Monday, April 15, 2013

Sunday, April 14, 2013

WE BORN AS A CHAMPION

Assalamulaikum and peace outstanding guidance to Muslims. Today I took the time to complete my new motivational book new entitled "Motivation Learning Styles Moris". I wrote the first chapter relates to recognize our potential. This chapter I bring the students to recall science form 3 chapter 4, entitled "reproduction". I like to bring readers will read this book to reflect and I recall telling the creation of man as explained by Allah Almighty in the Quran. Human AFTER ADAM Prophet it is created from a drop of semen. The process of the creation of man is full of motivation and awareness that we have become one of the best but we also have to be a champion. As we know the woman has a seed called only one ovum compared with men who produce semen contains millions of sperm. When sperm release millions of sperm they vying with each other and compete with each other to be the first to be able to merge with the ovum nucleus. If the mind behind some of the sperms swim freestyle way possible, swim butterfly style, swim backstroke, swimming frog for sure be the first to meet with the ovum. However, only a one sperm actually effective sperm from the million sperm can be the first and have luck to meet ovum. The question of who is? The answer is "us"! why us? not others sperm? this answer will soon..

DONT SHY TO SPEAK ENGLISH

Assalamulaikum and guidance to not greet this muslim. Today I feel a little eager to post this in my blog .. may be because there is little sense of motivation to write even in broken English. What is important is that I got the hang of them read my blog is that in the process of re-activated. Why are many people especially kelantanian they are very afraid to speak and write in English. Most of those reasons is because of the shame, and fear is said to pretend we said stupid people. Not good to speak english well spoken in English. The fact that English is merely a language and as a tool to communicate. Although full of talk and write broken English but if they are being read and talked with us is that we understand what we are talking about means of communication has been successful. In fact, the information and ideas that we want to give also been successful. So why still need to be afraid to speak in english. Remember, language is simply a means of communication and english language is not an instrument for measuring a person is intelligent or stupid. If the English language as a tool to calculate a person's clever or stupid so many people from Russia, japan, China and Korea arguably stupid and NOT clever .. because in their country, there are no English as a second or third language. The fact these countries are all advanced in technology and economics. Because of it. let us together to learn english to increase our self-confidence improving communication skills and writing proficiency in the english language. Remember the english language is simply a means of communication and not a device to measure a person's intelligence and stupidity.

TEMUDUGA MEDSI:E-BOOK RAHSIA LULUS TEMUDUGA MEDSI

Assalamulaikum wbrkth dan salam hidayah kepada yang belum muslim Lama sungguh aku tidak post sebarang artikel dalam blog aku ni..terlalu sibuk dengan kajian penyelidikan geran AADK bersama kawan kawan yang lain..sibuk juga dengan observe praktikum DPLI MARA di MRSM Jeli bahkan sibuk juga dengan bantu kawan kembangkan bisnes dia jual motor berkuasa tinggi. Namun begitu krn tidak mahu mengecewakan bekas anak-anak murid kursus KKD2063 aku yang menjemput aku menjalankan bengkel suku hari utk RAHSIA LULUS TEMUDUGA MEDSI maka aku gagahi juga walaupun badan masih belum cover lagi dari terkena santau manusia yang sememangnya benci dan dengki dengan kerjaya aku..mungkin dirasanya aku mencabar dirinya yang dia perasan hebat dalam bidang akademik dan juga motivasi walaupun tidak glamor mana pun aku ni. Alhamdulillah aku bertolak seawal jam 730 pagi dari Kg tercinta aku dari Kg Raja Legeh ditemani isteri tersayang bertolak ke SMK Bukit Jawa, Selinsing Pasir Puteh Klate..ini kali ke 2 aku menjalankan bengkel di sana..tahun lepas tarikh yg sama 14 April 2012 dan tahun ini juga 14 April aku berbakti kpd para pelajar lepasan STPM area Kota Bharu dan Pasir Puteh. Respon dari penolong Kanan Tingkatan 6 dan AJK yg menguruskan bengkel MEDSI tersebut menyatakan HAMPIR 90% peserta tahun lepas telah berjaya bergelar sebagai mahasiswa mahasiswi pendidikan di seluruh IPTA yg ada menawarkan bidang pendidikan. Kerana aku bertolak awal maka aku juga tiba awal masa AJK masih sibuk urus pendaftaran bengkel. So apa lagi aku pun singgh di warung utk breakfast...kuih belebab dan juga kuih peria..dlm tgh aku syok mkn tu tetiba telinga aku bingit dgr puak pas tgh fitnah najib dan juga rosmah..baru aku teringat rupanya tempat aku gi tu adalah kawasan wakil rakyat nama klu xsilap aku bahri bahri gitu nama dia yang pernah jadi isu ditangkap bersama bini org dalam koc keretapi..takpolah kita tinggal hal politik tu..kita fokus pada MEDSI.. Kata pihak sekolah lagi..bengkel temuduga aku ni bukey sekadar penting utk lulus MEDSI bahkan penting juga utk ilmu diaplkasikan dlm temuduga2 yg lain. Maka kata dia sebab tu tahun ni aku dipanggil lagi..danb alhmadulillah sambutan teramat cemerlang. Handak lulus MEDSI ni secara bertulis atau temuduga bersemuka ni ada cara dan rahsianya..aku juga hampir 2 tahun kaji cara rahsia utk lulus ujian bertulis MEDSI ni..itupn krn adik aku sendiri akan ambil MEDSI...LASTNYA tuhan bagi idea utk aku jumpa cara lulus..aku praktiskan kpd adik aku..dan kedua dua adik aku lulus medsi..dan keduanya dh jadi cikgu pn skrg ni.. Maka kepada sesiapa yang masih kabur pasal nk lulus MEDSI..TIDAK KESEMPATAN utk hadir bengkel haritu..maka boleh sms aku utk dapatkan E BOOK RAHSIA LULUS TEMDUDUGA MEDSI BERTULIS DAN JUGA BERSEMUKA..0169030367..Nyatakan nama dan dari mana aku akan emelkan E-BOOK TERSEBUT kpd anda..yang penting kena Bankin dulu dlm akaun CIMB MNI RESOURCES 08180000244103 RM50 kemudian smskan masa bankin dan alamat emel insyallah serta merta akan aku emelkan buku RAHSIA LULUS TEMUDUGA MEDSI..JOMLA kita sama membantu.. ANTARA IKLAN IKLAN SEMINAR TAHUN LEPAS..

Wednesday, January 30, 2013

NASIB NASHA

PARTI ISLAM? (Kata Perdana Meteri Palestin-Gaza Ismael Haniyeh, bumi Gaza bertuah & bersyukur dengan kehadiran Dato' Sri Najib berserta ahli keluarga & rombongannya) Salam 2 all. YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok (PAS) yang baru kembali daripada lawatan bersejarah YAB PM ke Gaza pasti terkejut mendengar berita melalui media bahawa beliau dipecat daripada kedudukan sebagai ahli Majlis Syura' PAS. Kebetulan beliau baru sahaja balik daripada mengiringi YAB Perdana Menteri dalam lawatan ke Gaza. Kata Perdana Menteri Palestin-Gaza Ismael Haniyeh, lawatan Dato' Sri Najib adalah satu lakaran sejarah tersendiri kerana Dato' Sri Najib adalah pemimpin bukan 'arab pertama menjejakkan kaki ke bumi Gaza! Dan lebih bersejarah kerana PM mengumumkan peruntukkan pembinaan semula pejabat Perdana Menteri Palestin-Gaza yang musnah dibom oleh rejim zionis beberapa minggu lepas setelah lawatan Perdana Menteri Mesir Hisham Qandel ke bangunan tersebut. Orang yang terakhir melihat bangunan tersebut sebelum dimusnahkan ialah PM Mesir, orang yang membinanya semula ialah PM Malaysia! Begitu bersejarah lawatan Dato' Sri Najib, yang lawatannya mendapat liputan meluas media barat dan 'arab, malah Al-Jazeera memberikan lapuran hampir 20 minit didalam berita utamanya. Rakyat Gaza turun berduyun-duyun mahu melihat seorang wira Melayu yang berani datang menziarahi mereka walaupun mendapat tentangan dalam dan luarnegara. Mereka bertambah bangga apabila melihat betapa simplenya Dato' Sri Najib, sanggup turun ke padang menziarahi keluarga Assyahid Al-Ja'bari, Ketua Keselamatan Palestin-Gaza yang dibunuh kejam melalui pengeboman keatas kenderaannya. Dan mereka bertambah kagum kerana ini pertama kali seorang Perdana Menteri datang menziarahi mereka dengan membawa seluruh ahli keluarga. Datin Sri Rosmah Mansur berserta anak-anak Nooryana Najwa & Ashman turut sama dalam rombongan PM. Teman sempat bergurau dengan YAB PM, buatnya kalau rejim zionis mengebom rombongan PM, habis semua keturunan Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Jawapan PM cukup simple - kat mana pun kita akan mati! Dan dalam rombongan lawatan bersejarah itu, turut dijemput sebagai Ahli Parlimen (seperti teman juga) ialah YB Nasharuddin Mat Isa. Teman dok bayang tentu PAS akan tumpang bangga dan kagum yang ahli Majlis Syura', dan bekas Timb Presiden mereka turut serta dalam lawatan bersejarah itu. Dan sebenarnya memang ramai pemimpin PAS belum pun menjejakkan kaki ke bumi Gaza, walaupun mereka tekun melilit leher mereka dengan muffler Palestin! Walaupun mereka sering bertakbir dan mengutip derma jihad, namun jangan kata membawa keluarga dan anak isteri, diri mereka sendiri pun belum berkemampuan dan tiada keberanian untuk pergi ke Gaza. Al maklumlah sejak-sejak berkawan dengan Kitsiang dan Karpal Singh ni. Jadi didalam kelemahan dan kedhaifan pimpinan PAS untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza, maka perginya Ustaz Nasharuddin bersama didalam rombongan PM sudah tentu satu aset besar buat PAS! Dalam ramai-ramai orang, PM pilih pemimpin PAS sebagai pengiring! Teman pada masa itu cukup yakin pimpinan dan ahli PAS akan bukak jubah dan serban dan menghamparkannya di KLIA untuk menyambut wira dan hero mereka pulang daripada bumi Gaza! Sudah pasti semua muffler Palestin yang melilit leher mereka selama ini akan kalungkan dileher hero PAS yang baru pulang dari bumi anbiya' ini. Tetapi tidak! Rupanya para pasrasit berjaya melilit leher tengkok Ust Nasha sehingga dipecat daripada Majlis Syura'. Ramai ahli akar umbi PAS sendiri terkejut mendapat berita daripada media bahawa tokoh hebat mereka ini telah dipecat daripada Majlis Syura'! Dan lebih terperanjat mereka apabila parti yang melabel diri sebagai Parti Islam langsung tidak mengikut kehendak syara' dengan memecat Ustaz Nasha tanpa memberi sebarang notis dan tidak memberi beliau peluang membela diri! Semasa isu Amanat Hadi hangat dibincangkan, Datuk Seri Hadi Awang (DSHA) membuat kenyataan meminta hak membela diri di media utama selama sejam. Kenyataan DSHA disokong oleh Datuk Nik Aziz (DNA) yang memetik sumber syara' dengan kenyataan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri dan memperjelaskan diri sebelum boleh dihukum. Teman tidak menafikan Islam mewajibkan kita memberi peluang membela diri kepada mana-mana pihak dalam apa-apa perkara yang membabitkan dirinya, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan. Malahan ini adalah nilai universal & hak asasi & fundamental kemanusiaan yang diterima oleh semua masyarakata bertamadun! Sebab itu teman mempersoalkan tindakan PAS memecat Ustaz Nasha daripada kedudukannya sebagai Ahli Majlis Syura', badan tertinggi didalam PAS. Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik. Tindakan memecat Ust Nasha dibuat tanpa beliau diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri! Ini disahkan sendiri oleh Ust Nasha yang menyatakan beliau hanya tahu berita pemecatan beliau melalui media! Ini bukan kali pertama PAS bertindak sedemikian. Dalam kes pemecatan tokoh pimpinan PAS Datuk Dr Hasan Ali, beliau juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri. Teman melihat isu pemecatan Ust Nasha ini sekadar membuktikan betapa tidak Islamiknya PAS dalam amalan dan tindak-tanduknya. Apa yang lebih malang, ia memberi gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri kerana sudah tentu non-Muslim akan melihat tindakan PAS seolah-olah dibenarkan agama Islam kerana mereka melabelkan diri mereka sebagai parti Islam! Apakah ini akan mendekatkan lagi non-Muslim kepada Islam, apabila mereka melihat seseorang boleh dipecat dan dibuang tanpa notis & peluang bela diri? Berbeza sekali dengan UMNO yang walaupun tidak menjubahkan diri dengan label Islam, tetapi mengambil tindakan lebih Islamik. Contohnya semasa Anwar Ibrahim hendak dikenakan tindakan disiplin atas masalah liwat & moral yang rendah, UMNO memberi peluang kepada beliau membela diri didalam mesyuarat Majlis Tertinggi. Tun Mahathir memberi peluang seluas-luasnya kepada Anwar untuk memberi penjelasan & meyakinkan Majlis Tertinggi UMNO mengenai kedudukannya. Selepas mendengar penjelasan Anwar, dan mengambil pendapat semua ahli MT yang hadir, UMNO akhirnya membuat keputusan memecat Anwar atas masalah moral beliau. Samada keputusan itu betul atau tidak bukan persoalannya. Isunya ialah Anwar diberi notis & peluang membela diri. Tetapi Datuk Dr Hasan Ali & Ust Nasha bukan sahaja tidak diberi notis, malah peluang membela diri dan membuat penjelasan juga tidak diberi. Malah sehingga hari ini, Datuk Dr Hasan Ali tidak tahu apa kesalahan beliau sehingga dipecat! Teman berharap rakyat terutamanya umat Melayu-Islam akan membuka mata dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuka ALLAH mengenai pekung penyakit didalam PAS ini! Semakin hari semakin terserlah kurap-kurap politik didalam PAS ini. Daripada isu kalimah ALLAH, kepada isu sumpah bai'ah talaq tiga, kepada isu murtad, isu gereja, isu arak, isu kafir mengkafir, isu Tabung Memali, isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali, kepada yang mutakhir isu pemecatan Ust Nasha; semuanya membuktikan kepada kita satu perkara; iaitu PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik kepartian yang jumud dan sempit! Daripada semua ini, persoalan yang timbul ialah: betulkah PAS ni parti Islam? Dan satu persoalan yang perlu umat Islam-Melayu tanya ialah: apa dosa Ust Nasha sehingga dipecat? Adakah Ust Nasha meliwat sesiapa? Adakah Ust Nasha menyondol mana-mana amoi? Adakah Ust Nasha menoron bini kawan sendiri? Adakah Ust Nasha menderhaka kepada ibubapa dia? Adakah Ust Nasha beri kaunselling kepada bini orang jam 3pagi? Adakah Ust Nasha makan eskrim dalam jamban? Adakah Ust Nasha jual kalimah ALLAH? Adakah Ust Nasha mengkafirkan sesiapa? Tidak! Tidak! Tidak! Dosa Ust Nasha kerana bersama dengan YAB PM dalam pertemuan dengan Mufti Masjidil Haram dan para ulama' di Masjidil Haram bulan Ramadhan lepas! Dosa Ust Nasha kerana mencabar Karpal Singh dalam isu perlaksanaan hudud! Dosa Ust Nasha kerana menyuruh Nurul Izzah bertaubat dalam isu Melayu murtad! Dosa Ust Nasha kerana menolak kepimpinan Anwar dan mahu Hadi menjadi PM! Dosa Ust Nasha kerana bersama YAB PM dalam lawatan menziarahi saudara seagama di Gaza! Itulah antara dosa Ust Nasha! Dan untuk dosa itu, Ust Nasha dipecat sebagai ahli Majlis Syura', tanpa diberi notis, tanpa diberi peluang membela diri! Teman berharap, dan tidak menjangka ahli akar umbi PAS akan menjadi sebegitu rendah IQnya sehingga boleh menelan dan menerima bulat-bulat pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap Islam yang dilakukan olah para pasrasit yang makin lama makin menghancurkan PAS! Takkanlah mike nak percaya Ust Nasha dipecat kerana tidak hadir mesyuarat! Kalau itu alasan mereka, cuba mike periksa kehadiran orang lain dalam mana-mana mesyuarat samada peringkat Perhubungan Negeri, Kawasan, Cawangan, MTD atau sayap-sayap. Ada yang datang mesyuarat setakat 5 minit je terus balik. Ada yang rajin hadir mesyuarat tetapi sekadar menjadi pemanas kerusi je! Ada yang datang sekadar buat syarat je! Kalau itulah alasan pemecatan Ust Nasha daripada Majlis Syura', rasanya ramai pemimpin dan ahli PAS yang boleh kena pecat yop! Sebab itu sudah tiba masanya ahli akar umbi PAS bangkit menebus semula maruah mereka. Janganlah terus diperkeldaikan oleh kaum pasrasit yang sudah buta hati dan jiwa mereka dengan kilauan kepalsuan Putrajaya. Bangkitlah! Hapuskanlah segala kemungkaran yang sedang berlaku didalam parti mike yop! Kembalikan PAS ke landasan sebenar untuk memperjuangkan Negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. ALLAH telah berikan kita terlalu banyak bukti & keterangan. Janganlah kita membuat kesilapan seperti umat terdahulu yang ingkar dan enggan melihat & menggunakan aqal waras dengan bukti & keterangan yang telah ALLAH berikan sehingga mereka menjadi kaum Pekak, Bisu & Buta untuk menerima haq & kebenaran. Intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH, dan ALLAH akan membantu kamu kelak! Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak daripada kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan keampunan kepada kita semua! Ameen! Wallahua'lam & wassalam. Adios amoigos, grasias senor! Zulkifli Bin Noordin Selasa 17 Rabi'ul Awal 1434 29 Jan 2013

Wednesday, January 23, 2013

Kaya PAS kalau perintah Sarawak

Salam untuk semua...lama betul aku tak menulis di blog aku ni..tp selalu bukajuga sebab nk tgk blog yg aku link..harini naik flight mas ke Bintulu baru perasan Sarawak masih penuh dgn hutan balak..sebelum selalu mai Sarawak tak perasan pulak..jarang tengok ikut tingkap kapal..harini tgk tebalnya hutan Sarawak dan terus terlintas betapa kayanya puakpas jika dapat tawan Sarawak..tgkla depa dh berjaya gondolkan hutan kelate..skrg tgh syok gondol hutan pedu di Kedah...tp syg sekeping je pic yg aku sempat snap masa nk landing.apapun salam salawat ke atas rasulullah saw..