysia. Idea kedai 1Malaysia hendaklah diperluaskan lagi disegenap daerah dan kg di Malaysia ini. Tanjong Malim satu daerah ilmu yang mempunyai puluhan ribu penduduk sepatutnya telah memiliki kedai 1Malaysia...diharapkan dengan kedai 1Malaysia ini akan memberi peluang penduduk tg malim dapat berbelanja dengan harga yang berpatutan. Diharapkan pihak UMNO tg malim kena berusaha bagi merealisasikan wujudnya kedai 1Malaysia di tg malim demi kemudahan siswa siswi UPSI, pekerja proton, dan warga tg malim umumnya.


Tuesday, October 25, 2011

PENGALAMAN DITEMURAMAH OLEH RADIO RTM

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim..
Selawat dan salam ke atas kekasih ALLAH Muhammad SAW

Coretan hari ini bermula dengan kisah panggilan secara mengejut daripada seorang DJ radio RTM yang ingin bertanyakan beberapa soalan berkaitan bajet yang telah dibentangkan oleh PM Najib baru-baru ini. Beliau telah bertanya aku bagaimanakah pandangan aku mengenai bajet baru-baru ini kepada manfaat para guru, pelajar dan ibu bapa terutamanya mengenai kenaikan pangkat guru dan baucer yang telah diisytiharkan oleh PM.

Pertamanya aku berasa begitu terkejut, bagaimana seorang DJ radio RTM boleh menemuramah aku sedangkan ramai lagi akademia lain. Bahkan dengan selamba DJ itu menjawab..aku adalah pilihannya kerana aku secara langsung adalah pensyarah di Universiti yang melatih bakal guru, malah aku juga tergolong dalam goglongan pendidik. Mendengar penjelasannya aku bersetuju untuk memberi pandangan terhadap apa yang telah diutarakan oleh DJ tersebut.

Antaranya akau telah menyatakan bahawa sebagai pendidik kita harus sedar dan insaf, walaupun kita dibebani dengan beban tugas yang berat kita seharusnya bersyukur kerajaan telah mengumumkan dalam tempoh 8 tahun bekerja sebagai seorang guru tangga gaji guru akan terus melompat ke tanggan gaji DG44. Sebelum ini masa diambil selama 10 thn untuk ke anjakan gaji tersebut. Ini membuktikan kerajaan prihatin dengan para guru. Malah, kenaikan gaji tahunan juga meningkat 100 peratus berbanding sebelum ini. Sebagai guru, hendaklah sentiasa berterima kasih dgn apa yang dapat dan bersyukur dengan kerjaya yang telah diberi peluang oleh ALLAH SWT utk menjadi seorang guru berbanding ribuan lagi yang bercita-cita utk menjadi guru tetapi tidak berjaya.

Mengenai baucer RM200 kepada setiap pelajar STPM dan ke atas termasuk pelajar universiti, anggaplah ini satu bonus kepada anda untuk terus belajar bersungguh-sungguh utk menjadi rkyt yang berguna kepada negara. Pendapat aku baucer RM200 ini janganlah disalahgunakan membeli benda-benda yang tidakberguna. Gunakanlah secara bijak semata-mata utk pendidikan. Bahkan kerajaan juga akan memberikan RM100 kepada setiap pra sekolah dan sekolah rendah. Baucer ini sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan beban ibu bapa yang sentiasa memikirkan mengenai persiapan awal musim persekolahan anak-anak. Malah, PM Najib juga telah mengisytiharkan sebarang yuran persekolahan dimansuhkan. Ini bermakna rakyat Malaysia belajar dengan nilai percuma, bahkan masih lagi diberikan baucer duit saku.

Oleh itu, sebagai rakayt Malaysia, janganlah kita jadi seperti orang tidak pandai bersyukur dgn rezki ALLAH SWT ini, bahkan janganlah kita dengan sewenangnya-wenangnya masih lagi berani menyatakan kerajaan BN yang ada sekarang ini zalim dalam memerintah dan mentadbir negara ini. Elakkan diri kita dari menjadi seperti kacang lupakan kulit. Sebagai guru, didiklah pelajar dengan jujur dan ikhlas demi mengubah nasib mereka dikemudian hari dengan ilmu, para pelajar belajarlah dengan rajin dan tekun dan kepada ibu bapa..pantaulah pelajaran anak-anak. Didiklah mereka menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Janganlah pula bila besar nanti menjadi orang yg paling lantang menentang kerajaan yang telha membantu mereka sebelum ini.

Berbalik kepada temuramah melalui telefon oleh DJ RTM telah berjaya mengubah diri saya secara langung menjadi lebih confident utk terlibat dgn RTM. Walaupun sebelum ini ada terlibat dgn program Dato Dr Mashitah Astro Oasis, rasa sedikit gugup masih ada ketika menjawab setiap soalan yang diajukan oleh DJ tersebut.

Isnin lepas 24 okt 2011 rakaman temuramah itu telah disiarkan sebanyak 2 kali iaitu pada jam 1 tghri dan juga jam 5 ptg. ALLAH SWT maha hebat dimana aku telah berkesempatan mendengar rakaman itu disiarkan ketika aku sedang mendengar radio driving dalam perjalanan balik dari JPN Kelantan membuat kajian penilaian sistem pendidikan negara. Rasa seronok ada, rasa kelakar ada dan rasa bangga pn ada rupanya putera Legeh ini berpeluang juga mendengar suara sendiri di Radio dalam mengulas sesuatu isu negara. Siapa kata anak Legeh TIDAK tidak boleh berjaya..aku putera Legeh telah membuktikan aku juga boleh berjaya macam orang lain.

Friday, October 21, 2011

SYAHIDNYA SEORANG PEMIMPIN ISLAM

Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera kepada yang belum muslim..
Selawat dan salam ke atas junjungan rasulullah saw..

Hari ini bermula dengan rasa kesedihan dan kekecewaan perginya seorang pemimpin islam yang paling ditakuti oleh musuh islam terutamanya para yahudi dan pemimpin kafir Amerika. Telah berpuluh kali cubaan membunuh arwah Muammar Gadaffi oleh Amerika dan sekutunya melalui serangan bom, serang hendap dan penculikan pembunuhan akan tetapi ALLAH SWT masih memanjangkan usia arwah bahkan semakin lantang beliau menentang Amerika dan musuh musuh islam yang lain.

Muammar Gadaffi segarang namanya begitu jugalah corak kepimpinannya, dengan corak kepimpinan yang autokratik dan sedikit demokratik beliau telah berjaya membawa Libya sebagai sebuah negara yang aman dan bersatu padu setelah berjaya menggulingkan kerajaan yang menjadi proksi kepada kuasa barat sebelumnya. Kegarangan beliau sebelum ini yang telah mengambil jalan dengan mematikan segala bentuk ancaman kepada kerajaan dan rakyatnya melalui serangan kepada mereka yang suka menjadi pemberontak dan penentang kepada usahanya membawa Libya ke arah berkerajaan islam yang tidak patuh dan tidak menurut kata barat. Tindakan inilah yang telah digemburkan barat sebagai zalim dan menzalimi. Hakikatnya tindakan beliau begitu perlu demi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.

Bertitik tolak daripada cadangan beliau yang mahu menggunakan emas dalam jual beli minyak di peringkat antarabangsa dan dengan rakan rakan niaga minyaknya telah menimbulkan kemarahan yang mendalam daripada puak yahudi Amerika. Puak yahudilah yang telah memperkenalkan dan menguasai matawang dollar di dunia. Cadangan Muammar Gadaffi untuk tidak menggunakan dollar sebagai wang pertukaran dengan hasil minyaknya seumpama menyimbah minyak ke dalam api kemarahan Amerika kepadanya semenjak akhir tahun 1950an lagi. Cadangan Muammar Gadaffi untuk tidak menggunakan dollar dalam urusniaga minyaknya akan menjejaskan secara langusng kedudukan dollar dan ekonomi Amerika. Bahkan dikhuatiri cadangan Muammar Gadafi ini akan menjadi satu cadangan dan ikutan yang akan diterima pakai oleh keseluruhan negara islam pengeluar minyak khususnya dan negara-negara OPEC yang lain secara umumnya.

Kerana itu, menjadi hasrat Amerika dan Barat untuk menghapuskan Muammar Gadaffi sebelum cadangan ini menjadi kenyataan. Namun usaha membunuh Muammar melalui serangan peluru berpandu, bom jangka dan CIA yang gagal telah menjadikan Amerika sentiasa berdendam denga Muammar Gadaffi. Sejarah membuktikan pemimpin yang mempunyai angan-angan dan idea untuk menggunakan emas ataupun dinar dalam urusan perdagangan dan ekonomi berakhir bahkan mati dihujung senapang. Itulah yang telah berlaku kepada arwah Muammar Gadaffi. Bahkan bermula dengan Abraham Lincon sendiri dikatakan mati dibunuh oleh yahudi Amerika kerana ideanya untuk menggunakan wang emas dan begitu juga dengan arwah Saddam Hussein. Cuma hanya seorang pemimpin yang masih hidup dan terselamat dari dibunuh dan sehingga kini masih membenci yahudi dan yahudi juga membenci beliau iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed. Tun sebelum ini pada tahun 1997 masa krisis ekonomi dunia kerana manipulasi kewangan oleh George Soros telah memberikan Tun idea untuk menggunakan emas sebagai pertukaran nilai matawang. Kerana itu,. Tun begitu dibenci oleh Geogre Soros sehingga kini.

Berbalik kepada Muammar Gadaffi Amerika dan kuasa Barat telah berjaya membunuh Muammar dengan menggunakan rakyat Libya yang gilakan kuasa dan wang. Kuasa barat telah memberikan dana yang besar kepada pemberontak ataupun pihak pembangkang kepada pemerintahan Muammar untuk membunuh beliau. Hanya jauhari yang kenal manikam..itulh juga pendekatan barat..hanya rakyt Libya yang tahu bagaimana utk membunuh pemimpin Libya iaitu Muammar. Bahkan hanya orang Islam yang lebih arif untuk membunuh orang Islam. Mereka telah belajar melalui pengalaman di Afghanistan, Rusia takkan mampu menewaskan orang Islam kecuali orang Islam Afghanistan sendiri yang membunuh pemimpin Islam yang dibenci oleh mereka kuasa barat.

Hakikatnya kuasa barat khususnya musuh Islam akan menggunakan peluang dan ruang yang ada di setiap negara Islam untuk meruntuhkan kerajaan Islam yang menentangnya. Mereka akan memberikan wang, menjanjikan kuasa dan kemewahan kepada setiap penentang dan pembangkang kepada kerajaan negara islam yang sedia ada. Menunggu hanya masa yang sesuai utk merelevankan serangan kepada kerajaan islam yang memerintah dan memberi bantuan kewangan dan senjata kepada puak pembangkang dan pemberontak islam disesebuah negara untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada.

Oleh itu, kita rakyat Malaysia mestilah bijak mengenalpasti taktik dan pendektan musuh utama islam ini. Jauhilah rakyat Malaysia daripada berpecah belah, bersengketa dan menggunakan kuasa luar demi kepentingan politik dan wang ringgit. Bahkan Malaysia dewasa ini sudah kelihatan adanya campurtangan asing dalam politik Malaysia dengan pelbagai peristiwa yang berlaku kebelakangan ini seperti perhimpunan HARAM membantah kerajaan dengan sumber kewangan yang ditaja oleh pihak pihak luar. Tidak mustahil puak yang gila kuasa dan wang di Malaysia akan dipengaruhi seperti di Libya dan sanggup berperang sesama bangsa dan seagama.

Pengajarannya..mana rakyat Malaysia yang sudah terlajak jauh dalam perjuangan politik yang tidak lagi mempedulikan ikatan saudara sebangsa dan seagama kembalilah ke pangkal jalan. Bersatulah demi mengelak malapetaka buruk dan kehancuran seperti di Libya, Iraq, Afghanistan dan Palestin. Sayangilah kemakmuran dan keamanan yang ada seperti sekarang. Haramnya membunuh sesama MUSLIM apatah lagi dengan bantuan daripada musuh islam. Syahidnya Muammar Gadaffi kerana tentangannya kepada musuh Islam namun yang sedihnya beliau syahid ditangan orang islam sendiri yang telah butahati dengan janji kuasa dan wang oleh kuasa barat dan musuh islam yang nyata. Alfatihah untuk arwah Muammar Gadaffi...alfatihah...

Sunday, October 16, 2011

DIEBETIS (BETIS MATI)

Slm semua..syukur saya selamat smpi di kg tercinta tempat tumpah darah saya kg Legeh semata-mata melawat dan menjaga ayah saya yang telah mengalami sakit diebetis sejak beberapa tahun yang lalu. Namun begitu, semenjak minggu lepas kaki ayah saya dalam keadaan tenat bilamana ibu jari kakinya sudah semakin kelihatan membengkak dan kehitaman dan berdenyut-denyut rasa sakitnya.

Psikologi ketenangan ayah saya mula berubah setelah seorang doktor muda yang menjalankan rutin biasa ke atas ayah saya memaklumkan kaki ayah saya terpaksa dipotong. Mendengar kata "dipotong" serta merta muka ayah saya dan adik beradik saya berubah. Semua perasaan ada..sedih, kecewa, terkilan dan marah..marah krn ketidakbijakan seorang doktor dlm memberikan ketenangan kepada pesakit. Bahkan telah memulakan kerunsingan kepada seorang pesakit yang berumur yang sedang sememangnya rungsing dengan tahap kesihatannya. Jika ingin memaklumkan kepada ayah saya bahawa keadaan ayah saya semakin kurang memuaskan kesihatan kakinya..cubalah sampaikan dengan bahasa dan nada yang menunjukkan bahawa ayah saya masih ada peluang dan harapan utk mengekalkan nikmat tuhan yang satu ini.

Kesudahannya..ayah saya telah ditransferkan ke hospital tanah merah setelah hampir 3 HARI berada di hospital Jeli. Sekali lagi ayah saya mendapat khabar yang sememangnya amat menakutkan beliau :bahawa kaki beliau akan dipotong hingga ke paras betis'. Mendengar perkhabaran kali kedua ini..kami anak beranak telah bersepakat untuk meminta izin membawa ayah kami pulang dan berubat secara kampung. ALHAMDULILLAH dengan kuasa allah swt kesihatan ayah saya dan keadaan ibu jarinya semakin baik dan mengecut walaupun kehitaman masih kekal. Cuma yang begitu mengembirakan kamu bilamana ayah telah memberitahu dia tidak lagi berasa berdenyut-denyut sakit ibu jarinya seperti sebelum ini. Malah kaki ayah kelihatan semakin terselamat dari dipotong.

Hakikatnya..diebetis mmg akan menyusahkan banyak sistem dalaman badan kita. DIEBETIS ini akan menyebabkan tekanan kepada mental kita selain akan memberikan bebanan kepada buah pinggang, mata, jantung dan hati. Oleh itu marilah sama-sama kita menjaga pemakanan kita agar kita bebas dari diebetis. Kurangkan gula dalam minuman,tp tambhkn manis dlm senyuman..wasalam

Saturday, October 15, 2011

ATAS RESTU ALLAH SWT

Assalamualaikum wbrkth..dan salah sejahtera kepada yang belum muslim. Didoakan sahabat-sahabt yang belum muslim terbuka hijab untuk mendapat hidayah daripada aLLAHswt. Sudah lama saya tidak post dalam blog saya ini. Bukan kenapa tapi kerana kesibukan dan kerana terlalu lama tidak melihat blog sendiri sehinggakan pasword pun boleh terlupa.

Pertamanya saya ingin memanjat syukur dengan restu Allah swt dan keizinanNYA saya dapat membuka kembali blog saya ini walaupun hampir 9 bulan tidak post sebarang penulisan. Restu allah swt kepada setiap apa yang kita lakukan amat penting walaupun perkara yang kita lakukan kebiasaan itu dilhat begitu remeh dan tidak penting. Semalam 15/10/2011 saya telah berpeluang untuk menyampaikan ceramah di smk desa petaling Kuala Lumpur sempena program terakhir LADAP tahun ini untuk semua guru di sekolah tersebut. Bahkan saya begitu teruja bila mendapat panggilan telefon dari guru kaunseling smk desa petaling dan memaklumkan bahawa beliau juga adalah lepasan UPSI dan merupakan bekas anak didik saya. Tajuk "menanggani masalah disiplin pelajar melalui perspektif kaunseling" merupakan tajuk yang amat baik pada pendapat saya. Kenapa?krn saya berpeluang dan pihak kaunseling sekolah juga berpeluang memberikan kefahaman kepada semua guru bahawa bimbingan dan kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang sewajibnya ada di sekolah.

Malah, melalui ceramah saya..saya telah menekan kepada kefahaman yang mendalam kepada guru mengenai bidang tugas guru kaunseling, peranannya di sekolah, punca permasalahan pelajar, aplikasi kaunseling dalam pengajaran dan pembelajaran, komunikasi style PAC dlm komuniti sekolah dan juga strategi-strategi dalam menanggani masalah disiplin pelajar melalui aplikasi kaunseling. Penyampaian ceramah yang diselang seli dengan 'bonus' dari saya...beberapa aktiviti yang saya telah laksanakan seperti mengenal personaniti diri melalui neuromologi, bimbingan cinta remaja telah berjaya mencuit perhatian guru untuk terus bersama saya. Apapun yang saya perhatikan semua guru begitu 'open' dan 'spotting' sepanjang masa bersama saya.

Namun begitu, saya begitu amat menekankan kepada mereka bahawa kaunseling bukan satu kaedah yang boleh menyelesaikan semua permasalahan pelajar. Kaunseling perlu mendapat kerjasama daripada semua pihak yang ada di sekolah terutamanya pihak pentadbir dan badan disiplin. Kerjasama yang erat dan saling memahami kitaran kerjasama menanggani permasalahan pelajar akan menjanjikan hasil yang positif kepada pencapaian matlamat visi dan misi sekolah khasnya. Kerana itu, kaunseling perlu dilihat oleh semua guru sebagai satu perkhidmatan yang boleh membantu mereka sepanjang mereka menjalankan tugasan mereka di sekolah. Bahkan guru biasa juga berkelayakan dan berkebolehan utk memberikan bimbingan kepada pelajar dalam keadaan yang tertentu.

Apa yang saya ingin berkongsi disini...setiap apa yang kita lakukan hendaklah dengan niat yang baik utk mendapat restu allah swt. Setiap amalan yang kita lakukan dengan niat ikhlas kerana Allah swt akan mesti dikurniakan juga oleh Allah swt ganjaran utk meneruskan kehidupan di dunia. Sejujurnya saya tidak pernah sampai ke smk desa petaling. Alhamduillah sampai juga saya ke sana tepat pada masanya walaupun mendapat sedikit bantuan daripada kaunselor smk desa petaling. Bahkan kuasa allah itu mmg hebat..dengan mencari smk desa petaling juga telah memberi peluang kpd saya utk mengenalpasti Institut Sukan Negara yang mana institusi ini saya juga akan perlu hadir sebagai ahli forum dalam simposium sports parenting yang akan dilaksanakan pada 19/10/2011.

Hakikatnya, saya berasa begitu seronok melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan dunia akademia seperti yang saya ceburi sekarang. Walaupun tidak menjanjikan kemewahan dan kekayaan namun begitu memberikan kepuasan kepada diri saya. Harapan dan doa saya semoga apa yang saya telah lakukan, sedang lakukan dan akan lakukan akan sentiasa mendapat restu allah swt. Dengan restuNYA semoga usaha saya ini akan menjadi satu ibadah dan amalan jariah saya sebagai bekalan ke alam sana.