Saturday, February 25, 2012

RINTIHAN PELAJAR BARU..


Assalamualaikum wbrkth dan salam hidayah kepaday yang belum muslim..



Sudah lama betul aku tak post kat blog aku ni..bukan apa..kerna sibuk sangat sejak dua menjak ni dgn bertukar ke office baru di kampus baru UPSI kampus Sultan Azlan Shah Proton City.

Syukur kerana akhirnya UPSI dapat juga melangkah ke kampus baru di Proton City walaupun tak sempurna sepenuhnya lagi setelah 12 tahun menanti dengan penuh rasa debar dan tandatanya oleh warganya. Bukan apa..lama sangat nak siapnya bermula dari perasmian pengisytiharan pembinaannya. Apapn sykur akhirnya UPSI Kampus Sultan Azlan Shah siap jua dengan komitmen pegawai atasan UPSI yang sentiasa berusaha memastikan kampus baru ini siap sepenuhnya.

Hidup aku di kampus baru bermula dengan kuliah pertama yang dihadiri juga oleh pelajar semester pertama. Maknanya mereka ni semua pelajar baru ambilan Febuari 2012. Kelas pertama aku berjalan dengan baik dan lancar...namun begitu pengakhirannya berakhir dengan rintihan pelajar baru yang menyatakan mereka mengalami kesukaran untuk berulang alik ke kuliah dari kampus baru ke kampus lama. Mereka mendakwa banyak masa dihabiskan dengan menunggu bas dan berulang alik.

Mendengar luahan ini...aku segera membalas..tiada yang senang dalam hidup ini dalam mencari ilmu..bahkan tiada yang sempurna dalam dunia ini. Jika sempurna dan senang semuanya maka tempat itu adalah di syurga. Muka mereka semua mencuka seakan tanda protes pada aku. Aku mengerti mereka berasa kecewa seakan aku tidak empati dan memahami masalah mereka. Namun aku terpaksa memberikan mereka motivasi provokasi agar mereka dapat dengan segera insight..celik akal akan hakikat sebenar sebagai bakal guru yang perlu kental dan bersemangat jiwanya.

Semakin lama aku merasionalkan pemikiran mereka agar dapat menyesuaikan diri berada di kampus berbanding berada di zaman persekolahan...semakin lama itu juga aku lihat mereka masih berdiam diri mendengar dan mungkin memikirkan apa benarnya yang aku cakapkan kepada mereka.

Penutup aku berikan ingatan kepada mereka..jangan jadi seperti beberapa orang mahasiswa UPSI yang hanya tahu merungut dan berdemo baring, memanjat pagar,menyalak seperti tidak menunjukkan taraf sebagai bakal guru. Apa ketidakpuasan hendaklah disalurkan kepada mereka yang betul dan pada masa dan tempat yang betul. Menyalurkan kepada pensyarah rasa ketidakpuasan hati pelajar apa sahaja masalah mereka juga merupakan satu kaedah yang betul kerana pensyarah adalah seperti jambatan di antara mahasiswa dengan pentadbir.

Namun, begitu aku juga ingatkan kepada mereka supaya amalkan sikap berterima kasih dgn apa yang kita dapat..dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..kerna masih ramai lagi insan lain yang hidup susah berbanding kita.

No comments:

Post a Comment