Friday, May 25, 2012

UPSI..APAKAH DI PENGHUJUNG?



Assalamulaikum wbrkth dan salam hidayah kepada yang belum muslim.

Apakah benar rumus-rumus menyatakan UPSI akan tidak lagi diberikan unjuran pengambilan pelajar pendidikan oleh KPM bermula 2013 hingga 2016. Jika benar! ini menjadi titik hitam dalam sejarah Ibu Kandung Suluh Budiman yang telah berjasa kepada negara melahirkan para guru yang cemerlang, unggul dan BITARA dalam membangunkan modal insan negara.

Jika isu ini masih lagi tidak benar..anggaplah ini sebagai satu amaran awal kepada UPSI agar terus kukuh dengan perjuangan dan tidak sesekali menyerah kalah dalam mempertahankan kepakaran membekalkan pendidik yang sejati kepada negara. Persoalannya?kenapa isu ini timbul?

Hakikatnya mungkin kerana keyakinan majikan (KPM) kepada graduan UPSI semakin luntur dengan beberapa siri tingkahlaku dan pelajar UPSI yang mencemar kredibiliti sebagai seorang bakal pendidik. Bahkan persitiwa Adam Adli adalah yang paling ketara memperlihatkan kepada masyarakat dan majikan (KPM) seumpama bakal guru graduan UPSI semakin hanyut dengan politik "bodoh" sehinggakan gagal cemerlang dalam pembinaan karakter sebagai seorang bakal guru yang seharusnya matang, berilmu dan berakhlak.

Kerana itu, kepada warga UPSI, jangan dipersalahkan kepada majikan jika kita tidak lagi diberikan unjuran pengambilan pelajar pendidikan. Bahkan kita kena bersatu dan berganding bahu bersama dalam memastikan kepakaran kita ini sentiasa dihormati oleh sesiapa jua dengan perubahan sikap kita terutamanya para pelajar. Anda adalah produk UPSI, maka jagalah tiingkahlaku anda, mantapkan ilmu anda, kembangkan kebolehan peribadi anda, tanamkan sikap menghargai jasa dan peluang yang telah diberikan oleh kerajaan kepada anda. Jangan sesekali ego dan terpengaruh dengan anasir yang boleh memburukkan imej UPSI itu sendiri.

Namun begitu, yang kesalnya beberapa tahun sebelum ini pernah terdengar pasal ajakan IPG untuk bergabung dengan UPSI. Namun UPSI telah menolak ajakan ini. Tidak pasti perkara ini benar atau tidak..hanya pihak atasan UPSI sahaja yang mengetahui akan hal ini. Jika benar UPSI menolak bermakna UPSI telah melakukan satu kesilapan yang besar dalam arena pendidikan tinggi negara. Malah, pemimpin tertinggi UPSI pada masa itu harus bertanggungjawab dengan apa yang akan dihadapi oleh UPSI pada masa kini. Seharusnya UPSI boleh dijadikan seperti UITM Shah Alam sebagai kampus induk dan IPG  sebagai kampus-kampus cawangan yang berganding bahu dalam memastikan pendidikan guru di Malaysia maju dan berjaya.

Oleh itu, UPSI janganlah terlalu ghairah untuk menjadi sebagai sebuah universiti komprehensif yang menawarkan program-program selain sarjanamuda pendidikan. Sepatutnya UPSI kena berusaha bertahan dan berusaha bagi memastikan kepakarannya dalam melahirkan bakal guru terus diikhtiraf oleh kerajaan. Bahkan diawal perlantikan Ybhg Dato Prof Dr Zakaria Kasa sebagai Naib Canselor UPSI, beliau telah berikrar akan terus memastikan UPSI sentiasa berperanan dengan kepakarannya melahirkan bakal pendidik untuk negara. Maka, ayuhlah warga UPSI, ubahlah sikap kita, marilah kita menyokong, membantu dan berjuang bersama Dato Naib Canselor bagi memastikan UPSI terus diikhtiraf dalam pendidikan guru di Malaysia.

Perjuangan ini bukan hanya untuk UPSI bahkan juga untuk Bangsa dan Negara Malaysia yang tercinta bagi memastikan pelaburan kerajaan sejak 1922 ini tidak terkubur begitu sahaja. Jangan kerana kesilapan pemimpin UPSI pada masa lalu yang tidak mahu bergabung dengan IPG..Jika BENAR wujud ajakan sebegitu..tidak sewajibnya UPSI DIHUKUM dinafikan kepakarannya dalam melahirkan bakal pendidik yang BITARA untuk negara. Segala kepakaran dan pengalaman UPSI dalam melahirkan bakal guru di Malaysia terus dikekalkan sehingga akhirnya riwayat dunia ini.

WE LOVE UPSI

Friday, May 4, 2012

MNI APARTMENT HOMESTAY PROTON CITY TG. MALIM

Assalamulaikum wbrkth dan salam hidayah kepada yang belum muslim..

Kepada yang datang ke tg malim tiada tempat bermalam boleh cuba MNI apartment homestay yang hanya 200 meter dengan tasik proton city dan amat bersesuaian utk mereka yang bercuti dgn family.



Sewa pun hanya RM150 sahaja..so tak perlu bersusah payah lagi untuk mencari hotel bajet di tg malim yg hakikatnya tidak bajet pun..malah kepada para pelajar master yang sentiasa berulang alik ke UPSI tiap minggu inilah antara homestay yang anda boleh cuba sewa pada minggu kuliah anda...RM150 dikongsi bersama rakan yg lain..betapa dapat menjimatkan kos anda..

Kepada yg berminat boleh hubungi no seperti yg tertera poster iklan di atas.




Thursday, May 3, 2012

Assalamulaikum wbrkth dan salam hidayah kepada yang belum muslim.. Hari ini kampus baru penuh dengan bermacam model kereta...paling banyak adalah pelbagai model kereta nasional proton dan juga myvi..banyak sebab harini merupakan hari raptai konvokesyen kali ke 14. Maka meriahlah kampus baru ni dengan graduan yang kesemuanya nampak gembira dan tak sabar untuk naik pentas dan merasmikan dewan utama iaitu dewan besar kampus baru kampus Sultan Azlan Shah di proton city ini sebagai graduan pertama berkonvo di dewan besar yang serba baru ini. Apapun saya diantara tenaga pengajar disini berasa bangga bila tengok anak-anak murid saya dah dapat menamatkan pengajian mereka. syabas utk kalian semua..tahniah kerana dapat merasmikan dewan baru ni..andalah graduan pertama yang akan berkonvo di dewan yang serba canggih ni.. Malah, sekalung penghargaan kepada graduan yang telah mendapat ijazah kelas pertama kerana dengan bangganya anda semua telah membanggakan ibu bapa anda kerana dua sebab; pertama kerana telah berjaya mendapat ijazah..kedua kerana mendapat ijazah kelas pertama..bahkan ibu bapa anda bangga kali ketiga kerana anda akan dapat keistimewaan untuk pengecualian pembayaran balik ptptn...anda tidak perlu berdemo dan berkhemah di dataran merdeka..bahkan tak perlu terpekik melolong meneriak berdemo mohon ptptn dimansuhkan..DENGAN USAHA DAN KERAJINAN... ANDA tidak perlu bergantung kepada manusia lain..anda berjaya mansuhkan sendiri pinjaman ptptn anda dengan kejayaan anda.. so kepada graduan first class jgn terlupa utk memohon pengecualian pembayaran balik ptptn dengan menghubungi pihak ptptn. Kepada yang akan dapat pingat emas pada konvokesyen kali ke 14 Ini..secara peribadi saya nk ucapkan anda semua memang layak utk menerimanya..bermula daripada pingat emas diraja hinggalah ke anugerah buku fakulti. Inilah saat manis yang anda tidak akan lupakan sepanjang hidup anda. Kepada semua graduan yang akan berkonvo bermula 7-9 Mei nanti..pedulikan apa sahaja gred ijazah anda..hakikatnya anda telah berjaya memperolehi ijazah dlm keadaan ramai lagi yang tidak berpeluang untuk berkonvo seperti anda...bahkan langsung tidak berpeluang untuk menjejaki kaki ke UPSI. Anda telah berusaha sebaik mungkin..bahkan itulah takdir utk segala yg anda telah usahakan. Disini sy ingin mengucapkan SELAMAT BERGRADUAN DAN SELAMAT BERKONVO..JADILAH GURU YANG BIJAK BERSYUKUR KEPADA TUHAN DAN PANDAI BERTERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TELAH BANYAK MENDORONG DAN MEMBANTU ANDA MEMPEROLEHI IJAZAH INI. Semoga konvo kali ini bukan konvo yang pertama dan terakhir kepada anda semua..masih ada lagi ijazah sarjana dan doktor falsafah menanti anda..