Wednesday, July 15, 2009
Legeh Pesat Membangun
Salam motivasi..pengalaman saya sudah 6 tahun mengajar di menara gading Universiti Pendidikan Sultan Idris, bila hari pertama minggu pertama, kuliah pertama saya selalu mengadakan sesi taaruf dan juga ice breaking dengan pelajar-pelajar saya. Kebiasaan mereka akan bertanya" En asal dari mana?" bila saya sebut sahaja dari Kampung Legeh, Ayer Lanas, Jeli Kelantan kebanyakan pelajar yang berasal dari daerah lain di Kelantan akan ketawa dan berkata"ulu Legeh ke en?". Saya spontan akan menjawab "Yes from there!". Mereka ingatkan Legeh itu mundur, jauh, dan sukar untuk ke sana..sedangkan Legeh adalah begitu dekat dgn Pekan Jeli hanya 18km, dan 45 km dgn Tanah Merah. Selalunya pelajar-pelajar yang tersenyum dan ketawa kecil itu tidak pernah sampai ke Legeh..Ingatan mereka jalan ke Legeh masih bertanah merah, berlopak atau berdebu..hakikatnya Legeh sudah jauh membangun bertar jalannya sampai ke tangga rumah, segala kemudahan asas tersedia..sebut sahaja telefon, elektrik, internet semua tersedia. Bahkan rumah saya sendiri menjadi tempat kebanyakan anak Legeh mengisi borang UPU dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar saya yang berasal dari negeri lain akan terus bertanya mengenai Legeh kampung saya..ringkasnya saya akan bertanya mereka kembali..apakah mereka tidak pernah mendengar perkataan atau istilah Legeh sepanjang hidup mereka. Percaya atau tidak..majoriti dari mereka akan menjawab "pernah en!"sambung mereka lagi..Legeh terdapat dalam silibus pengajian subjek geografi mereka ketika PMR..saya ingin menduga..apa makna Legeh pada fahaman mereka? dengan yakin mereka menjawab " punca air" source of water. Saya biasanya akan tersenyum mengiyakan..kenapa saya tersenyum..krn mereka ini lebih mengetahui berbanding pelajar-pelajar saya yg berasal dari Kelantan. Saya akan menggambarkan kepada mereka bagaimana kampung saya itu dinamakan Legeh berdasarkan ilmu geografi itu. Sememangnya kampung saya Legeh adalah dikelilingi oleh banjaran bukit iaitu bukit Kemahang dan juga bukit gemang..maka kampung saya adalah berada di kawasan lembah..tanahnya begitu subur, dan semestinya kampung saya ini mempunyai sungai yang jernih airnya..iaitu sungai Satan dan juga sungai Lanas. Terbuktilah ilmu geografi tepat menggambarkan kampung saya Legeh sebagai punca air..kerana di kampung saya juga ada terdapat dua empangan air sungai yang banyak berjasa kepada penduduknya sejak lewat 80an lagi..sinonim dikenali dengan panggilan 'gate'. Gate inilah yang telah membantu mengawal banjir, menyalurkan sumber air utk terusan sawah padi dan juga sebagai Legeh Lagoon tempat mandian percuma utk anak-anak putera puteri Legeh belajar dan berlatih berenang tanpa mengeluarkan sesen pun bayaran. Namun begitu, kisah masyhur bagaimana kampung saya mendapat nama Legeh dari segi ilmu sejarah adalah sempena sememangnya kampung saya dahulu merupakan sebuah kerajaan melayu lama yg hebat di kenali kerajaan Raja Legeh..malah, diberitakan dan dipercayai sehingga kini harta peninggalan Raja Legeh masih tertanam di perut bumi Legeh. Mungkin ada kebenarannya, ini kerana Legeh adalah tempat yang paling sesuai utk dibangunkan sebuah penempatan kerajaan yang hebat..semua sumber keperluan utk kehidupan ada di sini..ringkasnya Legeh adalah sebuah kampung yang unik dan indah. Bahkan tahun millenium ini, Legeh terus membangun dari segi kemudahan fizikalnya, sekolah perkembangan pendidikan anak kampungnya dan peningkatan taraf hidup warganya. Jika dilihat kemajuan anak watannya..Legeh telah melahirkan pelbagai genre profesional..sebut sahaja cikgu, pensyarah, doktor, enginer, imam, ustaz, nurse, askar, polis, bisnesman macam-macam lagi profesional telah di lahirkan oleh Legeh..hakikatnya kampung saya Legeh telah berjaya melahirkan Putera Puterinya yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)