Friday, May 25, 2012

UPSI..APAKAH DI PENGHUJUNG?



Assalamulaikum wbrkth dan salam hidayah kepada yang belum muslim.

Apakah benar rumus-rumus menyatakan UPSI akan tidak lagi diberikan unjuran pengambilan pelajar pendidikan oleh KPM bermula 2013 hingga 2016. Jika benar! ini menjadi titik hitam dalam sejarah Ibu Kandung Suluh Budiman yang telah berjasa kepada negara melahirkan para guru yang cemerlang, unggul dan BITARA dalam membangunkan modal insan negara.

Jika isu ini masih lagi tidak benar..anggaplah ini sebagai satu amaran awal kepada UPSI agar terus kukuh dengan perjuangan dan tidak sesekali menyerah kalah dalam mempertahankan kepakaran membekalkan pendidik yang sejati kepada negara. Persoalannya?kenapa isu ini timbul?

Hakikatnya mungkin kerana keyakinan majikan (KPM) kepada graduan UPSI semakin luntur dengan beberapa siri tingkahlaku dan pelajar UPSI yang mencemar kredibiliti sebagai seorang bakal pendidik. Bahkan persitiwa Adam Adli adalah yang paling ketara memperlihatkan kepada masyarakat dan majikan (KPM) seumpama bakal guru graduan UPSI semakin hanyut dengan politik "bodoh" sehinggakan gagal cemerlang dalam pembinaan karakter sebagai seorang bakal guru yang seharusnya matang, berilmu dan berakhlak.

Kerana itu, kepada warga UPSI, jangan dipersalahkan kepada majikan jika kita tidak lagi diberikan unjuran pengambilan pelajar pendidikan. Bahkan kita kena bersatu dan berganding bahu bersama dalam memastikan kepakaran kita ini sentiasa dihormati oleh sesiapa jua dengan perubahan sikap kita terutamanya para pelajar. Anda adalah produk UPSI, maka jagalah tiingkahlaku anda, mantapkan ilmu anda, kembangkan kebolehan peribadi anda, tanamkan sikap menghargai jasa dan peluang yang telah diberikan oleh kerajaan kepada anda. Jangan sesekali ego dan terpengaruh dengan anasir yang boleh memburukkan imej UPSI itu sendiri.

Namun begitu, yang kesalnya beberapa tahun sebelum ini pernah terdengar pasal ajakan IPG untuk bergabung dengan UPSI. Namun UPSI telah menolak ajakan ini. Tidak pasti perkara ini benar atau tidak..hanya pihak atasan UPSI sahaja yang mengetahui akan hal ini. Jika benar UPSI menolak bermakna UPSI telah melakukan satu kesilapan yang besar dalam arena pendidikan tinggi negara. Malah, pemimpin tertinggi UPSI pada masa itu harus bertanggungjawab dengan apa yang akan dihadapi oleh UPSI pada masa kini. Seharusnya UPSI boleh dijadikan seperti UITM Shah Alam sebagai kampus induk dan IPG  sebagai kampus-kampus cawangan yang berganding bahu dalam memastikan pendidikan guru di Malaysia maju dan berjaya.

Oleh itu, UPSI janganlah terlalu ghairah untuk menjadi sebagai sebuah universiti komprehensif yang menawarkan program-program selain sarjanamuda pendidikan. Sepatutnya UPSI kena berusaha bertahan dan berusaha bagi memastikan kepakarannya dalam melahirkan bakal guru terus diikhtiraf oleh kerajaan. Bahkan diawal perlantikan Ybhg Dato Prof Dr Zakaria Kasa sebagai Naib Canselor UPSI, beliau telah berikrar akan terus memastikan UPSI sentiasa berperanan dengan kepakarannya melahirkan bakal pendidik untuk negara. Maka, ayuhlah warga UPSI, ubahlah sikap kita, marilah kita menyokong, membantu dan berjuang bersama Dato Naib Canselor bagi memastikan UPSI terus diikhtiraf dalam pendidikan guru di Malaysia.

Perjuangan ini bukan hanya untuk UPSI bahkan juga untuk Bangsa dan Negara Malaysia yang tercinta bagi memastikan pelaburan kerajaan sejak 1922 ini tidak terkubur begitu sahaja. Jangan kerana kesilapan pemimpin UPSI pada masa lalu yang tidak mahu bergabung dengan IPG..Jika BENAR wujud ajakan sebegitu..tidak sewajibnya UPSI DIHUKUM dinafikan kepakarannya dalam melahirkan bakal pendidik yang BITARA untuk negara. Segala kepakaran dan pengalaman UPSI dalam melahirkan bakal guru di Malaysia terus dikekalkan sehingga akhirnya riwayat dunia ini.

WE LOVE UPSI

No comments:

Post a Comment